Covid 19 Jenazah Makin Meningkat Tunggu Giliran Diuruskan Pakar Perubatan


Bernama
Bagi mayat bukan Islam, waris boleh memilih sama ada mahu dikebumi atau dibakar dan proses pembakaran setiap mayat memakan masa dua hingga tiga jam berbanding kes bukan COVID-19 iaitu 45 minit hingga sejam. -Gambar fail KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat COVID-19 yang tinggi di Malaysia akhir-akhir ini bukan hanya meruntun jiwa banyak pihak, tetapi turut menyebabkan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan dalam pengurusan mayat akibat wabak itu dan kes kematian bukan COVID-19
 Berbeza dengan pengurusan jenazah bukan COVID-19, pengurusan kes kematian COVID-19 perlu dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan petugas barisan hadapan dan disegerakan untuk dikebumikan bagi yang beragama Islam atau dibakar bagi bukan Islam
 Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Salmah Arshad berkata peti simpanan mayat sedia ada di IPFN kini tidak mencukupi dan mangsa kematian kini diletakkan di dalam kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz enam meter (20 kaki) sementara menunggu giliran untuk diuruskan
 "IPFN ada 36 peti simpanan mayat, tapi kami memantau atau mempunyai tempat simpanan lain contohnya 10 peti di Hospital Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan ada empat, dua di Insitut Kanser Negara. Jumlahnya 52 peti simpanan mayat dan kita ada back-up kontena untuk menyimpan mayat
 "Bagi mayat yang dibakar, ia bergantung kepada krematorium. Untuk di Lembah Klang ada satu sahaja lokasi iaitu yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Satu oven hanya untuk satu mayat
 "DBKL juga memberi khidmat pembakaran mayat bukan COVID-19 jadi terpaksa menunggu giliran," katanya kepada Bernama
 Menurut Dr Salmah bagi mayat bukan Islam, waris boleh memilih sama ada mahu dikebumi atau dibakar dan proses pembakaran setiap mayat memakan masa dua hingga tiga jam berbanding kes bukan COVID-19 iaitu 45 minit hingga sejam
 Doktor pakar berusia 41 tahun yang sudah 13 tahun berkhidmat dalam bidang forensik itu berkata peningkatan jumlah kematian di rumah atau brought-in-dead (BID) melibatkan wabak itu semakin merunsingkan
 Beliau berkata ketika gelombang pertama pandemik itu, kematian COVID-19 di luar wad hanya satu atau dua kes sahaja sebulan berbanding kini yang mencecah tiga atau empat kes seumpamanya dalam sehari
 "Berbanding tahun lepas, kita jarang menerima kes (mati) di rumah, (sebaliknya) kita dapat kes di hospital. Maksudnya pesakit dimasukkan di wad, dirawat dan mati di hospital
 "Yang merunsingkan sekarang ialah kematian di luar hospital, yang tak sempat dirawat. Simptomnya terlalu cepat dan ini menyedihkan
 "Sememangnya terdapat perubahan... dulu memang kita jangka kematian melibatkan pesakit yang berusia dan ada penyakit seperti jantung, buah pinggang dan obesiti
 "Itu faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko kematian pada tahun lepas, iaitu pada gelombang pertama
 "Gelombang ketiga kita tak dapat jangka sebab tak mengira usia, ada yang muda dan berusia. Paling muda yang kita terima meninggal di rumah adalah umur 20-an dan tiada penyakit
 "Kini semua kena berhati-hati dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana semua boleh terdedah dan mati kerana COVID-19," katanya dan menasihati rakyat agar berjaga-jaga meskipun dengan jiran sebelah
 Beliau tidak menolak kemungkinan mutasi pada varian virus itu menyumbang kepada perubahan kategori mangsa yang diserang, termasuk golongan muda yang tiada sejarah masalah kesihatan
 Mengenai proses bedah siasat membabitkan kes BID COVID-19 atau disyaki COVID-19, Dr Salmah yang mula berkhidmat di HKL sejak awal tahun lepas berkata kaedah 'CT (computed tomography) scanning' digunakan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas
 Kaedah itu bagi mengesan keadaan paru-paru dan organ lain si mati seperti jangkitan kuman paru-paru atau pneumonia tanpa perlu membedah mayat seperti prosedur biasa
 "Kita buat external sahaja. Post-mortem CT scan untuk kita tengok keadaan paru-paru atau organ lain. Adakah paru-paru ini menunjukkan jangkitan kuman teruk atau pneumonia disebabkan COVID-19
 "Jadi kita boleh letakkan sebab kematian sebagai 'COVID pneumonia' atau 'pneumonia due to COVID'," katanya
 Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan IPFN HKL Hisham Mohd Nordin menjelaskan proses pembakaran mayat COVID-19 bertambah sekali ganda daripada kebiasaan kerana ia dibakar bersama dua lapisan beg mayat yang diperbuat daripada plastik tebal yang berketumpatan tinggi
 Hampir empat tahun berkhidmat di Jabatan Forensik, beliau bertanggungjawab menguruskan mayat di situ dan berkongsi antara situasi tragis akibat COVID-19, ialah seandainya seseorang itu meninggal akibat wabak itu tiada keluarga terdekat untuk memberi penghormatan terakhir buat si mati kerana dalam kebanyakan kes kesemuanya sedang menjalani kuarantin susulan menjadi kontak rapat mangsa
 "Kebanyakan keluarga (tinggal bersama) semua kuarantin. Sangat sedih bila waris tak dapat menatap si mati buat kali terakhir
 "Pihak kami guna budi bicara bersama inspektor kesihatan untuk pujuk waris hantar wakil terdekat (yang bukan kontak rapat) untuk uruskan jenazah
 "Keadaan petugas di sini kami semua amat letih. Ada ketikanya satu malam 15 kes
 "Nasihat saya, ikutlah langkah-langkah pencegahan dan patuhi SOP. Bila kerajaan saran ambil vaksin, ambil lah... Kita nak capai imuniti berkelompok," katanya
 Beliau berkata orang ramai hendaklah bersama-sama membantu semua petugas barisan hadapan bukan sahaja daripada Jabatan Forensik tetapi juga di wad hospital terutamanya di Unit Rawatan Rapi dengan mematuhi SOP dan melakukan kawalan kendiri
 Bagi mengikuti temu bual bersama Dr Salmah dan mengetahui pengurusan jenazah COVID-19, saksikan dokumentari siri kedua 'Gelombang Kembali: Bilakan Berakhir?' terbitan Bernama TV yang akan bersiaran pada Jumaat pukul 8.30 malam.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/covid-19-jenazah-makin-meningkat-tunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Makin Meningkat Total Lockdown Sebaiknya

Kes Covid 19 Makin Meningkat Total Lockdown Sebaiknya

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat Melihat pada gambar rajah di atas merujuk peningkatan mendadak kes baharu di Malaysia Ia sangat mendukacita kita semua Dan kes kematian juga agar tinggi Kes baharu ini adalah ke...
Hiburan Risau Kes Harian Covid 19 Makin Meningkat Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London

Hiburan Risau Kes Harian Covid 19 Makin Meningkat Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 228 hits
Pelakon dan penyanyi Farahdhiya meluahkan hasrat hatinya yang ingin sangat terbang ke London untuk bertemu ibunya kerana terlalu bimbang akan kes harian COVID 19 yang semakin meningkat dari hari ke hari di Malaysia Farahdhiya atau nama sebe...
Hiburan Peka Kes Covid 19 Meningkat Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Di Hospital Melaka

Hiburan Peka Kes Covid 19 Meningkat Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Di Hospital Melaka

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 238 hits
Sedia maklum penularan kes COVID 19 meningkat dari hari ke hari dan ia membuatkan kadar penggunaan katil untuk pesakit COVID 19 juga turut meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei hingga 104 peratus pada 6 Jun lalu BACA Prihati Kepada Pesa...
Penyebaran Covid 19 Di Madura Meningkat Jembatan Suramadu Disekat

Penyebaran Covid 19 Di Madura Meningkat Jembatan Suramadu Disekat

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 151 hits
Polisi dan Pemerintah Kota Surabaya mulai melakukan penyekatan di Jembatan penghubung Surabaya Madura Setiap orang yang hendak menuju Surabaya dari arah Madura dilakukan tes swab
Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 275 hits
Jenazah seorang pesakit Covid 19 yang obesiti dipindahkan dari HSAH Sungai Petani ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit Tikam Batu melalui lori milik JBPM Kedah pada Isnin PETALING JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah...
Hiburan Bukan Kena Tunggu Tiga Bulan Ke Netizen Keliru Nabila Huda Sudah Terima Vaksin Lepas Sembuh Covid 19

Hiburan Bukan Kena Tunggu Tiga Bulan Ke Netizen Keliru Nabila Huda Sudah Terima Vaksin Lepas Sembuh Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 297 hits
Semalam pengguna media sosial dilihat telah menzahirkan kekeliruan apabila aktres Nabila Huda ada memuat naik foto memaparkan dirinya dan suami sudah mendapatkan vaksin di Instagram Apa yang menjadi pertanyaan adalah apabila Nabila yang bar...
Video Tunggu Ambulans Tak Sampai Sampai Bapa Nekad Sarung Ppe Demi Hantar Anak Positif Covid 19 Naik Motor

Video Tunggu Ambulans Tak Sampai Sampai Bapa Nekad Sarung Ppe Demi Hantar Anak Positif Covid 19 Naik Motor

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 302 hits
Tular kisah seorang bapa di Thailand yang nekad menyarung PPE untuk menghantar sendiri anaknya yang telah dijangkiti COVID 19 ke hospital telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Penana...
Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 204 hits
May 29 2021 Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan PETALING JAYA Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara di...
Kasus Aktif Covid 19 Meningkat Pemprov Dki Perpanjang Ppkm

Kasus Aktif Covid 19 Meningkat Pemprov Dki Perpanjang Ppkm

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 206 hits
Kepala Dinas Kesehatan Widyastuti mengatakan pertimbangan untuk memperpanjang PPKM Mikro karena terjadi peningkatan kasus aktif Covid 19 dua minggu terakhir
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment