Covid 19 489 Kes Baharu Majoriti Di Sabah Noor Hisham


Kumara Sabapatty Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR – Kes baharu penularan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan sedikit berbanding 691 kes semalam iaitu 489 kes positif setakat 12 tengahari ini.
Malah Kluster Tembok di Penjara, Kedah telah menunjukkan penurunan kes hampir tiga kali ganda kepada 139 kes iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini berbanding 394 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 489 kes tersebut, 487 kes adalah membabitkan warga tempatan manakala dua kes adalah import.
Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 13,993 kes.
Manakala Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kes adalah daripadal ain-lain kluster, 314 kes-kes lain di dalam komuniti dan jumlah kes aktif dengan kebolehjngkitan adalah 3,351 kes.
Bagaimanapun Sabah hari ini mendominasi majoriti kes dalam kalangan kluster-kluster apabila merekodkan kes tertinggi membabitkan zon-zon merah iaitu 282 kes berbanding 219 kes semalam.
Katanya, sebanyak 74 kes yang telah pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,501 kes atau 75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Dua kes import berkenaan adalah masing masing seorang warga tempatan yang mengembara dari India iaitu dilaporkan di Kuala Lumpur dan warga asing dari Kepulauan Maldives di Selangor.
“Daripada 487 penularan dalam negara, 467 kes adalah warga tempatan manakala 20 orang adalah warga asing, 139 kes Kluster Tembok dari Penjara Alor Star dan Pokok Sena, Kedah hari ini.
“Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok merupakan kluster terasing dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara bermakna mereka terasing daripada masyarakat di luar.
“Selain 15 lagi kes adalah merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu bertambah kepada 282 kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Daripada 282 kes tinggi yang direkodkan Sabah hari ini, 183 kes daripadanya adalah dikesan daripada kes saringan dalam komuniti.
Seterusnya kata Noor Hisham, sebanyak 71 lagi kes adalah saringan bergejala, 22 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19,dua kes Kluster Laut, dua kes saringan kemasukan ke hospital dan satu kes saringan rujukan ke hospital makanakala satu kes saringan pra pembedahan dan satu kes saringan tahanan.
Justeru di Kedah, sebanyak 14 lagi kes adalah daripada Kluster Bah Sintok selain daripada 139 kes Kluster Tembok yang dilaporkan hari ini.
“Di Selangor, sebanyak 19 kes direkodkan yang mana tujuh kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) termasuk satu kes Kluster Selasih, empat kes daripada Kluster Jalan Meru, tiga kes saringan bergejala, dua kes Kluster Benteng Pelabuhan Klang (PK), satu kes Kluster Embun, satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan satu saringan kendiri.
“Di Pulau Pinang, enam kes dilaporkan dalam kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19,” katanya.
Manakala di negeri lain pecahan kes baharu adalah seperti Johor (enam kes), Perak (empat kes), Terengganu (empat kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( tiga kes), Sarawak (tiga kes), Pahang ( dua kes), Putrajaya (dua kes), Negeri Sembilan (satu kes) dan akhirnya satu kes di Kelantan.
Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 40 kes sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi dan 13 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Selepas merekodkan empat kes kematian semalam tiada pertembahan kes baharu meninggal dunia akibat Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus angka kematian kekal pada paras 141 kes.-MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/covid-19-489-kes-baharu-majoriti-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 323 hits
freemalaysiatoday com October 1 2020 7 44 PMMalaysia mencatatkan 260 kes baru Covid 19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk du...
Dr Noor Hisham Kes Covid 19 Menurun 293 Tiada Kematian

Dr Noor Hisham Kes Covid 19 Menurun 293 Tiada Kematian

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 285 hits
Jumlah kes Covid 19 menunjukkan sedikit penurunan dengan mencatatkan 293 kes baharu dalam tempoh 24 jam Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 4 Okt Jumlah kes Covid 19 menunjukkan sedikit penurunan dengan mencatatkan 293 kes baharu dalam temp...
Dr Noor Hisham Two Nurses In Sabah S Queen Elizabeth Ii Hospital Test Positive For Covid 19

Dr Noor Hisham Two Nurses In Sabah S Queen Elizabeth Ii Hospital Test Positive For Covid 19

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 295 hits
Health Director General Tan Sri Dr Noor Hisham speaks during the Covid 19 press conference at the Ministry of Health October 1 2020 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Oct 10 Health Director General Tan Sri Noor Hisham Abdullah today confi...
Hampir 500 Petugas Kesihatan Ke Sabah Bantu Tangani Covid 19 Noor Hisham

Hampir 500 Petugas Kesihatan Ke Sabah Bantu Tangani Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 345 hits
Seramai 475 anggota perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan telah digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata Kementeria...
Covid 19 691 Kes Baharu Dilaporkan Majoriti Di Penjara Alor Setar

Covid 19 691 Kes Baharu Dilaporkan Majoriti Di Penjara Alor Setar

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 244 hits
Hilmi MalikOktober 6 2020 17 49 MYTMenurut Dr Noor Hisham sebanyak 691 kes baharu positif COVID 19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu Gambar failKUALA LUMPUR Sebanyak 691 kes baharu positif COVID 19 dilaporkan dalam negara dal...
Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 150 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan jangkitan sebanyak 124 kes baru hari ini Sementara itu s...
Kedah Tiada Penambahan Kes Baharu Covid 26 September

Kedah Tiada Penambahan Kes Baharu Covid 26 September

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 337 hits
kredit Jabatan Kesihatan Negeri Kedah maipakatsihatAssalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Hari 26 September 2020 khususnya di kedah tiada penambahan kes yang baharu Da...
Wish To Escape Klang Valley S Cmco Dr Noor Hisham Warns Against Spreading Covid 19 To Hometowns Family

Wish To Escape Klang Valley S Cmco Dr Noor Hisham Warns Against Spreading Covid 19 To Hometowns Family

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 297 hits
Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said the risk of those leaving Selangor Kuala Lumpur and Putrajaya being unknown carriers of Covid 19 and then infecting their family members most of which are presumably among the hig...
317 Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Pernah Direkodkan

317 Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Pernah Direkodkan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 353 hits
Putrajaya Penularan Covid 19 melonjak 317 kes hari ini jangkitan tertinggi pernah direkodkan sejak wabak itu mula dikesan di negara ini pada awal Februari lalu Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak berkenaa...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024