Conteng Mural Sultan Selangor Murka
Politik Matang dan sejahtera masih tidak  boleh diterima oleh masyarakat. Poltik matang boleh membuatkan rakyat  terfokus... derita rakyat ditanggani. Tapi kalau memlih politik jalanan,  jalaraya kata kesat dsbnya kita tak kemana. Dah lebih 20 tahun rakyat  disogok politik kebencian. Cukuplah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mahu tindakan  tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab menconteng mural  pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam,  Selangor.
Dalam satu kenyataan hari ini, baginda berpandangan  tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab  disebabkan politik kebencian.
"Baginda berpandangan kejadian ini  bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi  lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.
Terdahulu,  set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan  Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain  didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak  sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial. 
Selain  potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana, turut  menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden  PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham  Abdullah.
Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng  itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “babi” ditulis di  antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar  Al-Sultan Abdullah.
Sementara perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua  Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan  bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sementara itu Sultan Selangor menyifatkan contengan kata-kata kesat pada lukisan mural
Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri serta pemimpin lain adalah sangat biadab.
"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
"Apatah lagi, baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda lagi. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/conteng-mural-sultan-selangor-murka.html