Comelnya Aisha Amaira Di Usia Dua Minggu Fasha Sandha Turun Padang Rakam Foto Comel Anak
Merakam setiap detik indah wajah bayi kesayangan seakan menjadi lumrah bagi ibu yang baru melahirkan. Sebolehnya setiap momen anak dirakam sehingga memenuhi ruang telefon peribadi. Itu lumrah.
Tidak terkecuali kepada pelakon popular, Fasha Sandha yang berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang baru memasuki usia dua minggu. Lebih teruja, Fasha sendiri turun padang merakam detik indah si comelnya.
Aisha yang dilahirkan pada 7 Ogos lalu membesar dengan sihat berkat susu ibu yang mencukupi buatnya. Wajah Aisha yang dikongsikan Fasha amat comel sekali, persis kecantikan ibunya.
Fasha juga sempat meluahkan rasa gembiranya dengan perkembangan si comel ketiganya itu.
“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.
“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen.
View this post on Instagram
Assalamualaikum kesayangan ibu, Hari ni Aisha 2 Minggu. Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu. Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer
#iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Aug 20, 2020 at 8:38pm PDT
Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha. Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Pernah dua kali keguguran, Aisha berkat usaha dan doa berterusan
Terdahulu sebelumnya, Fasha turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kelahiran si comelnya itu sambil berkongsi makna nama Aisha Amaira yang membawa maksud “Bahagia dan Cantik Selamanya”.
Bukan itu sahaja, malah Fasha turut meluahkan rasa syukurnya sebelum dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Berkat usaha dan tak pernah putus asa serta tak putus doa pada Allah, akhirnya Aisha hadir menyerikan keluarga kecil ini.
Malah Fasha juga turut mendoakan ibu-ibu yang senasib dengannya agar terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah paling terbaik dalam hidup kita.
View this post on Instagram
Assalamualaikum, . Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi…. Nama saya , AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya.
Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. . Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga. Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner. . Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan.
@kam2u . Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night
Love, Aisha Amaira
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Aug 10, 2020 at 10:57pm PDT
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Comelnya Aisha Amaira Di Usia Dua Minggu, Fasha Sandha Turun Padang Rakam Foto Comel Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/comelnya-aisha-amaira-di-usia-dua-minggu-fasha-sandha-turun-padang-rakam-foto-comel-anak/