Covid 19 Ikut Nasihat Kkm Untuk Elak Semakin Menular
COVID-19, Bukan Biasa-biasa
Kini, penyakit Coronavirus 2019 atau COVID-19 semakin menular ke merata negara. COVID-19 adalah strain baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan.
Imej latar belakang oleh Viktor Forgacs
Malaysia tidak terkecuali daripada serangan wabak ini. Semakin hari, semakin bertambah bilangan kes baru dilaporkan di Malaysia. Walaupun pertambahan kes tidaklah begitu mendadak, ia tetap membimbangkan rakyat.
Siapa yang tidak risau setelah melihat beribu angka kematian yang dicatatkan di negara asal penyakit ini bermula kan? Boleh membawa kepada kematian pula tu.
Dari semasa ke semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak sehabis baik melakukan pelbagai usaha demi rakyat agar COVID-19 tidak menular di Malaysia. Walaupun kes semakin bertambah, tetapi ramai juga pesakit yang sudah discaj. Syabas diucapkan kepada KKM atas usaha yang diberikan.
Dah ada pihak yang bersusah payah menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, janganlah anda pentingkan diri sendiri pula. Jika baru pulang dari negara-negara yang menularnya wabak COVID-19, mohon segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dengan cara ini, dapat juga elakkan wabak ini daripada menjangkiti orang lain kan?
Kalau dah mula ada tanda-tanda seperti demam, sakit badan, sakit kepala, batuk atau sukar bernafas selepas pulang daripada negara luar atau di dalam negara sekalipun, elok ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Kalau ada bersentuhan atau berdekatan dengan pesakit COVID-19, setelah diketahui dijangkiti.. mohon buat pemeriksaan di hospital juga.
Sebaik-baiknya, pada waktu wabak sedang menular ini, elok tangguhkan dulu rancangan untuk bercuti atau mengembara ke luar negara. Ada syarikat penerbangan menawarkan harga tiket murah ke luar negara, mungkin ada sesetengah individu fikir.. inilah masanya untuk bercuti sambil berjimat. Bukan senang nak dapat harga murah kan? Tapi.. mohon jangan fikir tentang diri sendiri saja, fikir tentang orang lain juga. Keselamatan dan kesihatan itu lebih bernilai harganya.
Seperti yang diberitahu di page Facebook KKM, mereka menggesa agar..
1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.
2. Menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. Tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.
4. Tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Mohon ambil perhatian tentang ini ya, jangan pentingkan diri.
Disamping itu, jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain daripada COVID-19:
Stok topeng muka di tempat Mai sudah habis. Mujur stok hand sanitizer masih ada. Kalau tengok harga yang dijual online, fuhhh melambung tinggi harganya! Ramai betul yang ambil kesempatan masa ini. Tapi tetap ada pembelinya, yelah waktu genting macam ini mungkin ada yang tak kisah dengan harga yang ditawarkan. Aduh.. Mai sedang batuk sekarang ini. Nak tak nak, kena cari juga
Untuk mengetahui berita terkini tentang COVID-19 terutamanya berita di Malaysia, anda boleh ke laman Facebook atau Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia. Baca dari sumber yang dipercayai, baru sebarkan. Awas dengan berita palsu ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisarahsidi.com/2020/03/covid-19-ikut-nasihat-kkm-elak-menular.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)