Contoh Soalan Ujian Medsi Tips Dan Panduan Temuduga
MEdSI merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory.
Secara ringkasnya, MEdSI merupakan ujian kemasukan bagi program Pengajian Pendidikan Lepasatan STPM dan Setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya:
PersonalitiMinat kerjayaNilai IntegritiKecerdasan Emosi
Soalan dalam ujian ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.
Artikel berkaitan: Contoh Soalan MUET dan Format Terkini 2022
Format ujian
Ujian MEdSI ini merangkumi 300 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian.
4 bahagin tersebut adalah:
Bahagian Personaliti – 110 itemBahagian Kerjaya – 60 itemBahagian Integriti – 70 itemBahagian Emosi – 60 item
Sila jawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.
Contoh soalan
1. Bahagian Personaliti
Saya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju
Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
2. Bahagian Kerjaya
Tidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
Kerja ada sesuatu sistem yang teratur
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
3. Bahagian Integriti
Jika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
4. Kecerdasan Emosi
Apa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik
I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju
Tips menjawab soalan dan temuduga
Menariknya, pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI ada menghassilkan inografik di bawah berkenaan tips untuk menjawab ujian MEdSI.
Ketika sesi temuduga, pastikan anda kekal tenang menjawab soalan dan ini akan menampakkan anda seorang calon yang berkeyakinan tinggi.
Sentiasa jadi diri sendiri dengan bersikap jujur menjawap setiap soalan yang diberikan.
Ambil masa berfikir selama beberap saat sebelum menjawab soalan yang diberikan kerana tidak ada gunanya anda menjawap jawapan dengan pantas tapi jawapan yanng diberikan merapu-rapu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/medsi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=medsi