Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik
Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera Assalamualaikum. Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari & 1 Mac 2020. Boleh dikatakan saya sendiri meminati untuk melihat sendiri sebahagian kehidupan tentera, aset ketenteraan dan pertunjukan yang dipertontonkan
Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang
Menarik? Sudah semestinya. Kalau sebelum ini kita mungkin lebih tertumpu pada pertunjukan di LIMA Langkawi atau Hari Terbuka Armada Laut di Lumut atau juga ketika Perarakan Hari Kemerdekaan. Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 di Pulau Pinang walaupun berskala kecil tetapi mendapat sambutan yang agak mengalakkan dan memberikan peluang untuk kita lebih dekat kehidupan tentera
Bagi yang sudah bergelar bapa macam saya sudah tentu membawa anak ke hari terbuka seperti ini memberikan sedikit pendedahan mengenai tentera negara sikit sebanyak menanam rasa cintakan negara serta menghargai tentera yang menjadi barisan utama negara. Pengorbanan mereka tidak mampu kita lakukan apatah lagi membalasnya. Terima kasih wahai pewira negara
Cik Puteri dengan muka celoreng
Kanak-kanak dan pengunjung diberikan peluang mencuba 'make up' celoreng tentera dimuka yang berasaskan tanah liat. Cik Puteri lepas nampak ada kanak-kanak lain yang dah cuba, tak henti-henti ajak untuk cuba " abah jomla nak lukis muka juga" berpeluh abah nak bagi ka tidak hehehe
Sebelum tu CIk Puteri ajak Abah untuk cuba semua kenderaan tentera yang dipamerkan pada hari ini. Minat sangat. Hari tu masa di Hari Terbuka Armada Laut, dia ajak abah pusing abih semua kapal walaupun cuaca panas sangat. Mujur Abah pun minat hehehe
Bergambar depan kenderaan tentera darat
Mula ajak naik atas kenderaan
Sebelah kanan : kenderaan bertayar lipan ( aircond) berfungsi sebagai komunikasi.
Rejimen Artileri
Lebih menarik ada kenderaan yang jarang dapat dilihat apatah lagi sebelah dalam
Abah pun nak juga hahaha
Apa yang menarik bagi pandangan saya,
1. Ada bahagian dimana kita dapat lihat cara kehidupan tentera di dalam hutan atau ketika operasi. Cara menyediakan jerat, cara memasak, tempat tidur ( hammock) dan pondok ( lebih jelas dalam video youtube di bawah)
2. Kenderaan Tentera - Pengunjung terutama kanak-kanak teruja dapat duduk dan melihat secara lebih dekat kenderaan tentera dan mengambil gambar. Dalam video youtube ada saya kongsikan kenderaan yang mempunyai ruang yang agak sempit yang mana inilah perlu kita ketahui
3. Aset Senjata - Disini kita dapat melihat senjata, mengangkat untuk mencuba berat satu-satu senjata antara yang paling berat saya cuba adalah Sniper dan Bazooka seberat 13kg. Cuba bayangkan kalau perlu dipikul setiap masa? Mampukah kita
4. Makanan - Di dalam video youtube dibawah ada saya kongsikan sedikit mengneai makanan yang di bawah oleh tentera dimana pengunjung juga boleh mencuba. Menarik sangat
5. Pameran Parti Komunis Malaya senjata dan gambar di paparkan
6. Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata yang mendapat sambutan yang awesome dari semua pengunjung. (dalam video di bawah)
Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87
Terima kasih wahai perwira negara. Pertunjukan ini juga bertepatan dalam keadaan negara kita ketika itu ketiadaan kabinet menteri.
baca lagi : Senarai Kabinet Baru Menteri dan Timbalan Menteri 2020
Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.arzmoha.com/2020/03/hari-terbuka-tentera-darat-ke-87-pulau.html