Covid 19 Di Kelantan Merebak Ke Lapan Daerah


Mohamad Athir Ismail

KERAJAAN mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan susulan mendapat penerangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini kerana, berlaku peningkatan 73 kes baharu jangkitan Koronavirus (Covid-19) dilaporkan di sana berbanding lapan kes sebelum ini dicatatkan pada 3 November lalu.
Keadaan lebih memburuk apabila lapan daripada 10 daerah di negeri itu mengalamai penularan sehingga terdapat tujuh kluster aktif.
Kluster berkenaan adalah Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Mengketil, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di negeri Pantai Timur itu.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan penularan wabak Covid-19 adalah keadaan sosiodemografi penduduk di mana wujud pergerakan penduduk keluar masuk yang banyak.
“Kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes yang mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima hari.
“Kes-kes dalam kluster ini mula dikesan di daerah Machang tetapi kini telah menular ke daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai.
“Kluster ini bahkan telah menular ke daerah Besut di negeri Terengganu.
“Kluster ini menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi dan terdapat risiko penularan yang tidak terkawal sekiranya PKPB tidak dilaksanakan.”
Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan terkini penularan Covid-19 negara hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, beliau turut mengumumkan sebanyak 958 kes baharu dilaporkan dan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes.
Sementara kes aktif yang boleh menyebabkan jangkitan adalah sebanyak 13,221 kes dengan menyaksikan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi jangkita iaitu sebanyak 512 kes.
“Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes (53.4 peratus), diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes (16.0 peratus).
“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).
“Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu,” jelasnya. – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/covid-19-di-kelantan-merebak-ke-lapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuat Kuasa Rentas Daerah Negeri Untuk Elak Virus Covid 19 Merebak

Kuat Kuasa Rentas Daerah Negeri Untuk Elak Virus Covid 19 Merebak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 255 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Orang ramai yang berada dalam negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh merentas daerah dan negeri bagi mengelak virus Covid 19 merebak terutama ke negeri yang masih bebas ...
Budak Lapan Tahun Antara Tiga Korban Baharu Covid 19

Budak Lapan Tahun Antara Tiga Korban Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 204 hits
Oleh GAMBAR hiasan PUTRAJAYA Sebanyak tiga lagi kematian termasuk kanak kanak perempuan berusia lapan tahun dicatatkan hari ini dengan kesemuanya membabitkan warganegara di Sabah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berk...
Kelantan Mungkin Berdepan Lonjakan Kes Covid 19 Seperti Di Sabah Kata Pakar

Kelantan Mungkin Berdepan Lonjakan Kes Covid 19 Seperti Di Sabah Kata Pakar

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 274 hits
Kelantan mungkin berdepan lonjakan kes Covid 19 seperti di Sabah kata pakar SEORANG ahli virologi memberi amaran bahawa jangkitan Covid 19 mungkin tidak akan berakhir di Kelantan kecuali langkah langkah Perintah Kawalan Pergerakan Diperting...
Pkpb Kelantan 4 000 Kenderaan Rentas Daerah Ketika Waktu Puncak

Pkpb Kelantan 4 000 Kenderaan Rentas Daerah Ketika Waktu Puncak

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 239 hits
Dianggarkan sebanyak 4 000 kenderaan merentas daerah dari Kota Bharu ke Tumpat ketika waktu puncak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan di Kelantan sejak semalam Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan ...
Dr Noor Hisham Covid 19 Hari Hari Nasihat Masih Ramai Degil Rentas Daerah Dan Negeri

Dr Noor Hisham Covid 19 Hari Hari Nasihat Masih Ramai Degil Rentas Daerah Dan Negeri

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 308 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengakui walaupun nasihat setiap hari diberikan termasuk di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat masih terdapat rakyat yang degil melakukan perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri Ketu...
10 In A Family Positive For Covid 19 In Kelantan

10 In A Family Positive For Covid 19 In Kelantan

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 255 hits
A family of 10 tested positive for Covid 19 between Nov 7 and Nov 9 NSTP File picKOTA BARU 10 members from one family are the latest Covid 19 cases in Kelantan bringing the total number of cases in the state to 197 The 10 tested positive be...
Covid 19 12 Daerah Catat Peratus Pematuhan Sop Yang Tinggi Di Sabah

Covid 19 12 Daerah Catat Peratus Pematuhan Sop Yang Tinggi Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 258 hits
Oleh Rakyat dinasihat terus mematuhi SOP pencegahan COVID 19 Masidi FOTO NSTP KOTA KINABALU Sebanyak 12 daerah mencatat kadar pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat melebihi purata 97 88 peratus di Sabah s...
Covid 19 Kluster Mengketil Di Kelantan Membimbangkan

Covid 19 Kluster Mengketil Di Kelantan Membimbangkan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 232 hits
Jangkitan Kluster Mengketil yang dikesan di beberapa daerah di Kelantan membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster berkenaan merebak dengan cepat sehingga ke Besut T...
Kes Covid 19 Di Kelantan Semakin Tinggi

Kes Covid 19 Di Kelantan Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 293 hits
Angka kes koronavirus di Kelantan semakin meningkat apabila lima kes baharu direkodkan hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid 19 di Kelantan melonjak kepada 210 orang dengan 27 kes ...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Pusing Bandar

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan