Covid 19 Blaise Matuidi Positif Coronavirus
Pemain tengah Perancis dan Juventus, Blaise Matuidi didapati positif Covid-19 selepas menjalani pemeriksaan perubatan. Ini menjadikan beliau sebagai pemain kedua Juventus selepas Daniele Rugani yang positif Covid-19 sejurus tamat perlawanan Serie A antara Juventus dan Inter Milan tempoh hari.
View this post on Instagram
Dans cette période difficile pour nous tous, je voulais simplement vous inviter à bien suivre les recommandations officielles et à prendre grand soin de vous et des vos proches 🙏🏾 Beaucoup de courage et un immense merci à toutes les infirmières, infirmiers et au corps médical, force à vous. . In questo momento difficile per tutti noi, vorrei semplicemente invitarvi a seguire bene le indicazioni ufficiali e a prendervi cura di voi stessi e delle vostre famiglie 🙏🏾 un grande incoraggiamento e un infinito ringraziamento a tutto il personale medico e infermieristico. Siamo con voi!A post shared by Blaise Matuidi Officiel (@blaisematuidiofficiel) on Mar 15, 2020 at 8:37am PDT
Selain Matuidi, pemain tengah Hellas Verona, Mattia Zaccagni juga dikatakan positif Covid-19 dan mengalami demam beberapa hari selepas perlawanan Serie A antara Hellas Verona dan Sampdoria. Oleh yang demikian, pemain dan staf pasukan Verona akan menjalani kuarantin sehingga 25 Mac ini.
Untuk pengetahuan korang, Itali kini telah mencatat 31,000 bilangan kes Covid-19 sehingga menyebabkan 2,500 kematian. Wabak Covid-19 di Itali berjangkit dengan pantas akibat kesilapan rakyat di sana yang lari ke selatan sebelum Lockdown dan menjadi pembawa virus tersebut. Semoga pemain bola sepak yang dijangkiti wabak ini segera pulih dan boleh beraksi pada perlawanan akan datang.
OHMEDIA : MATUIDI MERUPAKAN TONGGAK UTAMA YANG MEMBANTU PERANCIS MENJULANG PIALA DUNIA 2018
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca Blaise Matuidi positif Coronavirus di Facebook Oh! Media
.
.......... perlawanan antara Verona dan Sampdoria
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/03/covid-19-blaise-matuidi-positif.html