Covid 19 Apa Langkah Selepasnya Presiden As




COVID-19 merupakan krisis kemanusiaan yang berlaku tanpa mengira perbezaan agama dan kaum sehingga menjadi cabaran global yang perlu dihadapi bersama dalam satu keluarga manusia yang besar, seperti dinyatakan oleh firman Allah SWT:﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾ (الحجرات: 13)“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih ketaqwaannya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: 13)Kita menyaksikan kerapuhan pakatan kerjasama antara negara-negara termasuk negara maju dan kuasa besar dari sudut politik, ekonomi dan ketenteraan. Masing-masing membawa diri (nafsi nafsi) sepertimana yang akan berlaku pada Hari Kiamat, bahkan sudah ada tuduh-menuduh sesama sendiri, padahal masih berada di alam dunia. Persaudaraan mereka hanya berasaskan kepada kenyataan lisan dan tulisan sahaja, seperti tidak berpijak di alam kenyataan.Dalam menghadapi situasi seperti ini, tamadun Islam pernah mencipta sejarah beberapa kali. Oleh itu, jangan hanya sekadar membaca kitab Feqah dan Tasawuf sahaja, bacalah juga kitab sejarah. Tercatat dalam sejarah bagaimana Islam mampu menghadapi bencana wabak penyakit, peperangan yang mengancam keselamatan sehinggalah bencana alam.Pelaksanaan Maqasid al-Syariah iaitu memelihara agama menunjukkan kepada kewajipan menjaga nyawa, keluarga, maruah dan harta, sehingga berlakunya tindakan keras oleh pihak berkuasa. Masjid terbesar dikosongkan, Solat Jumaat dan solat berjemaah tidak dilaksanakan, majlis ilmu dibatalkan, bahkan aktiviti pasar terhenti, termasuk apa yang pernah berlaku di Masjid al-Haram di Makkah, Madinah dan Masjid al-Aqsa. Begitu juga di Masjid al-Azhar, Mesir dan Andalus (Sepanyol) di Asia Tengah pada zaman kekuasaan Islam.Mereka melupakan perbezaan agama, mazhab dan politik dalam masyarakat yang majmuk. Walaupun ada yang menganut Mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij dalam kerajaan yang berpecah belah dan ulama’ yang berkhilaf, termasuk mereka yang berpendapat boleh diadakan Sembahyang Jumaat dengan jumlah yang paling kecil kurang empat puluh orang.Namun, mereka bersatu demi melaksanakan Maqasid al-Syariah bagi menjaga nyawa setiap individu manusia yang lebih diutamakan tanpa dipersoalkan akan keikhlasannya, kerana persoalan ikhlas adalah urusan Allah, bukan urusan manusia.Kita percaya bahawa Allah Maha Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya, khusus bagi mereka yang berada dalam kesusahan hidup di dunia.Mereka yang mati diberikan kelebihan ganjaran syahid berada di barisan hadapan kerana bersabar menjalankan tugas menyelamatkan manusia yang menghadapi bencana atau bersabar atas nasib yang menimpa diri sendiri menjadi mangsa wabak, dan mendapat pahala redha kepada Allah SWT setelah berikhtiar mencegah penyakit.Kita akan menghadapi situasi selepas bencana yang lebih besar cabarannya, kerana kesan kepada diri manusia secara peribadi, ekonomi dan mempengaruhi politik serta keselamatan dan keamanan dunia secara menyeluruh.Kini PBB hanya bersuara sahaja, sehingga cadangan persidangan di peringkat Majlis Keselamatan gagal mencapai kata sepakat dalam menghadapi ancaman wabak Covid-19.Apakah keadaannya kini akan pulih dalam masa yang cepat? Sekalipun sudah pulih, ia tidak akan kembali seperti asal dalam tempoh yang singkat.Di peringkat negara sendiri, kita perlu mengambil langkah keutamaan sewaktu wabak ini sedang menyerang, dengan memilih perkara yang terpenting dahulu dan menstabilkan kehidupan rakyat dengan berbelanja mengikut perkara yang menjadi keutamaan seperti makanan, menjaga kesihatan dalam mencegah dan merawat, memelihara keselamatan dan sebagainya.Keutamaan menjaga nyawa didahulukan dan memelihara hubungan yang erat di antara kerajaan dan rakyat, tanpa mempedulikan terhadap mereka yang masih menyalak tidak memahami situasi kritikal yang sedang dihadapi.Kita berpegang kepada pepatah, “Biar anjing dan serigala menyalak di keliling, namun musafir tetap meneruskan perjalanannya menuju destinasi.”Maka langkah bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pasca Covid-19 hendaklah difikirkan dahulu sebelum berlaku perkara yang di luar jangkaan kita yang berbeza daripada perkara yang dirancang.Mereka yang telah meninggal dunia, sudah selesai urusan mereka di dunia. Sekarang kita memikirkan mereka yang masih hidup termasuk generasi akan datang.Setiap rakyat boleh memberi sumbangan masing-masing secara fardhu ain (wajib ke atas tiap-tiap seorang) dan fardhu kifayah secara bekelompok mengikut tahap keilmuan dan kemahiran, sehingga tiada yang terkecuali seorang pun.Laksana kata-kata hikmah, “Yang gagah menumbuk padi, yang tempang menghalau ayam, yang buta menghembus lesung.”Teruskan program pembangunan modal insan mengikut acuan Allah Pencipta Alam dengan membina jasmani dan rohani, iman, ilmu pengetahuan dan akhlak yang budiman.Pada masa yang sama, menambah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dalam aspek aqidah, syariat, akhlak dan semua urusan keperluan hidup manusia.Manfaatkan sumber bumi yang masih melimpah ruah bagi menjana ekonomi negara sehingga tiada lagi yang dibocor dan terbocor sama ada sumber di atas muka bumi, dalam perut bumi dan perairan laut negara kita.Dalam masa yang sama, meningkatkan kerjasama yang lebih erat dengan masyarakat antarabangsa dan negara.Utamakan negara sahabat serantau dan seagama serta negara yang boleh bersahabat walaupun tidak seagama dan serumpun kerana ada perikemanusiaan.Majoriti manusia bertuhankan ekonomi yang hanya menjadi satu rukun hidup yang tidak boleh ditinggalkan, namun ekonomi itu bukan tuhan yang disembah.Manusia wajib mencari keperluan kehidupan, tetapi makan untuk hidup beribadat dan berkhidmat bagi memakmurkan bumi, bukannya hidup untuk makan seperti binatang yang bernafsu tidak berakal, sehingga fikirannya di perut bukan di kepala yang mulia, menyebabkan boleh melakukan apa sahaja.Era dunia moden yang maju ini telah berlaku dua perang dunia yang mengorbankan jutaan manusia bermula dengan perang ekonomi yang rakus.Mudah-mudahan tidak berlaku situasi yang lebih parah dengan doa agar dilindungi oleh Allah SWT. Namun Allah SWT telah memberi amaran kepada manusia yang berakal:﴿لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ١١﴾ (الرعد: 11)“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tiada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (Surah al-Ra’d: 11)Allah SWT juga berfirman setelah dilihat berlakunya kesilapan manusia sendiri:﴿ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ٤١﴾ (الروم: 13)“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum: 41)ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 14/4/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/covid-19-apa-langkah-selepasnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik Albab

Covid 19 Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik Albab

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA TERENGGANU 14 April Pertubuhan Alumni Lepasan Blok Asia Barat menegaskan beberapa pertimbangan perlu diteliti pelbagai pihak terutama ibu bapa sebelum mengambil keputusan membawa pulang pelajar pelajar Malaysia di Kaherah Mesir Penger...
Penutupan Bisnes Kerana Covid 19 Langkah Gila Datuk Bandar Las Vegas Gesa Semua Bisnes Dibuka Semula

Penutupan Bisnes Kerana Covid 19 Langkah Gila Datuk Bandar Las Vegas Gesa Semua Bisnes Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 225 hits
LAS VEGAS Datuk Bandar Las Vegas Carolyn Goodman menggesa Gabenor Nevada Steve Sisolak untuk membuka semula semua jenis perniagaan yang ditutup akibat pandemik COVID 19 Menurut Goodman tindakan menutup semua perniagaan bukan keutamaan di ba...
Agong Sokong Pkp Dilanjutkan Langkah Tegas Kekang Covid 19

Agong Sokong Pkp Dilanjutkan Langkah Tegas Kekang Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 292 hits
Astro Awani Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menerima menghadap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba secara dalam talian hari ini Foto Istana Negara KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sul...
Langkah Cegah Covid 19 Ketika Membeli Barang Keperluan

Langkah Cegah Covid 19 Ketika Membeli Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 291 hits
LANGKAH CEGAH COVID 19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN Duduk di rumah bukanlah satu hal yang mudah untuk dipraktikkan bagi sesetengah orang Nak nak kalau ianya memakan masa yang sangat lama Sampai satu tahap kita juga perlu keluar untuk car...
Fakta Terbaru Covid 19 Perokok Aktif Bisa Menularkan Virus Corona

Fakta Terbaru Covid 19 Perokok Aktif Bisa Menularkan Virus Corona

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 285 hits
Senyumperawat com Ada sebuah fakta terbaru tentang Virus Corona yang berkaitan dengan perokok Hal ini The post appeared first on
Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 325 hits
Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada seorang dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugasan kerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Tetapi bagi m...
Covid 19 Upsr Pt3 Akan Dtangguhkan

Covid 19 Upsr Pt3 Akan Dtangguhkan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 350 hits
Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid berpendapat Kementerian Pendidikan tidak perlu mewajibkan pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya sukatan pelajaran tahun ini yang terjejas akibat Covid 19 Beliau berkata peperiksaan peringkat sekolah a...
Covid 19 Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan

Covid 19 Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 264 hits
Oleh Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN 13 April Seramai 145 orang pekerja kontrak pengurusan sisa pepejal seluruh Kemaman yang melibatkan Dewan Undangan Negeri Kemasik Kijal Cukai dan Air Putih masing masing menerima bantuan kelmarin Penolong Penga...
Covid 19 Kes Kematian Ke 77 Tidak Sertai Perhimpunan Di Seri Petaling Kp Kesihatan

Covid 19 Kes Kematian Ke 77 Tidak Sertai Perhimpunan Di Seri Petaling Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR 13 April Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah malam ini memaklumkan terdapat ralat mengenai kes kematian ke 77 akibat COVID 19 seperti diumumkannya pada sidang media mengenai perkembangan terkini wabak itu di ...
485 Metagalaxy Office Space In Shanghai A Design Hub For Innovation And Creativity

Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Kaedah Jika Barang Itu Menjadi Perantara Maka Tidak Ada Riba

Beton Precast Teknologi Konstruksi Masa Depan Yang Kokoh Dan Efisien Waskita

Betup88

Khadijah Binti Khuwailid Cinta Pertama Rasullullah Saw Dan Inspirasi Wanita Sepanjang Zaman

Peranan Sticker Dalam Pembungkusan Produk

Inspirasi Reka Bentuk Kotak Packaging Lipmatte Yang Kreatif