Bongkar Pendedahan Panas Ds Anwar Tapi Seakan Ada Tangan Ghaib Yang M



LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99 LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99 Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan. Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah. Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau. Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta. Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta. Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu. Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit. Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut. Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti. Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu. Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah. Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka. Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah). Anwar Ibrahim 12.28 t/hari (30 Julai 1999)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/bongkar-pendedahan-panas-ds-anwar-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Bongkar Motif Etnis Rohingya Ke Aceh Bukan Mengungsi Tapi Cari Kerja

Polisi Bongkar Motif Etnis Rohingya Ke Aceh Bukan Mengungsi Tapi Cari Kerja

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 215 hits
Mereka punya tujuan untuk mencari pekerjaan di negara tujuan kata Kapolresta Banda Aceh Kombes Fahmi
Jangan Kata Pn Saja Yang Bagi Duit Cytro Ph Pun Ada Yang Dapat Duit Tapi Nak Lawan Cytro Pn Memang Tak Nampak Pun

Jangan Kata Pn Saja Yang Bagi Duit Cytro Ph Pun Ada Yang Dapat Duit Tapi Nak Lawan Cytro Pn Memang Tak Nampak Pun

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 155 hits
Ahmad Shukri MunirWang Yang berbillion Mungkin Trillion sebahagian nya Yg agak Besar dibelanjakan Untuk terus menjatuhkan kerajaan PMX Mungkin Media Utama Mereka tak Boleh control sangat seperti dulu Sekarang ni Hamlau Lahabau Macam Papagom...
Aku Tahu Suami Aku Mampu Poligami Tapi Macam Mana Dengan Perasaan Aku Sia Sia 18 Tahun Berkahwin

Aku Tahu Suami Aku Mampu Poligami Tapi Macam Mana Dengan Perasaan Aku Sia Sia 18 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 252 hits
Memang benar lelaki yang mampu boleh berkahwin empat adil dari segi kewangan itu mungkin pasti tapi bagaimana adil dalam perasaan Mustahil untuk sayang sama rata pastinya yang baru akan diberi lebih rasa kasih hingga akhirnya isteri lama me...
Aegis Hero 2 Kecil Tapi Padu

Aegis Hero 2 Kecil Tapi Padu

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 274 hits
Aegis hero 2 mod terbaru yang aku beli menggantikan mod Aegis Hero yang lama Raca cam ketinggalan zaman pulak yelah sekarang ni semua pakai yang pakai buang je Masalahnya yang pakai buang ini kebanyakkannya banyak jenis fruity Tu yang lemah...
Umrah Jadi Sia Sia Je Tunai Umrah Tapi Eyelash Extension Tak Cabut Status Ibadah Bcl Dipertikai Netizen

Umrah Jadi Sia Sia Je Tunai Umrah Tapi Eyelash Extension Tak Cabut Status Ibadah Bcl Dipertikai Netizen

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 109 hits
Sedia maklum selebriti popular Indonesia Bunga Citra Lestari telah menyambut tahun baru dengan menunaikan ibadah Umrah bersama suami anak lelaki dan ibunya Pakai bulu mata palsu var currentUrlTwo window location hostname window locatio
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks