Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan
Apakah kegunaan Controloc untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ini dan kegunaannya kepada kesihatan.
Baca juga:
Sangobion: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan
Pantoprazole 40 mg: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan
Norcolut: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan
Apa itu Controloc
Controloc adalah ubat yang digunakan untuk merawat beberapa keadaan berkaitan perut dan sistem pencernaan. Ia sesuai untuk orang dewasa serta kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Salah satu kegunaannya adalah untuk merawat esofagitis refluks, iaitu keradangan atau iritasi pada esofagus yang disebabkan oleh asid perut yang naik semula ke kerongkong.
Bagi orang dewasa, ubat ini juga digunakan untuk merawat ulser perut dan usus. Selain itu, ia membantu merawat tumor pada pankreas yang dihasilkan hormon berlebihan, yang menyebabkan pengeluaran asid perut yang terlalu banyak (contoh dalam keadaan Zollinger-Ellison Syndrome) atau masalah lain yang melibatkan rembesan asid yang tidak normal.
Ubat ini juga boleh digunakan untuk membasmi bakteria Helicobacter pylori pada individu yang mengalami ulser peptik, apabila diambil bersama dua jenis antibiotik yang sesuai.
Kandungan Bahan
Bahan aktif:
Pantoprazole Sodium
Bahan tidak aktif:
Sodium carbonate
Mannitol
Crospovidone
Povidone K90
Calcium stearate
Hypromellose 2910
Povidone K25
Titanium dioxide E171
Yellow ferric oxide E172
Propylene glycol
Triethyl citrate
Methaacrylic acid – ethyl acrylate Copolymer (1:1)
Polysorbate 80
Sodium Laurisulfate
Printing ink
Fungsi dan Kepentingannya
Ubat ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai perencat pam proton (PPI). Ia berfungsi untuk mengurangkan jumlah asid dalam perut. Selain itu, ia juga digunakan untuk membantu melegakan gejala yang berkaitan dengan masalah asid perut.
Walaupun ubat ini dapat merawat gejala ini, anda mungkin masih menghadapi masalah perut yang lebih serius. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda bagi memastikan rawatan yang sesuai dan mengetahui punca sebenar masalah kesihatan anda.
Dos & Cara Pengambilan
Controloc yang digunakan di Malaysia mempunyai dua jenis dos, iaitu 40mg dan 20mg. Berikut adalah cara pengambilannya:
Cara menggunakan Controloc 40mg
Ambil 1 atau 2 Controloc 40mg setiap hari untuk rawatan esofagitis refluks sederhana dan teruk
Ambil 2 Controloc 40mg + kombinasi mana-mana 2 antibiotik untuk pembasmian H. pylori dua kali setiap hari seperti di bawah:
1000mg amoxicillin
500 clarithromycin
500mg metronidazole
Ambil 1 atau 2 Controloc 40mg untuk pemyembuhan ulser gastrik dan usus
Ambil 2 Controloc 40mg setiap hari untuk pengurusan jangka panjang ZollingerEllison-Syndrome. Dos boleh diubah ke atas atau ke bawah.
Cara menggunakan Controloc 20mg
Ambil 1 Controloc 20mg satu kali setiap hari untuk meringankan gejala
Ambil 1 Controloc 20mg untuk pengurusan jangka panjang dan 2 Controloc 20mg jika penyakit berulang
Ambil Controloc 20mg untuk pencegahan ulser perut dan usus yang disebabkan oleh NSAIDs
NOTA: Controloc PERLU diambil atas nasihat doktor anda.
Ubat yang Boleh Berinteraksi Dengan Controloc
Beritahu doktor anda mengenai semua ubat yang anda ambil termasuk ubat yang memerlukan preskripsi dan tanpa preskripsi, vitamin dan ubat herba. Controloc boleh menjejaskan fungsi ubat lain dan sebaliknya.
Sila beritahu doktor anda jika anda mengambil ubat berikut:
Atazanavir atau nelfinavir (ubat untuk Human Immunodeficiency Virus (HIV)
Methotrexate (ubat kemoterapi untuk merawat kanser)
Tacrolimus (mencegah penolakan pemindahan)
Fluvoxamine (untuk kemurungan atau gangguan keresahan)
Warfarin, phenprocoumon (mencegah pembekuan darah)
Kaedah Penyimpanan
Ubat ini perlu disimpan di bawah suhu 30°C. Jauhi ubat ini dan ubat-ubatan lain daripada kanak-kanak.
Kesan Sampingan
Kesan sampingan ubat ini yang berkemungkinan boleh berlaku termasuklah:
Gangguan tidur
Sakit kepala
Pening
Cirit-birit
Rasa mual
Muntah-muntah
Sembelit
Mulut kering, sakit perut dan tidak selesa
Enzim hati meningkat
Ruam
Letih
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Controloc dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Controloc 40mg Tablets. National Pharmaceutical Regulatory Agency
Controloc 20mg Tablets. National Pharmaceutical Regulatory Agency
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/controloc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=controloc