Tahun 2020 anak sulungku Muhammad Hafiz Syakirin diterima masuk ke Tabika Perpaduan. Aku sangat berharap kemasukan ke tabika mampu membantu menambah-baik masalah kelewatan pertuturannya. Tahun pertama masuk sekolah ketika berumur empat tahun, dan Syakirin seronok sejak hari pertama dia masuk kelas. Aku rasa bersyukur sangat. Cikgu-cikgu juga banyak membantu dalam perkembangan pertuturan dan motor skills Syakirin.
Syakirin mula panggil aku dengan gelaran 'bonda' juga selepas dia masuk tabika. Terharu sangat. Nak menangis aku dengar dia cuba biasakan sebut 'bonda'. Sebelum tu dia panggil aku 'afu', hahahahhaa... Mana datang pun aku tak tahu. Sebutan Syakirin semakin jelas dan bermakna. Kalau sebelum tu Syakirin banyak sebut perkataan dalam bahasa inggeris, sekarang Syakirin mula faham perkataan yang sama tu dalam bahasa melayu. Aku nampak makin banyak pandainya. Alhamdulillah.
Sayangnya dugaan pandemik covid-19 tahun ini, persekolahan terasa singkat. Banyak kena buat pembelajaran dari rumah. Struggle juga untuk aku yang ada masalah tak mampu mengajar dalam keadaan tenang untuk tempoh masa yang lama. Aku tak suka jadi pengajar sebab aku cepat marah. Dengan masalah kecelaruan emosi aku lagi. Kasihan sebenarnya Syakirin.
Sebelum bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, sempat juga lah ibu dan adik aku Atikah datang melawat kami. Sempatlah kami bawa ibu dan Atikah jalan-jalan sekejap di Cameron Highlands. Cuma sahaja tak sangka waktu kami bercuti tu tiba-tiba Syakirin dan Atikah demam serentak. Dah sampai Cameron pun waktu tu, bermalam. Tengah malam tu lah kedua-duanya demam. Dua-dua pula memang rapat. Melekat sajalah Syakirin dengan Auntie Tiey dia.
Jauh-jauh keluarga zauji pun, cuma di Johor. Masih kami boleh sampai, setanah semenanjung sahaja. Kami yang anak cucu pulau ni, sarat menanggung rindu. Safiyyah pula masih terlalu kecil, Labuan memang tempat kelahirannya, tapi dia belum begitu faham. Dia cuma tahu rumah teratak ini rumahnya. Bonda, abi, dan Abang Asyi (Syakirin) ialah keluarganya. Dia tak suka berlama-lama di rumah orang lain, tak suka berada di tengah keramaian orang lain. Jadi, aku kurang pasti reaksinya terhadap Labuan.
Zauji mula bekerja sendiri selepas majikannya tamatkan perkhidmatan zauji berakhir pada Julai lalu disebabkan syarikat semakin tidak stabil dengan kemerosotan ekonomi sepanjang tempoh PKP. Sememangnya aku dah minta zauji bersedia awal dan aku beri cadangan plan backup selepas dia diberhentikan kerja. Zauji pun memang dah mula buat part time Lalamove hantar barang dengan motor bermula bulan Ramadan untuk tambah pendapatan ketika gaji bulanan dipotong separuh sebab PKP. Bertabahlah kami dengan rezeki secukupnya. InsyaAllah.
Awal Oktober lepas sekali lagi ibu dan Atikah datang KL sebelum prosedur keluar masuk Labuan semakin ketat, dan sebelum Kuala Lumpur dan Selangor berhadapan dengan PKP Bersyarat (PKPB). Terkesan apabila Syakirin minta aku bawa dia ke rumah nendanya ketika kami video call. Menangis kami sama-sama sebab aku tak dapat tunaikan permintaan Syakirin tu. Tak mampu untuk beli tiket kapal terbang pulang ke Labuan untuk kami sekeluarga.
Dugaan juga ketika nak check-in tiket penerbangan, tiba-tiba penerbangan dari KL balik ke Labuan dibatalkan. Semasa kami booking tiket, kes di KL agak terkawal, tak merisaukan sangat. Tapi hujung September tu kes mendadak teruk menyebabkan penerbangan dikurangkan. Kami terpaksa tukar tiket balik Labuan untuk ibu dan Atikah tu lebih awal. Namun sempat jugalah bawa ibu dan Atikah jalan-jalan di Kuala Lumpur dan naik Bukit Tinggi sekejap. Lepas tu Syakirin susah nak lepaskan nenda dan Auntie Tiey dia balik. Huhuhu...
Sekarang ni temujanji anak-anak dengan klinik dan hospital pun agak susah juga. Dah tak boleh anak beranak menunggu sama-sama di dalam. Sepanjang PKPB ni nak masuk ruang hospital untuk menunggu juga tidak boleh dah. Setiap kali temujanji, bonda dorang sahaja teman masuk, abi dorang pula jaga anak seorang lagi di luar klinik atau hospital. Dalam apa-apa keadaan pun, tetap aku juga yang akan teman anak untuk sesi temujanji sebab aku yang lebih banyak tahu progress perkembangan anak-anak.
Tahun ini juga aku bincang dengan pakar pediatrik berkenaan sikap Syakirin yang makin tidak terkawal. Pertuturan dia dah semakin membaik, tapi perangai dia yang agak berlebihan dan tidak ambil perhatian itu yang merisaukan. Pediatrik rujuk kes Syakirin ni ke Terapi Carakerja. Therapist nampak Syakirin ni ada pelbagai masalah dalam diri dia. Mungkin akibat perkembangan dia yang delay sebelum ini menyebabkan dia macam kelam kabut nak capai semua yang lain sehingga tak mampu nak tapis mana yang perlu atau tidak.
Sepatutnya 17 Disember hari tu dapat berbincang dengan doktor mengenai diagnosis Syakirin yang berkemungkinan ada ADHD. Tapi temujanji ditunda pula sebab doktor pakar pergi Sabah bulan ni. Tunggulah tahun depan apa kisahnya.
Semoga tahun 2021 akan lebih membaik untuk kami sekeluarga. Aku redha dan bersyukur dengan kehidupan kami sekarang. Aku cuba harungi cabaran ni. Aku cuba kuat walau aku tahu aku sedang rapuh. InsyaAllah nanti aku sambung semula rawatan psikiatri aku yang tertangguh sebelum ni. Buat masa ni aku perlu tumpukan pada anak-anak dahulu.
Entah macam mana aku yang asalnya menulis puisi dan cerpen tiba-tiba ter-melukis pula. Hahahaha... Ketika sekolah rendah dahulu aku pernah la minat melukis. Tapi rasa tiada bakat, aku berhenti. Sejak tu aku cuma fokus dalam penulisan. Sayangnya menulis pun aku terhenti, cuma sesekali aku menulis puisi dalam keadaan yang aku rasa sukar. Aku masih cuba menulis, sebab tu aku kembali menulis di blog ini. Tapi ada masanya aku tewas, dan luahan itu hanya bermain di minda tanpa mampu diolah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |