Covid 19 Di Sabah Catat Kes 1 255 Angka Penurunan Terendah Sejak 10 Ogos


Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Daerah Tambunan. 1,255 kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini; satu kluster baharu di Kinabatangan KOTA KINABALU: Sabah masih meneruskan trend penurunan jangkitan dan angka terendah yang direkod sejak 10 Ogos lepas dengan jumlah kes yang direkodkan sebanyak 1,255 kes hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, sebanyak 101 penurunan kes direkodkan berbanding jumlah kes semalam.


Katanya, secara keseluruhan, pola penurunan kes di Sabah seiring dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan.

"Mengikut statistik, sebanyak 18 daerah mencatatkan penurunan kes, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah iaitu Sipitang, kekal dengan jumlah sama.

"Kota Kinabalu mencatatkan penurunan sebanyak 44 kes dengan jumlah kes baharu sebanyak 176 kes, begitu juga dengan kawasan perbandaran lain yang turut merekodkan penurunan kecuali Putatan, Kudat dan Tawau.


"Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas, Lahad Datu, Papar, Sandakan, Tambunan, Kota Marudu, Tongod, Tenom, Penampang, dan Tuaran," katanya di sini.

Beliau berkata, daripada 1,255 kes yang didaftar semalam, 462 kes atau 36.82 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 73 kes atau 5.82 peratus adalah lewat daftar empat hingga lima hari dan 63 kes atau 5.02 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

Menurutnya, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 602 kes atau 48 peratus, saringan bergejala 357 kes atau 28.4 peratus, 86 kes daripada saringan kluster atau 6.9 peratus, 81 kes atau 6.5 peratus dari saringan bersasar dan 129 kes atau 10.3 peratus melalui saringan yang lain.

Katanya, satu kluster baharu direkodkan semalam iaitu Kluster Sawit M1 Kinabatangan yang merekodkan sebanyak 38 kes baharu.


"Daerah Beluran merekodkan sebanyak 95 kes, diikuti Sandakan 86 kes, Kinabatangan dan Tuaran masing-masing 81 kes, Kota Belud 74 kes, Ranau 73 kes, Lahad Datu 71 kes, Tawau 68 kes, dan Keningau 63 kes.

"Kes baharu di Penampang sebanyak 58 kes, Putatan 57 kes, Kalabakan 44 kes, Papar 43 kes, Kota Marudu 36 kes, Telupid dan Kudat masing-masing 24 kes, Nabawan 22 kes, Tenom 17 kes, Pitas 15 kes, Kunak 10 kes, Tambunan sembilan kes, Kuala Penyu dan Sipitang masing-masing tujuh kes, Beaufort enam kes, Semporna lima kes, dan Tongod tiga kes," jelasnya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/covid-19-di-sabah-catat-kes-1255-angka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 533 Kes Positif Covid 19 Menurun Sejak 11 Ogos

1 533 Kes Positif Covid 19 Menurun Sejak 11 Ogos

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 277 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah merekodkan 1 533 kes baharu dan jumlah ini menunjukkan penurunan 449 kes menunjukkan ianya angka terendah yang direkodkan sejak 11 Ogos lalu Mente...
Penurunan Signifikan Kes Covid 19 Di Beberapa Daerah Sabah Kata Masidi

Penurunan Signifikan Kes Covid 19 Di Beberapa Daerah Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 282 hits
Masidi Manjun berkata 658 kes atau 38 3 yang dicatatkan hari ini adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata walaupun beberapa daerah di negeri itu me...
N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 240 hits
MB nasihat penduduk sentiasa berwaspada dengan taktik scammer SEREMBAN Sebanyak 1 590 kes jenayah komersial direkodkan di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Ogos lepas dengan membabitkan kerugian berjumlah RM23 9 juta persidangan Dewan Un...
19 495 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini 8 Negeri Catat Ribuan Kes

19 495 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini 8 Negeri Catat Ribuan Kes

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 241 hits
Dr Noor Hisham PUTRAJAYA Sebanyak 19 495 kes baru COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 2 030 935 kes setakat ini Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kapasiti penggunaan katil ICU se...
Manggarai Barat Catat Penurunan Kasus Covid 19 Tak Ada Pasien Dirawat Di Rs

Manggarai Barat Catat Penurunan Kasus Covid 19 Tak Ada Pasien Dirawat Di Rs

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 214 hits
Pasien Covid 19 yang masih menjalani isolasi mandiri sebanyak 80 orang Sebanyak 7 orang ditempatkan di Rumah Karantina Pemda Manggarai Barat dan 73 orang lainnya di rumah masing masing
95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 303 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 95 1 daripada jumlah keseluruhan kes baharu di negeri itu adalah dalam kategori satu dan dua Katanya dar...
76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 252 hits
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah mencadangkan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia untuk mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai punca terhadap masalah kes cerai yang tinggi direkodkan sejak pandemik Covid 19 Ini...
17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 313 hits
19 Kes Jangkitan Varian Membimbangkan di Sabah KKM mengatakan dalam facebooknya hari ini bahawa kes kes baru itu dikesan antara 31 Ogos dan 13 September Kes kes tersebut adalah sebahagian daripada 61 kes jangkitan Varian membimbangkan 59 De...
15 669 Kes Positif Baharu Covid 19 Hari Ini Penurunan 3 Hari Berturut Turut

15 669 Kes Positif Baharu Covid 19 Hari Ini Penurunan 3 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 304 hits
Dr Noor Hisham Abdullah Kes harian tunjuk penurunan ke 15 669 kes Selangor kembali jumlah tertinggi PUTRAJAYA Angka penularan COVID 19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut turut apabila sebanyak 15 669 kes baharu dil...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine