Covid 19 Ekonomi Global Mungkin Akan Mengalami Kemelesetan Paling Teruk



Dipacu oleh pandemik COVID-19, ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).“Ini adalah krisis yang tidak pernah berlaku dan wujud ketidaktentuan mengenai kesannya terhadap kehidupan kehidupan rakyat,” kata ketua ekonominya, Gita Gopinath dalam Prospek Ekonomi Dunia terkini.Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini diunjurkan pada -3.0 peratus pada tahun 2020, kemelesetan jauh lebih buruk daripada pengurangan 0.1 peratus semasa krisis kewangan global 2009.Unjuran pertumbuhan diturunkan lebih daripada enam mata peratusan berbanding pertumbuhan 3.3 peratus yang dikemas kini oleh IMF pada Januari – semakan yang luar biasa dalam tempoh yang singkat.“Keadaan yang digelar “The Great Lockdown” ini dijangka menyebabkan kemerosotan pertumbuhan global secara mendadak. Pemulihan separa diunjurkan untuk 2021, dengan tahap KDNK akan kekal di bawah trend pra-virus, dengan ketidaktentuan terhadap tahap pemulihan kelak,” katanya.Hasil pertumbuhan buruk mungkin akan berlaku.Ini akan terjadi jika langkah pencegahan pandemik itu berlaku lebih lama, negara sedang berkembang dan membangun akan terjejas teruk, keadaan kewangan yang sukar akan berlanjutan, atau ia mungkin menyebabkan penutupan penutupan perniagaan dan kadar pengangguran, katanya. Gita berkata krisis ini perlu ditangani dalam dua fasa: fasa pencegahan dan penstabilan diikuti oleh fasa pemulihan. Dalam kedua-dua fasa, kesihatan awam dan dasar ekonomi mempunyai peranan yang penting.“Kuarantin, perintah berkurung, dan penjarakan sosial adalah kritikal untuk memperlahankan penyebaran COVID-19, memberi masa kepada sistem penjagaan kesihatan untuk mengatasi permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan mereka dan masa untuk penyelidik membangunkan vaksin.“Langkah-langkah ini dapat membantu menghindari kejatuhan aktiviti yang lebih teruk dan berlarutan dan menetapkan tahap pemulihan ekonomi,” katanya.Ketua ekonomi itu berkata meningkatkan perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan adalah penting untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan mempunyai kapasiti dan sumber yang mencukupi.Pemberian khas untuk profesional perubatan – yang berada di barisan hadapan memerangi pandemik – harus dipertimbangkan, termasuk, sebagai contoh, elaun pendidikan bagi keluarga mereka.Walaupun ekonomi menutup operasinya, para penggubal dasar perlu memastikan bahawa rakyat dapat memenuhi keperluan mereka dan perniagaan dapat dipulihkan selepas wabak pandemik itu berakhir, kata Gita.“Ini memerlukan langkah-langkah fiskal, monetari, dan kewangan yang bersasar untuk mengekalkan hubungan ekonomi antara pekerja dan firma serta peminjam dan pemberi pinjaman, menjaga infrastruktur ekonomi dan kewangan masyarakat secara utuh.”Sebagai contoh, di pasaran negara yang berkembang dan negara membangun dengan sektor informal yang besar, teknologi digital baharu dapat digunakan untuk memberikan sokongan yang disasarkan, tambahnya.Mengulas unjuran pertumbuhan, laporan yang dikeluarkan oleh organisasi yang berpusat di Washington itu berkata pertumbuhan dalam kumpulan ekonomi maju – di mana beberapa negara dilanda wabak itu secara meluas dan menerapkan langkah-langkah pengekangan – diunjurkan pada -6,1 peratus pada tahun 2020.Kebanyakan negara di dalam kumpulan dijangka mengalami kemerosotan tahun ini, termasuk Amerika Syarikat (-5.9 peratus), Jepun (-5.2 peratus), United Kingdom (-6.5 peratus), Jerman (-7.0 peratus), Perancis (-7,2 peratus), Itali (-9,1 peratus), dan Sepanyol (-8,0 peratus).Di bahagian Eropah, wabak itu teruk seperti di wilayah Hubei, China. Walaupun penting untuk mencegah virus itu, perintah berkurung dan kawalan pergerakan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.Antara pasaran baharu dan negara membangun, semua negara menghadapi krisis kesihatan, kejutan permintaan luaran yang teruk, kesukaran dramatik dalam keadaan kewangan global, dan kejatuhan harga komoditi, yang akan memberi kesan teruk terhadap aktiviti ekonomi dalam pengeksport komoditi, kata laporan itu.

Secara keseluruhannya, kumpulan pasaran sedang berkembang dan negara membangun dijangka jatuh sebanyak 1.0 peratus pada tahun 2020; tidak termasuk China, kadar pertumbuhan untuk kumpulan itu dijangka berada pada – 2.2 peratus.ASEAN-5 – ekonomi terbesar di ASEAN – dijangka menyaksikan kejatuhan KDNK sebanyak 0.6 peratus. – Bernama
Pelbagai pakej bantuan ransangan ejonomi telah digerakkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi malapetaka ekonomi, tapi sampai bila? -KM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/covid-19-ekonomi-global-mungkin-akan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bezanya Kerajaan Zaman Kemelesetan Ekonomi 1998 Dan 2008 Dengan Covid 19 Terima Kasih Pm Ke 8

Bezanya Kerajaan Zaman Kemelesetan Ekonomi 1998 Dan 2008 Dengan Covid 19 Terima Kasih Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 379 hits
Terbaca satu page dari netizen ni yang membandingkan kawalan COVID 19 Malaysia dan negara lain Kalau nak bandingkan bentuk lockdown admin boleh katakan semuanya sama Perbezaan ialah bagaimana menjaga kebajikan rakyat dalam hal ini Malaysia ...
Dunia Bakal Hadapi Kejatuhan Ekonomi Paling Teruk Sejak Great Depression 1929 Tabung Kewangan Antarabangsa

Dunia Bakal Hadapi Kejatuhan Ekonomi Paling Teruk Sejak Great Depression 1929 Tabung Kewangan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 326 hits
Pandemik coronavirus telah menyebabkan berlakunya krisis ekonomi secara global yang tidak sama seperti mana mana krisis ekonomi yang pernah dunia hadapi sebelum ini Ianya memerlukan respon yang besar bagi memastikan berlakunya pemulihan kat...
Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 189 hits
Eropah pula menjadi benua paling terjejas dengan 77 129 kematian daripada keseluruhan 932 205 kes didiagnosis setakat ini Itali mendahului dengan 19 899 kematian Sepanyol Perancis dan Britain Dalam pada itu Amerika Syarikat muncul negara pa...
Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 274 hits
Meningkatnya kekerasan dalam rumah tangga terhadap perempuan menjadi tren global selama krisis pandemi virus corona baru Sekretaris Jenderal PBB Antonio Guterres telah memperingatkan tentang lonjakan global yang mengerikan ini dan mendesak ...
Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid 19 Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid 19 Paling Tinggi Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 372 hits
Indonesia terus mencatatkan pertambahan jumlah kematian akibat wabak Covid 19 apabila kes keseluruhan meningkat kepada 327 Ini menjadikan Indonesia negara di benua Asia Tenggara yang merekodkan kematian tertinggi setakat ini Menerusi kemask...
Imf Ramal Kemelesetan Terburuk Akibat Covid 19

Imf Ramal Kemelesetan Terburuk Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 198 hits
Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan kemelesetan paling buruk akan melanda dunia akibat wabak Covid 19 Menurut IMF krisis ekonomi mungkin seburuk kekita Zaman Kemelesetan 1930 an dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009 ...
Mungkin Ada Tiga Jenis Strain Virus Covid 19 Di Malaysia

Mungkin Ada Tiga Jenis Strain Virus Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan terdapat tiga strain COVID 19 di negara ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Bagaimanapun beliau menegaskan masih terlalu awal untuk mengesahkannya kerana ...
Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 227 hits
Walaupun pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai isu bahaya merokok namun kempen kesedaran itu seperti tidak diendahkan oleh perokok Hanya memikirkan kepuasan kesihatan diri dan orang orang disekeliling tidak diendahkan...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas