Contoh Nama Syarikat Unik
Izinkan Tedi berangan untuk memiliki sebuah syarikat, dan syarikat itu tentulah memerlukan satu nama yang unik dan mudah difahami orang.
Mungkin nama syarikat yang unik adalah salah satu faktor untuk menjadi satu nama syarikat yang menarik?
Dalam kelas kemahiran hidup dahulu Tedi dan kawan-kawan telah memilih nama Hijau Makmur Sdn Bhd untuk mewakili nama syarikat kami jika kami terlibat dalam industri hiasan landskap. Logo yang kami pilih adalah gabungan huruf HM yang kami bentukkan H sebagai pohon merimbun dan M sebagai rumput di perdu pokok tersebut.
Namun kini nama Hijau Makmur itu mungkin sudah tidak gah.
Kenapa nama syarikat perlu unik?
Nama syarikat yang unik menjadikan perniagaan kita akan mudah dikenali dan diingati oleh pelanggan juga bakal pelanggan. Nama syarikat yang unik menjadikan kita lebih menonjol berbanding pesaing sekaligus menarik perhatian pelanggan apabila mereka mencari pembekal.
Menghasilkan nama syarikat yang unik memerlukan perancangan dan apabila kita berjaya dapatkan nama syarikat yang unik, kita boleh mula menjual nama syarikat kita.
Senarai Nama Syarikat Unik
Apakah contoh nama syarikat yang unik yang bermain di benak kepala Tedi sekarang?
Athletiqu – kedai peralatan sukan
Boutiqo / Boutiqu – kedai butik pakaian
Colorqo – kedai cat
Fabrexa, Faabric – nama syarikat jual kain atau pakaian
Kerepek Treats - Syarikat jual kerepek
KomputEvo – kedai komputer
MamaMeow – kedai kucing
Momley – kedai untuk ibu
PicturU - nama syarikat fotografi.
Tiketotai – kedai jual tiket
Tetapi nama yang unik boleh juga diperolehi daripada nama kita sendiri.
Nama InterpretZZ sebenarnya adalah hasil gabungan perkataan interpretasi dan nama Master iaitu pemilik pertama blog ini sebelum diserahkan kepada Tedi.
Bagaimana Cari Nama Menarik untuk Syarikat?
Fahami perniagaan syarikat - boleh menjawab soalan seperti apa perniagaan syarikat? apa produk yang dijual? apa perkhidmatan yang disediakan? siapa sasaran?
Kata kunci - setelah kenali syarikat anda, pilih kata kunci yang memberitahu apakah syarikat anda? Jika syarikat pengurusan boleh pilih perkataan seperti "urus". Jika syarikat melibatkan perkahwinan boleh mula dengan perkataan "kahwin".
Pilih gaya nama syarikat - bagaimana mahu dapatkan nama yang unik? Boleh gunakan panduan seperti:
sertakan nama pengasas syarikat (contoh Jalen, Jakel),
gunakan satu perkataan sahaja (Amazon, Apple)
gantikan satu huruf pada perkataan (Pictur3),
masukkan huruf tambahan pada perkataan (Booku),
buang huruf pada perkataan,
gabungkan dua atau lebih perkataan (Facebook, Bitcoin),
gunakan kiasan atau metafora (Dubook)
gunakan singkatan (contohnya PETRONAS, PROTON).
gunakan perkataan daripada bahasa asing (Suka Sukre),
perkataan beritma (FireWire)
Kisahkan cerita - setelah nama dipilih pastikan ia boleh menceritakan misi dan nilai syarikat. Jika tidak boleh cari nama lain.
Daftar nama syarikat - dah penat-penat fikir nama syarikat, daftarkanlah, tunggu apa lagi?
Nama Syarikat Menarik di Dunia
Kita dah tahu kaedah mencipta nama yang unik dan menarik untuk syarikat, mari kita lawat beberapa nama syarikat menarik di dunia, mengikut susunan abjad.
Alphabet
Macam biasa-biasa sahaja kan nama syarikat ini?
Ia menjadi luar biasa kerana Alphabet adalah nama sebuah holding company yang ditubuhkan oleh Google. Tujuan syarikat pemegang tersebut adalah untuk memberikan ketelusan kepada senarai minat Google yang semakin meningkat seperti Nest, Calico, Google X, dan Google Ventures.
Nama Alphabet ini sangat bijak untuk nama sebuah syarikat yang menjadi penaung kepada syarikat-syarikat lain. Contohnya G untuk Google, N untuk Nest dan seterusnya.
amazon
Jeff Bezos mengasaskan Amazon.com sebagai "kedai semua benda".
Dia memilih nama "Amazon" kerana itu adalah tempat yang dianggap eksotik dan berbeza.
Sungai Amazon adalah sungai terbesar di dunia, dan Bezos merancang untuk menjadikan portal beli-belahnya sebagai yang terbesar di dunia.
Amazon adalah nama syarikat yang hebat kerana ia experiential. Perkataan Amazon itu tidak ada kaitan dengan runcit dan e-dagang yang menjadikannya lebih berkesan.
Apple
Apple mungkin merupakan salah satu syarikat yang paling terkenal di dunia, tetapi itu tidak menghapuskan hakikat bahawa Apple adalah satu contoh nama syarikat yang bagus.
Apple adalah satu lagi contoh jenama experiential.
Ia mudah disebut, dan memiliki konsonan berganda keras, ap-ple.
Jenama Apple juga diterjemahkan dengan jelas melalui ilustrasi sederhana, logo sebiji epal telah digigit.
Caterpillar
Caterpillar adalah satu lagi jenama experiential. Ia dengan segera menonjolkan diri sebagai penyedia barisan jentera berat. Manakala pelanggan dengan mesra menyebut jenama itu sebagai "Cat."
Nama Caterpillar dipilih pada tahun 1925. Seorang jurugambar syarikat melihat jejak traktor itu menyerupai ulat bulu yang bergerak di atas tanah. Nama itu melekat hingga hari ini.
Google
Google adalah perkataan yang direka.
Pada awalnya nama yang dicadangkan adalah "googol", iaitu satu unit angka apabila 10 dikuasakan dengan 100.
Googol dicadangkan untuk mencerminkan misi syarikat untuk mengatur banyak maklumat yang terdapat dalam talian.
Nama "Google" berlaku secara tidak sengaja. Googol tersalah eja sebagai Google ketika pendaftaran nama domain, tetapi Larry Page menyukainya menyebabkan nama Google melekat.
Nama Google menjadi kerana ia berbeza dan menyeronokkan untuk disebut. Juga, ia berfungsi secara visual kerana Google memperluas namanya secara visual mewakili jumlah hasil dalam carian: Gooooooogle.
Maksud "experiential"
Experiential dieja sebagai eksperensial dalam Bahasa Melayu yang bermaksud "pengalaman".
berasaskan pengalaman dan pemerhatian
berkaitan dengan pengalaman
terhasil daripada pengalaman
memberikan pengalaman
Rujukan: 13 Examples of the Best Company Names (stickybranding.com)
13 Jun 2019 jam 11:10 malam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/06/contoh-nama-syarikat-unik.html