Covid 19 Kkm Mungkin Pertimbang Guna Ivermectin


Oleh Latifah Arifin Foto hiasan KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara 'off label' (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.
"Sekarang ini kita boleh gunakan Ivermectin dalam negara dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah meluluskan penggunaan 'off label' seperti digunakan dulu untuk ubat anti malaria dan HIV.
"Penggunaannya tidak didaftarkan, tetapi dibenarkan sehingga kita ada bukti kukuh," katanya ketika diundang sebagai panel program The Nation, bertajuk 'COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita' yang disiarkan secara langsung menerusi BERNAMA TV malam tadi.
Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi rawatan beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga giat menjalankan kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima.
"Ivermectin adalah ubat antiparasit yang dikenal pasti dari tahun 70-an dan ia ada kesan antiviral. Saya sendiri sekitar empat tahun lalu mengesyorkan penggunaannya untuk (merawat) denggi.
"Saya kemukakan cadangan ini kerana Ivermectin ada kesan antiviral. Kita sudah menjalankan kajian di Thailand dan kajian permulaan menunjukkan untuk mendapatkan kesan antiviral ini, dosnya amat tinggi," katanya.
Beliau menjelaskan, terdapat kesan sampingan Ivermectin yang tidak dimaklumkan, antaranya Ataxia atau masalah keseimbangan, sawan dan seumpamanya.
Mengulas kemungkinan ubat itu akan dipertimbangkan untuk merawat pesakit COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, perkara berkenaan masih dalam penelitian.
"Insya-Allah, ada yang kita sudah benarkan penggunaan secara off label, tetapi dengan pemantauan rapi petugas hospital," katanya.
Pada awal bulan lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.
Dr Noor Hisham sebelum ini menjelaskan, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal saja.
Bagaimanapun, keengganan KKM menggunakan Ivermectin mengundang ketidakpuasan hati ramai, termasuk doktor pakar dan persatuan pengguna.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/covid-19-kkm-mungkin-pertimbang-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Afgan Disahkan Positif Covid 19 Tapi Tidak Mengalami Sebarang Simptom Dan Mungkin Ini Sebabnya

Afgan Disahkan Positif Covid 19 Tapi Tidak Mengalami Sebarang Simptom Dan Mungkin Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 360 hits
Afgan melakukan aktiviti senaman ringan sepanjang jalani kuarantin kendiri Penyanyi Indonesia terkenal Afgan memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid 19 sejak Khamis lalu tanpa mengalami sebarang simptom
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 332 hits
MDA bakal senaraikan kit yang diluluskan di laman webnya PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID 19 untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia Dalam satu kenyataan Pihak Berku...
Ivermectin Dinilai Bisa Menjadi Harapan Baru Penanganan Covid 19

Ivermectin Dinilai Bisa Menjadi Harapan Baru Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 382 hits
Dia menilai persetujuan perluasan Ivermectin menjadi salah satu obat untuk mendukung penanganan terapi Covid 19 merupakan wujud sinergi antara semua lembaga dan kementerian
107 Kematian Covid 19 Hari Ini Lapor Kkm

107 Kematian Covid 19 Hari Ini Lapor Kkm

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 369 hits
107 kematian Covid 19 hari ini lapor KKM Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Jul 2021 7 05PM
Covid 19 Kkm Laksana 10 Langkah Responsif Pantas

Covid 19 Kkm Laksana 10 Langkah Responsif Pantas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 271 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia kini dan sedang melaksanakan 10 langkah segera bagi meningkatkan lagi kesiapsiagaan hospital di Lembah Klang dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Bersepadu MAEPS 2 0 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
5777 Ivermectin Ppim Dan Gabungan Ngo Beri Kkm Masa Seminggu Samudera My 09 07 2021

5777 Ivermectin Ppim Dan Gabungan Ngo Beri Kkm Masa Seminggu Samudera My 09 07 2021

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR 9 Julai 2021 Gabungan NGO NGO bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melewatkan permohonan dan kelulusan untuk menggunakan Ivermectin bagi menyel...
Aktivis Gesa Pihak Kkm Umum Statistik Kes Positif Covid 19 Libat Pekerja Mckip Gebeng

Aktivis Gesa Pihak Kkm Umum Statistik Kes Positif Covid 19 Libat Pekerja Mckip Gebeng

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 422 hits
KUANTAN Aktivis bebas Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempersoalkan kenapa kes positif Covid 19 yang berlaku di kilang Alliance Steel Sdn Bhd MCKIP Gebeng dekat sini masih belum diumumkan Saya melihat data harian yang dikeluarkan oleh Jabat...
Covid 19 Banyak Negara Pertimbang Beri Dos Vaksin Tambahan

Covid 19 Banyak Negara Pertimbang Beri Dos Vaksin Tambahan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 347 hits
Oleh Adlinahani Binti Khalil PETUGAS perubatan menyediakan jarum suntikan vaksin Sinovac untuk diberikan kepada kanak kanak sekolah berusia 12 hingga 18 tahun di Surabaya Indonesia AFP JAKARTA Beberapa negara di seluruh dunia ketika ini mem...
Kritik Guna Air Kencing Najis Lembu Untuk Rawat Covid 19 Di India 2 Lelaki Ini Dipenjara Selama 45 Hari

Kritik Guna Air Kencing Najis Lembu Untuk Rawat Covid 19 Di India 2 Lelaki Ini Dipenjara Selama 45 Hari

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 284 hits
Kritik guna air kencing najis lembu untuk rawat Covid 19 di India 2 lelaki ini dipenjara selama 45 hariDua lelaki di India dipenjara selama 45 hari kerana cuba menegakkan kebenaran bahawa urin dan najis lembu bukan ubat yang boleh menewaska...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara