Covid 19 Islam Jadi Contoh Penyelesaian Presiden Pas




MARANG: Islam mendahului tamadun barat ribuan tahun dalam penyelesaian menyekat wabak penyakit seperti taun yang kini menyamai koronavirus atau Covid-19, menular ke seluruh dunia.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila berlaku wabak seperti coronavirus atau Covid-19 yang tersebar ke seluruh dunia, Islam ada penyelesaiannya.Kata beliau, orang Islam mesti menunjukkan contoh boleh memerintah, mentadbir dan menguruskan negeri dalam semua perkara dengan sebaik-baiknya.“Apabila ada wabak yang seperti ini (Covid-19) sehingga tersebar ke seluruh dunia. Kita kena tunjuk bagaimana penyelesaian Islam dalam masalah ini.“Sepatutnya, kita orang Islam menjadi contoh kepada bukan Islam. Malulah kita orang Islam, kita tidak menunjukkan suatu contoh yang baik. Kita kena sedar, kita orang Islam ini menjadi model dalam sejarah Islam zaman dahulu.“Ilmu perubatan ini orang Islam yang teroka dulu, tiba-tiba kita tinggal ilmu kita sendiri. Orang barat ini belajar ilmu perubatan daripada orang Islam. Orang Islam yang dahulu memperkenalkan (ubat) bius, memperkenalkan pembedahan, memperkenalkan pemisahan (kuarantin) dalam sakit taun.“Islam mendahului ribu tahun dari tamadun barat dalam perkara ini. Dengan sebab itu, jangan kita malukan agama kita, jangan kita malukan orang Islam,” tegasnya ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat secara online atas talian dari Masjid Rusila, Marang, hari ini.Ini berikutan, arahan kerajaan Malaysia yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bermula 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.Sehubungan itu, kata Tuan Guru Abdul Hadi, perintah larangan dan arahan itu adalah betul serta menepati maqosid syariat bagi menjaga agama, nyawa, akal fikiran, maruah keluarga dan harta.“Bila berlaku arahan supaya kita tidak dibenarkan solat Jumaat, solat berjemaah, ini perkara agama. Pemerintah tidak larang orang sembahyang, jika dilarang orang sembahyang, puasa itu tidak betul. Ini (sekarang) boleh lagi. Cuma bila ada ‘penyakit’ (wabak) solat Jumaat diganti dengan solat Zohor. Sebab, jaga nyawa, jaga agama dan jaga masyarakat.“Kita kena faham, wabak (yang tidak nampak) ini seumpama api juga mesti selamatkan diri. Ribu-ribu orang telah mati dan jangan kita (rakyat) degil dalam masalah ini. Kita tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” jelasnya.Menurutnya, jika ada di kalangan rakyat negara ini yang tidak mematuhi larangan pihak berkuasa itu sama seperti tindakan memudaratkan diri dan orang lain.“Bila mari penyakit, wabak yang boleh memudaratkan diri kita sendiri. Umpamanya, mana lebih baik bunuh diri dengan panjang umur dan boleh beribadat lagi?“Bunuh diri adalah haram. Sebab, bunuh diri ini bukan sahaja terjun dalam api atau gantung diri. Ini (bunuh diri) termasuklah mendedahkan diri kepada penyakit yang boleh membunuh kita dengan penyakit.“Sedangkan, ada ikhtiar untuk berubat dan hindari diri dari penyakit itu. Dalam masa yang sama tidak boleh memudaratkan orang lain hingga berjangkit pula kepada orang lain, itu tidak boleh.“Kita manusia mesti hidup bermasyarakat dan dengan sebab itu ada larangan dengan menjaga diri dan untuk menjaga masyarakat. Arahan ini adalah arahan yang betul bukan arahan yang salah,” tegasnya.Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan wabak penyakit seperti Covid-19 itu adalah ujian dari Allah SWT kepada manusia hari ini.Justeru, katanya buktikan bahawa Islam itu agama yang hebat dan boleh menyelesaikan segala permasalahan dunia ini dengan sebaik mungkin.“Kadang-kala kita hendak tunjuk yang kita ini kuat sangat Islam tetapi tidak ‘reti’ (faham) Islam. Kita merosakkan agama kita sendiri, merosakkan maruah agama Islam kita sendiri.“Malulah kita, biar kita tunjuk Islam ini satu agama yang baik dan lebih baik dari yang lain. Ini satu contoh yang Tuhan uji kepada kita dengan penyakit-penyakit wabak seperti ini.“Kebetulan pendekatan (Islam) ini boleh kita tunjuk di mana kebaikan Islam. Itulah nasihat yang dapat saya berikan untuk menjadi renungan kita semua,” ujarnya.Menurutnya, Islam sama sekali melarang umat ini dari memudaratkan diri sendiri dan memudaratkan orang lain termasuklah dalam wabak penyakit Covid-19. – HARAKAHDAILY 20/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/covid-19-islam-jadi-contoh-penyelesaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agama Mengawal Politik Bukan Politik Memaksa Islam Presiden Pas

Agama Mengawal Politik Bukan Politik Memaksa Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 322 hits
Beri peluang PAS realisasi keupayaan memerintahKUALA LUMPUR Politik adalah sebahagian daripada Islam di mana agama ini yang mengawal politik dengan menunjukkan jalan dan matlamat tujuannya demikian kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdu...
Perlu Bijaksana Satukan Umat Melalui Elemen Islam Presiden Pas

Perlu Bijaksana Satukan Umat Melalui Elemen Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 236 hits
Bijaksana pemimpin bawa umat kepada IslamKUALA LUMPUR Kepimpinan yang menerajui sistem pentadbiran pemerintahan memerlukan kebijaksanaan ke arah menyatukan manusia berdasarkan kepada elemen elemen yang wujud dalam ajaran Islam Demikian itu ...
Apabila Presiden Pas Bercakap

Apabila Presiden Pas Bercakap

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 203 hits
AbdulMalek HusseinApabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata undi tak percaya Perdana Menteri bermakna tak percaya pada Yang di Pertuan Agong aku berpendapat beliau tak begitu menggarapi Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen...
Mca Tolak Melayu Islam Kenapa Pas Bungkam

Mca Tolak Melayu Islam Kenapa Pas Bungkam

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 264 hits
Lebih 24 jam Presiden MCA Wee Ka Siong menolak kerajaan Perikatan Nasional dikaitkan dengan Melayu atau Islam Pas masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengecam atau meminta MCA menjelaskan lebih lanjut Situasi ini amat berlawanan ket...
Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 371 hits
Pembentukan kabinet permulaan yang baikSESUNGGUHNYA sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumum...
Tuduh Presiden Pas Bodoh Patriot Biadab

Tuduh Presiden Pas Bodoh Patriot Biadab

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 180 hits
SAYA melihat Presiden Patriot Brig Jen Dato Mohamed Arshad Raji begitu marah dengan Presiden PAS sehingga bertindak dengan cara yang hanya mendedahkan tahap pemikiran dan status emosi beliau Ia berhubung respon kepada pandangan Presiden PAS...
Dr Muda Bukan Islam Terpana Dengan Doa Mangsa Covid 19

Dr Muda Bukan Islam Terpana Dengan Doa Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 547 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Seorang Doktor Cina Wilson Tiang terpana dengan keikhlasan seorang pesakit yang mendoakannya ketika sedang menjalankan tugas tanpa mengira soal kaum dan agama Dalam muatnaik status Facebooknya yang mendapat perkongsia...
Slogan Islam Penyelesaian Berpotensi Memburukkan Imej Islam Sendiri

Slogan Islam Penyelesaian Berpotensi Memburukkan Imej Islam Sendiri

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional Hanipa Maidin menyifatkan slogan Islam penyelesaian akan lebih berpotensi memburukkan nama dan imej Islam itu sendiri Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata slogan Islam penyelesaia...
Menteri Agama Jpm Pula Diserang Tabung Covid 19 Untuk Islam Saja

Menteri Agama Jpm Pula Diserang Tabung Covid 19 Untuk Islam Saja

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 368 hits
Tiupan sentimen membenci Islam di musim COVID 19Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong negatif COVID 19 Gambar fail Bernama SIDANG media di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melancarkan Tabu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut