Contoh Perjanjian Sewa Rumah Terkini 2021


CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH TERKINI 2021 (FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)

Kepada pemilik rumah yang ingin memberi sewa rumah kepada penyewa,anda perlu menyediakan  CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH bagi memudahkan urusan dan melindungi hak masing-masing.
KENAPA PERJANJIAN SEWA RUMAH PENTING?
Perjanjian Sewa Rumah penting kerana untuk mengelakkan hal berikut berlaku:
Elakkan penyewa gagal bayar sewa rumah Elak kes menceroboh rumah yang disewakan Elak kes diarah berpindah (penyewa baharu menyewa rumah tersebut) Elak kes rumah rosak CARA  SEDIAKAN CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH
Perjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa masuk ke rumah. Bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi. Penyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian Perjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga. Baca tentang CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
TERMA TERKINI PERJANJIAN SEWA RUMAH
Dalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:
Nama penyewa, Nombor telefon, Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi Duti setem CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH(FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)
Berikut adalah contoh perjanjian sewa rumah yang boleh dibuah mengikut kesesuaian/persetujuan pemilik rumah dan penyewa:
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN
 
PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..……….. di antara pihak berikut:
 
‘Tuan Rumah’
(Nama) …………………………………………………….……………….
 
(No Kad Pengenalan) ………………………………………………………
 
‘Penyewa’
(Nama) ……………………………………………………………………… (No.Kad Pengenalan) ………………………………………………………..
 
BAHAWASANYA
 
Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat ……………………………………………………………………………………………… (selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”).  
Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan). Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia……………………………………….. ( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (RM…………………..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Rumah. BORANG MAKLUMAT PENYEWA
Nama Kad Pengenalan Tel. Bimbit Alamat Tetap/Asal Telefon Pekerjaan Alamat Pejabat Tel. Pejabat Faks Tempoh Sewaan Jumlah penghuni PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
TANGGUNGJAWAB PENYEWA
Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2). Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan). Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian. TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH
Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.  
…………………………………
Tuan Rumah / Pemilik
Nama:
Tarikh:
 
…………………………………
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
Tarikh:
 
…………………………………
 
Saksi
Nama:
Tarikh:
 
…………………………………
 
Saksi
Nama:
Tarikh:
 
The post CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH TERKINI 2021(FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/contoh-perjanjian-sewa-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2021 2022 Cara Tulis Format Terkini

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2021 2022 Cara Tulis Format Terkini

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 549 hits
CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI 2021 2022 CARA TULIS FORMAT TERKINI Bagaimana nak tulis surat rayuan matrikulasi Senang sahaja pelajar boleh rujuk contoh surat rasmi rayuan matrikulasi 2021 2022 dibawah Apakah lampiran yang diperlukan untuk...
Saat Jadi Tki Hanya Kepikiran Sewa Rumah Arif Muhammad Mak Beti Kini Malah Punya Bisnis Properti

Saat Jadi Tki Hanya Kepikiran Sewa Rumah Arif Muhammad Mak Beti Kini Malah Punya Bisnis Properti

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 320 hits
Mulai dari nol kini content creator tersebut udah punya 12 juta subscribers Satu per satu impiannya pun tercapai bahkan lebih dari yang diharapkan
Bila Suri Rumah Mula Bisnes 2021 Nak Jual Apa

Bila Suri Rumah Mula Bisnes 2021 Nak Jual Apa

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 401 hits
Ramai surirumah sekarang ni yang terfikir nak mula bisnes nak jual apa untuk besarkan anak depan mata sendiri dan dalam masa sama terfikir perlu lakukan sesuatu untuk menampung perbelanjaan keluarga
Jawatan Kosong Terkini 2021 Mrsm Guru Ganti Gaji Rm1496 43 Rm 2046 98

Jawatan Kosong Terkini 2021 Mrsm Guru Ganti Gaji Rm1496 43 Rm 2046 98

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 381 hits
Jawatan Kosong Terkini 2021 MRSM Guru Ganti Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka...
Kalendar Muet 2021 Dan Contoh Soalan

Kalendar Muet 2021 Dan Contoh Soalan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 202 hits
Kalendar dan Contoh Soalan MUET ini dikongsikan kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan MUET sebagai langkah persediaan Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada para pelajar Malaysian University ...
Tak Puas Hati Warga Emas Bakar Rumah Sewa Lepas Diarah Keluar

Tak Puas Hati Warga Emas Bakar Rumah Sewa Lepas Diarah Keluar

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 238 hits
2 225 total views 2 225 views today Seorang lelaki warga emas dipercayai bertindak membakar rumah sewanya kerana tidak berpuas hati setelah diarah keluar oleh pemilik rumah tersebut di Jalan Maju 3 Taman Pelangi di Johor Bahru malam tadi Ke...
Jawatan Kosong Terkini Malaysia Airports Holding Berhad Pengambilan 2021

Jawatan Kosong Terkini Malaysia Airports Holding Berhad Pengambilan 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 656 hits
Jawatan Kosong Terkini Malaysia Airports Holding Berhad Pengambilan 2021 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan ja...
Jumlah Warga Indonesia Yang Sudah Divaksinasi Per 19 April 2021

Jumlah Warga Indonesia Yang Sudah Divaksinasi Per 19 April 2021

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 251 hits
Sementara itu tercatat sebanyak 6 050 732 orang di antaranya telah menjalani vaksinasi dosis kedua atau bertambah 139 811 orang
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches