Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Tanah
CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
Bagi melakukan transaksi jual beli tanah. Anda perlu membuat surat perjanjian jual beli tanah. Ia penting dan merupakan satu dokumen yang sah disisi undang-undang.Disini kami berkongsi kepada anda contoh surat perjanjian jual beli tanah.
Baca tentang : https://kekandamemey.com/panduan-membeli-tanah-lot.html
KEBAIKAN SURAT PERJANJAN JUAL BELI TANAH
– Melindungi hak pembeli dan penjual
– Mengelakan sebarang unsur penipuan
– Mengelakan masalah ingkar janji
– Memudahkan urusan tukar milik tanah
– Bahan rujukan ke mahkamah sekiranya
– Terma lebih lengkap dan cukup
BUTIRAN DI DALAM SURAT SURAT PERJANJAN JUAL BELI TANAH
-tarikh perjanjian jual beli
-pihak yang terlibat seperti pembeli dan penjual
-maklumat harta seperti nombor lot,keluasan tanah,kategori penggunaan tanah
-terma perjanjian yang dipersetujui seperti harga,cara pembayaran, tukar milik tanah
-maklumat dua orang saksi dan pesuhjaya sumpah
BERIKUT ADALAH CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH :
PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..TAHUN……
DI ANTARA
PIHAK PERTAMA
Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)
DAN
PIHAK KEDUA
Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)
PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak rumah bangunan hakmilik strata yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:
Luas keseluruhan rumah :-
Alamat rumah :-
Pemaju :-
Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:
Perkara 1 > HARGA
Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Dua puluh lima ribu ringgit sahaja)
Perkara 2 > CARA PEMBAYARAN
PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.
Perkara 3 > BAKI BAYARAN
PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.
Perkara 4 > JAMINAN DAN SAKSI
PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.
Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-
Nama Saksi :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat lengkap :
Hubungan :
Perkara 5 > PENYERAHAN
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran.
Perkara 6 > STATUS KEPEMILIKAN
Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah tersebut di atas beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.
Perkara 7 > PROSES PINDAH MILIK
PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan hak tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.
Perkara 8 > PENGESAHAN PERJANJIAN
Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.
Perkara 9 > HAL-HAL LAIN
Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Perkaral 10 > PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.
PIHAK PERTAMA
( PENJUAL )
[ ———————————- ]
Nama:
No KP:
PIHAK KEDUA
( PEMBELI )
[ ———————————- ]
Nama:
No KP:
SAKSI PIHAK PERTAMA :
[ ———————————- ]
Nama:
No KP:
SAKSI PIHAK KEDUA :
[ ———————————- ]
Nama:
No KP:
Dihadapan Saya,
………………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH
Walaupun contoh surat perjanjian jual beli tanah ini nampak ringkas, namun ia sangat penting dan berguna kepada anda sebagai pembeli atau penjual. Lebih baik lagi jika anda melantik peguam hartanah untuk memastikan terma-terma yang disediakan lebih lengkap dan tepat untuk melindungi kedua-dua pihak.
Untuk pengetahuan lebih lanjut, layari : https://www.propertyguru.com.my/property-guides/kepentingan-surat-perjanjian-jual-beli-di-malaysia-22005
The post CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/contoh-surat-perjanjian-jual-beli-tanah.html