Corong Duit Parti Politik Mendahului Kebajikan Rakyat Dalam Membentuk Dasar


 Apakah sebabnya UMNO dan BN hilang populariti sejak 1999 dan akhir sekali kalah PRU pada 2018? Pada PRU 2022 pula UMNO hanya menang 26 kerusi Parlimen. Jawapan yang paling simple, jawapan yang paling betul, jawapan yang terlalu obvious ialah kerana pengundi, terutama sekali majority pengundi Melayu, sudah tidak merasai UMNO dan BN menjaga kebajikan mereka.
Akibat daripada dasar AGIH (a four letter word) KEKAYAAN NEGARA, akhir sekali kekayaan negara disalurkan daripada menjaga keperluan rakyat marhaen masuk ke dalam kocek orang politik, orang besar, kroni, orang yang ada kabel dan connection. 
Kita lihat SEPULUH contoh sahaja. Senarai penuhnya tiada penghujung.


Permit pekerja asing - Bangladesh, Nepal dsbnya.Ingat tak kes timbalan presiden terlibat permit kerja untuk membawa masuk 1.5 Juta pekerja Bangladesh dulu. Di kawasan saya bebudak Bangladesh sanggup "bayar" RM20,000 untuk masuk ke negara kita. Kalau 1.5 juta pekerja Bangladesh, duitnya sudah berbillion Ringgit !! Mesti melibatkan rasuah.  Sekarang pekerja Bangladesh menjadi boss dan pengurus kilang, usahawan dan pengurus pelbagai perniagaan. Bebudak Pakistan pula monopoli perniagaan tekstil, furniture dan bermacam lagi dalam negara kita. Yang rugi adalah pekerja tempatan terutama sekali anak Melayu yang terpaksa menganggur atau jadi food delivery boy.  Jadi dasar permit pekerja Bangladesh, Nepal, Pakistan dsbnya tidak menguntungkan anak-anak yang habis SPM dan duduk lesu di rumah.  Atau mereka mula hisap dadah dan buat benda-benda bodoh yang lain. Bottomline - orang Melayu makin susah. Supply of manna dan salwa dari langit makin berkurangan. Pemimpin kaya dan kroni kaya kenyang dulu.

2. Pencurian duit 1MDB RM40 billion

RM40 billion itu adalah duit kita. Duit kita dicuri dan digunakan untuk membuka kelab malam penari bogel di Amerika Syarikat, membeli kalung diamond berjuta Ringgit untuk girlfriend kulit putih dan First Lady kulit badak. Tetapi RM40 billion itu dicuri dengan alasan 'sovereign wealth fund' atau dana pembangunan negara. Dan pada mulanya ramai orang senang percaya, walaupun nasib tidak berubah. RM40 billion, RM9 billion, RM10 billion tapi aku dan anak bini aku macam itu juga. Hutang keliling pinggang, bayar kereta tak cukup duit, bayar sewa sudah lewat.
 Bottomline - orang Melayu makin susah. Supply of manna dan salwa dari langit makin berkurangan. Pemimpin kaya dan kroni kaya kenyang dulu. 
3. Submarine RM6 billion yang tidak boleh tenggelam. Antara kebaikan pembelian submarine pada masa itu ialah submarine itu tidak boleh tenggelam. Dia hanya boleh floating sahaja.  Hebat juga. Tetapi hanya satu orang saja agen komisyen boleh dapat komisyen lebih RM500 juta. Kita dapat apa pula?
Belum kira lagi belanja berbillion Ringgit siapkan pangkalan submarine di Sabah itu. Berbillion, billion, billion. 
Tuan-tuan dapat apa? Boleh bayar sewa tak bulan ini?
 4. LCS tenggelam sebelum timbul. Lepas itu LCS pula, tak banyak pun RM9 bilion saja. Duit lenyap dan LCS pula tenggelam. Kapal boleh tenggelam sebelum boleh berlayar. Only in Malaysia. Syarikat GLC pula dapat duit besar. Pembesar-pembesar GLC semua kaya raya.
Tuan-tuan dapat apa? 5. Bazar Ramadan beratus juta Ringgit.
Rasuah Bazar Ramadan masih berjalan, non stop. Rasuah Bazar Ramadan bermula di Jalan Masjid India lebih 20 tahun dahulu di mana Dato Ameer Ali Mydin dan saya serta beberapa sahabat di sana telah berjuang habis-habisan untuk menghentikan rasuah Bazar Ramadan yang merugikan semua orang (especially usahawan Melayu di Bazar Ramadan) dan hanya menguntungkan "bahagian" Bukit Bintang, Titiwangsa, Ampang dan runner mereka. 'Menteri' terlibat kalah PRU 2018 dan juga dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah lain tetapi boleh terlepas pula.   
Lesen tapak Bazar Ramadan disapu oleh geng-geng mereka dulu untuk bayaran beratus Ringgit sahaja tetapi kemudian dijual kepada peniaga Bazar Ramadan dengan bayaran beribu Ringgit. Imagine 400 - 500 lesen (di satu lokasi saja) x bayaran beribu Ringgit = berjuta Ringgit.
Imagine berapa banyak tapak Bazar Ramadan di kawasan Wilayah Persekutuan saja. Kemudian 'teknoloji sapu duit Bazar Ramadan' ini merebak hampir ke seluruh negara - dipelopori oleh ketua-ketua bahagian dengan menggunakan 'acuan kita'.
Jadi kononnya "dasar" Bazar Ramadan ini adalah untuk membantu peniaga kecil bumiputra, kaum B40 Melayu semua adalah penipuan sahaja. Pembohong. Ia cuma SOP untuk makan duit peniaga kecil Melayu yand miskin. Orang yang ada kabel dan connection yang control permit makan duit dulu - upfront.

Ramai peniaga Melayu rugi sebab pulangan daripada Bazar Ramadan tidak berbaloi untuk cover bayaran "rasuah" yang selalunya terlalu tinggi. 
UMNO-BN peduli apa nasib peniaga Melayu miskin. Peniaga Melayu miskin boleh pi mampos. Dan SOP buli peniaga Melayu ini masih berjalan lagi, termasuk bulan Ramadan yang baru sudah. (Cuma di kawasan saya sekarang ramai peniaga Indon yang terkena bayar lebih).

Jadi sekali lagi dasar Bazar Ramadhan lebih untuk bagi kenyang perut buncit orang atasan yang ada kabel dan connection. Mereka tidak pedulikan nasib orang Melayu. Tetapi apabila berceramah atau bercakap dalam mikrofon merekalah 'pembela bangsa, pejuang agama, pahlawan negara' dan kepala hotak entah apa lagi. mereka adalah penipu.
Jadi pada tahun 2018 dan lebih teruk pada 2022 orang Melayu sendiri tomgsampahkan Umno-BN. Dan pada PRN di enam buah negeri nanti UMNO akan di flushkan dalam toilet buat selamanya.

Begitu juga dengan beratusan lesen monopoli yang hanya menguntungkan orang kaya, kroni dan orang yang ada kabel dan connection.
6.  Monopoli impot beras sangat menguntungkan orang kaya di mana negara kita masih impot lebih daripada 40% keperluan beras negara. Menteri Okonomi yang dangkal (bukan UMNO pula) suruh kita jangan makan beras impot. How stupid can you get? We are a rice importing country because the local supply is less than 60%. Suka tak suka we have to eat at least 40% imported rice. 
Jadi harga beras pun naik dah. Taukeh monopoli impot beras peduli apa? Lagi mahal beras impot lagi banyak untung dia. Dia dapat lesen monopoli daripada UMNO dulu tetapi sekarang disambung pula oleh pelawak dan pelakon Team Baru.
 7.  Begitu juga syarikat GLC diberi paling banyak AP untuk impot kereta. Cukai impot kereta juga tinggi gila. Maka harga kereta impot di Malaysia antara yang paling mahal di dunia. Syarikat pengimpot kereta untung dulu. Kerajaan dapat duit dulu daripada cukai impot kereta yang sangat tinggi.  Mereka peduli apa jika rakyat terbanyak terpaksa bayar dua, tiga atau empat kali ganda harga pasaran dunia untuk beli kereta impot yang sepatutnya murah.  8.   Dasar pendidikan lebih menguntungkan penerbit dan pencetak buku yang sudah selesa menerbit buku bahasa Melayu. Jadi aduan paling ramai ibubapa yang mahu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris (DLP) yang akan membantu anak-anak mereka bersaing dengan bangsa lain dan negara lain  tidak dilayan. Walaupun kaum ibubapa yang mahukan DLP adalah sangat ramai tetapi suara mereka adalah sangat kecil berbanding penerbit dan pencetak buku teks yang paling sikit bilangan mereka tetapi mempunyai suara yang sangat besar. Maka UMNO pun kehilangan undi sebab kaum ibu bapa melihat anak-anak mereka yang dapat banyak A untuk peperiksaan SPM atau sudah graduate daripada universiti  masih begitu saja berbanding dengan orang lain atau negara lain. Kerja tak ada, peluang tak ada, gaji rendah, susah dan susah.
 9.  Highway tol pula dulu dibagi terus kepada syarikat UMNO. Dr Mahathir tak cakap berlapik pun. 'UMNO needs money' kata Dr Mahathir. Maka kita pun bayarlah tol kepada syarikat UMNO. Lepas itu syarikat bertukar tangan - mula kepada kroni UMNO kemudian kepada GLC pula.  Bottomline - kita kena bayar tol juga. Mula lima tahun berlalu, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dan sekarang sudah 35 tahun berlalu dan kita masih bayar tol lagi. Percayalah tuan-tuan kalau kita tidak tongsampahkan mereka di pilihanraya nanti pasti kita akan bayar tol sampai anak-cucu kita mati.  
 
10.   Yang latest pula semalam Menteri Dalam Negeri mendedahkan bahawa hanya satu syarikat telah diberi lesen monopoli sebagai 'agen' untuk mengurus foreign tourist yang ditahan oleh Imigresen atas kesalahan tiada dokumen yang lengkap dsbnya. Syarikat monopoli ini telah beroperasi sejak 2015 - lapan tahun sudah. Jika setiap foreign tourist yang ditahan itu terpaksa bayar minimum RM3000 (seperti mana tersiar dalam akhbar) cuba bayangkan lebih 14,000 tourist yang ditahan Imigresen antara Januari dan Jun 2023 sahaja!! 14,000 x RM3,000 = RM42 juta !!
Kalau setahun, "bisnes" mereka boleh melebihi RM84 juta !! 
They make money from other peoples misery. What a heartless people. 
Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat..

Semua "dasar-dasar" ini bertumpukan makan duit secara paksa dan bathil. Paksa maksudnya monopoli, cukai tinggi, bayar harga tinggi, secara di kerah. In brief, rakyat marhaen tidak ada pilihan. Kita terpaksa bayar harga yang tinggi.  Bathil sebab rakyat marhaen tidak memperolehi kebajikan atau kebaikan yang setimpal dengan usaha mereka atau padan dengan harga yang dibayar oleh mereka. Bawa masuk berjuta pekerja asing, anak kita menganggur. Bodoh!
Bayar dengan duit rakyat yang menguntungkan taukeh projek, taukeh monopoli dan GLC monopoli. Bayar harga kereta dua, tiga, empat kali harga pasaran dunia. 
 
Orang yang ada kabel, connection, orang kaya, orang politik jadi kaya dulu. Inilah 'end-game' hampir kesemua 'dasar-dasar' kerajaan UMNO dulu.
Maka rakyat merasa makin terhimpit dan tersepit. Maka UMNO pun ditongsampahkan.
 Sewaktu saya dalam UMNO dulu saya 'terlibat' dalam beberapa pilihanraya kecil (PRK) untuk membantu UMNO. Contohnya di Kedah, Perak (dua kali), Pahang, Selangor (beberapa kali).
Pada setiap PRK itu saya melihat mesti ada "godfather" orang kaya yang terlibat sebagai funder memberi duit untuk bayar perbelanjaan itu dan ini sewaktu PRK.
Pada satu PRK, funder utamanya adalah seorang taukeh Cina yang mempunyai hubungan dengan parti komponen Cina. Dia "underwrite" pelbagai perbelanjaan  PRK di situ. Kemudian dia masuk penjara pula.
Pada PRK lain seorang businessman tempatan yang tidak termasuk 'inner circle' cuba merempuh masuk sebagai funder atau godfather untuk membayar belanja PRK. Tetapi dia bukan kaya sangat jadi godfather lain mendapat "keutamaan". Big money talks.

Pada PRK lain saya jumpa billionaire pula. Dia menjadi boss belanja duit sewaktu PRK di sana. Kami makan tengah hari bersama dia - di sebuah restoran berhampiran Kem Tahanan ISA itu.
Jadi mereka semua sudi belanja berjuta Ringgit untuk membantu UMNO menang pilihanraya. Apakah mereka belanja duit begitu banyak sebab mereka ingin beramal jariah untuk mengalirkan pahala tanpa putus? Atau belanja juta Ringgit itu dianggap fardu kifayah bagi mereka? There is no such thing. Amal jariah, fardu kifayah semua mereka tak peduli dan mereka tak main. Yang mereka mahu adalah 'Return on Investment'. Kalau saya belanja lima juta Ringgit untuk tolong Umno menang esok saya mahu balik projek dan kontrak RM500 juta. Or something like that. Dia mesti berbaloi. Return on Investment.

Jadi siapakah yang dapat lebih banyak "kebajikan" jika UMNO-BN menang PRK di situ? Rakyat tempatan, pengundi tempatan atau godfather dan taukeh kaya raya yang 'duduk di belakang' perarakan Umno-BN?   
Curahan duit oleh kroni orang kaya itu untuk "mempengaruhi" undi orang tempatan membolehkan UMNO-BN tidak perlu risau pasal membentuk dasar yang baik dan bagus.
Parti politik sepatutnya menang atau kalah undi atas sebab dasar-dasar pembangunan yang successful atau tidak successful. Itu lah cara yang betul dalam sistem pilihanraya  berdemokrasi.
Tetapi bagi UMNO-BN samada dasar parti pemerintah baik atau buruk, betul atau salah sudah tidak penting. Yang penting adalah siapakah 'pengarah pilihanraya' kawasan itu dan berapa banyak kah 'sumber kewangan' yang boleh digerakkan oleh 'pengarah pilihanraya' dan 'godfather-godfather' untuk belanja pilihanraya. Its as simple as that. 
Umno tidak melihat bahawa sejak 1999 populariti UMNO dan BN makin menjunam. Akhir sekali pada 2018 UMNO kalah. Dan pada 2022 pula 'expiry date' UMNO diconfirmkan sekali lagi oleh pengundi apabila UMNO tinggal 26 kerusi saja. 
Percayalah pada PRN di enam negeri ini kemungkinan besar UMNO akan terhapus secara total. Tambah lagi Umno tidak lagi mempunyai duit besar. 'Mantan' presiden masuk penjara, billionaire terjatuh dari langit, taukeh pun masuk penjara, cybertrooper otai (yours truly) sudah tidak ada. Mahaguru Jedi sokong parti lain.
Akhir kalam, tuan-tuan if they have any brains, kalau betul-lah mereka mahu menang pilihanraya apakah Team Baru (kononnya reformasi kepala hotak-lah)  patut teruskan lagi atau patut tongsampahkan dasar-dasar bodoh UMNO itu?
Singgahlah di hospital dan buat MRI scan kepala hotak hangpa dulu.


 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/corong-duit-parti-politik-mendahului.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ribuan Rakyat Kedah Sambut Sanusi Di Lapangan Terbang

Ribuan Rakyat Kedah Sambut Sanusi Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 226 hits
agendaily com18 07 2023Antara penyokong yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah sebentar tadi Gambar Facebook Selepas ditahan awal pagi tadi dan didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang Mente...
Bertanding Dalam Ilihanraya Untuk Bantu Rakyat

Bertanding Dalam Ilihanraya Untuk Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 177 hits
Bertanding dalam pilihanraya ini bukan semata mata nak popular atau boleh main emosi Calon yang menawarkan diri mesti ada idea mesti ada visi dan penyelesaian kepada masalah rakyat sebab itu lah amanah rakyat kepada kita Tidak ada bapa yang...
Kerajaan Madani Mengugut Rakyat

Kerajaan Madani Mengugut Rakyat

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 216 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan 2 Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang Banyaklah sebab sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik Mereka menyatakan in...
Hati Hati Agar Tidak Mendahului Allah

Hati Hati Agar Tidak Mendahului Allah

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 312 hits
Sayyidina Abu Hurairah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda Ada dua orang kawan dalam kalangan Bani Israil Salah seorang daripada mereka selalu melakukan dosa dan seorang lagi kuat beribadat Apabila si abid nampak si pendosa mel...
Cuepacs Puji Pm Prihatin Kebajikan Pesara Kerajaan

Cuepacs Puji Pm Prihatin Kebajikan Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 156 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap kebajikan golongan pesara kerajaan Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat ketika mengulas k...
Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 178 hits
Apa tak boleh cakap apa apa Boleh je Cakap la isu kebajikan rakyat isu ekonomi isu antarabangsa Banyak je isu boleh digunakan untuk PRN Tapi itu la Nak cerita isu tu semua tak reti Jadi terpaksa jugak mainkan isu 3R Nak tunggang sentimen ag...
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 371 hits
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 MYCRS 2023 Subsidi Pembelian Carseat Kanak Kanak Pengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Melalui Program MYCRS 2023 kini telah dibuka Kerajaan telah melancarkan Program M...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash