Covid 19 Bekas Penjaga Gol Terbaik Sabah Tenat
Hanafiah adalah antara penjaga gol terbaik Sabah pada lewat tahun 60-an dan awal 70-an. - Astro ARENA.COVID-19: Bekas Penjaga Gol Sabah Tenat
BEKAS penjaga gol Sabah, Hanafiah @ Han Sang Kuang (gambar semasa muda) , dikatakan dalam keadaan tenat akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini. Belum ada kenyataan rasmi berhubung keadaannya, namun bekas pemain berusia 67 tahun itu antara peserta perhimpunan Tabligh yang diadakan di Sri Petaling awal bulan ini.
Difahamkan, Hanafiah kini masih menerima rawatan di salah sebuah hospital di ibu negara.
Anak lelaki Hanifiah turut menghantar pesanan ke dalam group Whatsapp, Persatuan Bekas Pemain Sabah, yang meminta supaya mendoakan kesihatan bapanya yang kini dalam keadaan kritikal.
Difahamkan juga, doktor yang merawat Hanafiah telah memaklumkan kepada keluarga beliau dan memberitahu bahawa Hanafiah belum pasti dapat sembuh daripada penyakit dihidapinya itu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah, Datuk James Wong, ketika dihubungi mengesahkan menerima pesanan yang dihantar oleh anak lelaki Hanafiah itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, James berkata beliau masih belum dapat menghubungi ahli keluarga Hanafiah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaannya.
“Kami tidak pasti bagaimana keadaannya ketika ini selain pesanan yang diterima daripada anak lelakinya.
“Usaha ahli-ahli persatuan untuk menghubungi anak lelakinya baru-baru ini juga gagal, jadi apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah mendoakan supaya beliau (Hanafiah) cepat sembuh,” katanya.
Hanafiah adalah antara penjaga gol terbaik Sabah pada lewat tahun 60-an dan awal 70-an di mana beliau seangkatan dengan legenda bola sepak Sabah seperti Datuk Peter Rajah dan John Pius. – ASTRO AWANI
RSS Feed Widget
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2020/03/covid-19-bekas-penjaga-gol-terbaik.html