Coffee Trail Through Out Perak Pulau Pinang Kedah Perlis


Hello and assalamualaikum everyone

Setelah sekian lama mereput di rumah dapatlah jemputan lawatan Coffee Trail Northern Region bulan lalu. Sebagai peminat kopi lawatan 4H 3M ini adalah sesuatu yang sangat menarik, membuka minda dan menambah banyak ilmu tentang penanaman dan penghasilan kopi. Malah dibawa mencuba kopi di dua buah kedai kopi hipster yang diusahakan oleh anak muda tempatan

Banyak perkara yang aku suka mengenai lawatan kali ini. Pertamanya sebab naik ETS hahahah.... Naik keretapi lima jam pun tak rasa penat. Bila jemu duduk boleh berjalan kira gerabak 😁 atau lepak makan di kantin. Bila masuk waktu solat boleh beribadah di bilik yang disediakan

Sebenarnya trip ni back to back with our family trip to Penang-Kedah. Kami balik ke KL/Seremban semula pada 18hb jadi aku buat keputusan untuk sewa hostel yang walking distance to KL Sentral for the next day trip. Jimat masa. 

Jenis Dan Asal Usul Kopi (sedikit pengenalan)Kopi dikatakan pertama kali ditemui di Ethopia. Asalnya ada 66 spesis kopi, yang popular jenis arabica, robusta dan liberica. Di Indonesia pula biji kopi dibawa masuk oleh penjajah Belanda. Indonesia merupakan antara lima pengeksport terbesar kopi dunia malah nilai eksport ke Amerika Syarikat sahaja sebanyak USD872 juta pada 2019. 933 hektar kawasan ladang ditanam kopi robusta manakala 307 hektar lagi untuk kopi arabica. Tidak hairanlah kita juga mengimport kopi dari sana

Kopi arabicaBerbentuk lonjong dan saiznya lebih besar daripada jenis robusta. Ia ditanam di tanah berketinggian melebihi 800 meter dari aras laut. Aromanya lebih kuat dan rasanya manis seperti buah/beri dan halus. Kadar kafein hanya 1.5%, lebih rendah berbanding 3% dalam biji robusta. 
Arabica paling tinggi kualitinya & sangat sedap berbanding kopi lain. Kopi yang ditanam di kawasan sejuk lebih lambat matangnya lalu menghasilkan rasa yang lebih kompleks. Bila dipanaskan ia menghasilkan aroma kuat dan rasa berasid berbanding kopi yang ditanam di tanah rendah

Kopi terbaik diminum jika minum tanpa gula. Mungkin ada yang tak tahu, untuk mennyediakan air kopi, air hanya perlu dipanaskan diantara 80-90 selsius sahaja untuk mengelakkan biji/serbuk kopi hangus

Kopi robusta: Bentuknya agak bulat dan lebih berkafein yang menghasilkan rasa yang lebih pahit. Rasa pahit inilah yang menjadi pilihan penggemar kopi dan lebih banyak dikomersilkan

Hidup subur di ketinggian 400-700 dari aras laut dengan suhu 21-24 selsius. Mungkin aras ketinggian juga mempengaruhi harganya dimana ia lebih rendah daripada kopi arabica. Biji kopi robusta relatifnya lebih tahan terhadap serangan hama dan penyakit, antara lain karat daun (HV). Ia banyak ditanam di Vietnam, Kalimantan dan pulau Jawa

Kopi liberica:Ditanam di tanah rendah, bentuknya kecil panjang seperti biji kurma


1) Ladang Kopi Nestle di Kuala Kangsar1, Lorong Lang Buana, Kg Jawang, 31050 Kuala Kangsar, Perak
Kembali kepada kisah jejak kopi kawasan utara. Sesampai di Stesen Kuala Kangsar, selepas buat saliva test, kami dibawa ke Pusat Latihan Lang Buana di Kg Jawang untuk makan tengahari. Ngam, tepi Sungai Perak

Kampung Jawang bukan sahaja bakal ada produk kopi tetapi sudah ditanam ladang cili fertigasi, sayur hidroponik, kekabu dan arnab pedaging

Menurut Puan Siti Norlizawati Narawi, Pengurus Besar PLLB, benih kopi dibeli dari Chiang Mai untuk mencapai standard Nestle. Pokok induk ini akan diklon untuk menghasilkan kopi jenis baru dan menambah daya tahannya melawan penyakit. Di PLLB, benih-benih kopi dikumpulkan untuk ditanam menjelang musim panas Mac nanti di ladang seluas 200 ekar dibawah program Koperasi Siswazah. Mengikut jadual, pada 2024 Kuala Kangsar akan jadi hab penanaman kopi Nestle dan Kopi Perak akan dikeluarkan. 
Pokok induk kopi robusta Nestle

2) Coffee 3 Marketing177, Lorong Jelapang 40, Jelapang, 30020 Ipoh, Perak
Di PLLB juga kami bertemu dengan Encik Chen Kong Hoy, penanam kopi dari Ipoh. Encik Chen berasal dari Kg Kopisan (san=bukit). Beliau menggalakkan penduduk kampungnya untuk menanam kopi di rumah sahaja untuk dijadikan pendapatan sampinga. Pada 2015, beliau telah mengusahakan pemberian benih, tanah dan baja secara percuma tetapi hanya sedikit yang berjaya

Pada 2017, Tan Sri Robert Kuok telah menaja 2200 pokok kopi kepada penduduk Kopisan. Prinsip beliau, berikan pancing supaya mereka boleh hidup lebih lama

Encik Chen bukan sahaja menghasilkan serbuk kopi tetapi juga teh dari daun kopi, essential oil, kulit kopi sebagai skrub kaki dan enzim


3) Aun Tong Coffee, Taiping (Malaysia's Most Historical Coffee Mill)8A, Jalan Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Setakat ini, Aun Tong Coffee merupakan kilang pemprosesan kopi yang tertua di Malaysia yang masih beroperasi. Kilang berusia 90 tahun ini masih mengekalkan sebahagian cara lama iaitu menggunakan kayu api yang menjadi signature mereka. 
Kami dibenarkan untuk melihat dengan dekat bagaimana kopi dipanggang. Ruang jualannya dipenuhi dengan pelbagai produk seperti keluaran kilang ini. Bahagian asal rumah kayu dijadikan ruang pameran artifak bersejarah pemilik. Menarik juga

Paling teruja, kami dapat bergambar dengan pekerja paling lama syarikat ini yang kini diberikan tugas melayan pelanggan. Kilang ini juga menjadi salah satu tarikan pelancongan ke Taiping. Haish...macam macam ada di Taiping




Bersama pekerja paling lama Aun Tong Coffee Mill
4) Bricklin Cafe & Bar by Rasta Brew Co31A Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Kami agak terlewat ke kafe ini kerana ada sedikit masalah ketika mendaftar masuk ke Hotel Neo, bertentangan dengannya

Letaknya dalam Hin Bus Depot bersebelahan dengan pasar seni pagi Ahad. Lokasinya dekat benar dengan Komtar. Ia adalah kafe stail Australia with good speciality coffree espresso base. Didekorasi gaya industri, ia menjadi tempat lepak yang menyeronokkan. Cozy aje

Diusahakan bersama oleh Rizal dan Syafiq sejak 2014 (aku tulis di kad nama, "Syafiq rambut blonde" hahahha...). Mereka berdua pakar dalam hal hal kopi malah Rizal mengajar di kelas khas untuk menjadi barista. Beliau bercerita tentang sejarah kopi, jenis-jenis kopi, tentang kalibrasi dan berbagai lagi mengenai kopi sebelum meminta kami mencuba rasa kopi mereka

Di Bricklin inilah baru aku faham bahawa:
Flat white - buih/broth nipisLatte - buih setinggi jari kelingkingCappucino - buih setinggi dua jari
(ok, aku dah reti nak order kopi hipsturrrr)
"Rasa masam kita sebut acidic kak, masam tu bunyi kampung sangat" hahahahah..... - Rizal

Petang tu kami dijamu sandwich. Omaii....sedap! Bricklin Cafe juga ada set makan tengahari tau



5) Kedai Kopi Pak Yeh (Kedai Kopi Pak Yeh Tanah Liat)
Jalan Tanah Liat, Kampung Kubang Seman, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kedai kopi ini diusahakan sejak 1970/80an dan sudah masuk dua generasi. Menurut Pak Yeh, beliau menggunakan kopi nombor tiga dari segi kualiti yang diimport dari Indonesia. Dalam sebulan Pak Yeh boleh menjual sekitar 100kg kopi. Banyak tu..

Ya Allah sedap sungguhlah kopi Pak Yeh tapi habis stok pula 😕. Roti bakar sedap, makanan lain pun sedap. Kaya buatannya boleh tahan dua minggu di luar peti sejuk

Kedai kopi tepi jalan, rasa aummm.... Dibuka dari pukul 1 - 7 petang. 


6) Kilang Kopi Cap RagaKampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam, 06910, Yan, Kedah
Kopi Cap Raga diusahakan oleh Tuan Haji Daud sejak 1978 akibat daripada tekanan hidup. Pada masa itu kerja kampung seperti bersawah tidak mencukupi untuk membesarkan keluarga. 
Beliau mendapatkan biji kopi dari Yan, Gurun dan Jeniang dengan harga 80 sen sekati. Setiap Sabtu an Selasa beliau akan ke Alor Setar untuk memproses biji kopi. Masa tu jual kopi bungkus dalam kertas  je... jenama pun tiada. Dalam pada berniaga itu pun beliau hanya mampu berbelanjan RM2 sehari. Hanya selepas tiga tahun barulah nampak perubahan hidup

Kenapa memilih "Raga"? Raga ialah 'aksesori' ke pasar golongan berada ketika itu

Bermula tahun 90an beliau mula membeli biji kopi robusta dari Indonesia kerana bekalan tempatan tidak mencukupi sedangkan permintaan tinggi. Istimewanya kopi ini, proses pembuatannya masih menggunakan kayu api. Panas berasap ya kilangnya. Sungguh gigih dan sabar bapa-bapa mencari rezeki

Kopi Raga sangat sedap tapi pengedarannya terhad di sebahagian kawasan Kedah sahaja. Mereka juga membuka tempahan peket kecil dengan harga RM1.40 siap kotak untuk dihadiahkan kepada tetamu majlis kenduri-kendara

Kini di usia 85 tahun, Tuan Haji Daud hanya bertindak sebagai penasihat kerana bisnes telah diambil alih oleh anak dan cucu. Haji Daud Haji Husin → Abdul Baharim → Najmudin. Tiga generasi menghasilkan kopi sedap memenuhi selera

*Akan dibuat satu artikel khas kerana ada banyak gambar untuk dikongsi

Tiga generasi pengusaha kopi
7) Tapak Semaian Kopi di KEDA Agrobiz175, Batu Lima, 08210 Sik, Kedah
Lawatan ke tapak semaian kopi Nestle ini betul betul menambah ilmu hasil penerangan Tuan Haji Razak, konsultan Nestle. MasyaAllah sangat jelas dan meyakinkan penerangan beliau, information at fingertips

Nestle menyewa tapak ini sejak 1990 untuk menyemai benih yang dibawa dari Ivory Coast. Pokok asal boleh menghasilkan banyak bunga tapi tak kuat.  Ada lapan jenis spesis dan setiap satunya perlukan sekurang-kurangnya tiga klon supaya pokok lebih berkualiti dan berdaya tahan. Ejen pengklonan termasuk lebah dan haiwan yang datang dari bukit di belakang tapak semaian. 
Pada 2008 bermulanya projek Kopi Kedah. Kawasan ini dijadikan nukleus untuk penyebaran benih ke beberapa ladang. Kopi Kedah menggunakan seenuhnya biji kopi tempatan yang terhad jumlahnya kerana tuaian hanya setahun sekali pada bulan Oktober. Untuk tahun 2021, 80 tan kopi telah dikutip. 
Dari proses pendebungaan hingga tuaian mengambil masa 9 1/2 bulan. Aspek penanaman dan penjagaan sangat dititikberatkan untuk mendapatkan kopi yang berkualiti tinggi. Satu stem menghasilkan lima kilogram biji kopi (beri) jadi satu pokok akan mengeluarkan 20kg beri. Pokok-pokok ini ditanam dengan jarak 8 x 10 kaki. Jika hanya mahukan tiga stem jarak pokok mestilah 10 x 6 kaki. Pokok akan dipangkas setiap lima tahun supaya tidak tinggi menjulang

Secara tradisional biji kopi akan dijemur selama seminggu manakala penggunaan mesin mekanikal hanyal memerlukan 48 jam untuk mengeringkannya. Kulitnya diproses dan dicampur dengan mikrob untuk menghasilkan baja organik. Biji kopi dengan kadar kelembapan 12 boleh disimpan selama tiga tahun

Menurut Tuan Haji Razak, kopi paling sedap ialah "golden roast".  Kalau nak tahu kopi Nescafe Classic diperbuat daripada 30% kopi arabica

*Brother yang jadi Model Kopi Kedah tu bekerja di sini tapi satangnya tak sempat ambil gambar






8) Coffee Cottage Tuan Haji ZakariaKampung Charok Sireh, Sik, Kedah
"Coffee Cottage" tu aku yang letak 😀 . Satu lagi ladang kopi Nestle di Sik. Aku sangat suka tempat ni, pemandangan paginya sangat indah dan nyaman. Bukan ada pokok kopi sahaja, durian petai manggis pun ada. Book lekaih kalu nak mai musim buah. Tuan tanah kata makan buah percuma ja

Nanti aku buat pos lain. Tunggu tau



9) Kilang KH KopiLot. 767 Lorong Alur Kabong 18, Jln Abi Tok Hashim, Kampung Abi Batas Paip, 01000 Kangar, Perlis
Kilang ini menumpukan kepada pengeluaran kopi herba. Kopi yang mereka gunaan jenis arabica manakala herba seperti mengkudu dan mahkota dewa pula dibekalkan oleh ladang mereka sendiri di Labis, Johor

Selain jenama sendiri, kilang ini juga boleh mengeluarkan produk OEM. Semasa empat bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020, satu jenama kopi telah dijual dengan nilai RM1.7 juta! Menakjubkan


10) Rumah Kupi14 Jalan, Kampung Kersik Tengah, Kampung Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis
Kedai kopi hispter dalam kampung

Benarlah kata seseorang yang aku ikuti di Facebook, zaman sekarang ni dengan adanya handphone kita boleh jual apa sahaja

Kedai kopi ini berada di tingkat atas rumah kampung. Di laman kecil belakng rumah disediakan juga beberapa buah meja untuk pelanggan menikmati hidangan. Konsep yang menarik, satu usaha baik anak muda berjiwa usahawan


Inilah lokasi yang kami lawati untuk program Coffee Trail Northern Region. Puas hati dapat ikut belajar mengenai kopi. Nanti chek buat sambungan artile untuk dua tempat tu. Sabaq naa..









































© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2022/01/coffee-trail-through-out-perak-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Guna Jantung Babi Dalam Keadaan Terdesak Mufti Pulau Pinang

Boleh Guna Jantung Babi Dalam Keadaan Terdesak Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 293 hits
Pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam tubuh manusia dibolehkan dalam Islam jika dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata bagaimanapun pihak yang terlibat ...
Pulau Batu Layang Kuala Sungai Baru Perlis Perlu Dibangun Lokasi Santai

Pulau Batu Layang Kuala Sungai Baru Perlis Perlu Dibangun Lokasi Santai

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 383 hits
Pulau batu layang pulau kecil tiada penghuni terletak berhampiran pantai kuala sungai baru perlis boleh di bangun sebagai lokasi santai tempat ambil gambar view point matahari jatuh dan aktiviti perahu kecil untuk pelancong restoren terapun...
10 Kes Omicron Dikesan Di Pulau Pinang

10 Kes Omicron Dikesan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 230 hits
Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyampaikan buah limau kepada Pengurus Besar Pemasaran Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman ketika kunjungan sempena Tahun Baru Cina di Pejabat NSTP Pulau...
Ulama Tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah Meninggal Dunia

Ulama Tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 211 hits
AGENDA DAILY Ulama tersohor Pulau Pinang Datuk Syeikh Abdullah Bukhari meninggal dunia hari ini Ulama tersohor Datuk Syeikh Abdullah Bukhari meninggal dunia di rumahnya di Jalan Brani di Georgetown Pulau Pinang hari ini pada usia 88 tahun A...
Perginya Sebutir Permata Pulau Pinang Ustaz Fauzi

Perginya Sebutir Permata Pulau Pinang Ustaz Fauzi

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 268 hits
HARAKAH DAILY Bekas Imam Masjid Kapitan Keling Syeikh Abdullah Bukhari kembali ke rahmatullah BALIK PULAU PAS Negeri Pulau Pinang menyifatkan bekas Imam Besar Masjid Kapitan Keling Datuk Syeikh Maulana Abdullah Abdul Rahman al Bukhari al Ma...
Surau Di N Sembilan Kedah Perak Terengganu Makin Kurang

Surau Di N Sembilan Kedah Perak Terengganu Makin Kurang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Ketika bilangan masjid direkodkan bertambah awal tahun ini lain pula dengan surau apabila empat negeri mencatatkan kemerosotan jumlah premis ibadah solat jemaah itu Demikian laporan statistik terkini diterbitkan oleh Jabatan Kemaj...
Mufti Pulau Pinang Minta Ajaran Tasawuf Ekstrem Segera Disiasat

Mufti Pulau Pinang Minta Ajaran Tasawuf Ekstrem Segera Disiasat

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 302 hits
Perkara itu dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam GEORGE TOWN Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa agama menyiasat sebuah video tular di media sosial mengenai seorang lelaki mengajar tasawuf...
Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 327 hits
Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022 Pulau Langkawi adalah antara pulau paling terkenal sebagai destinasi melancong di Malaysia Selain dari keunikan cerita lagenda Mahsuri dan beberapa lagenda yang lain terdapat banyak ...
Makan Char Koay Teow Di Lan Corner Char Koay Teow Bertam Indah Pulau Pinang

Makan Char Koay Teow Di Lan Corner Char Koay Teow Bertam Indah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 270 hits
Lan Corner Char Koay Teow Bertam IndahSalah satu port untuk makan char koay teow di area Kepala Batas dan Bertam Pulau Pinang korang boleh layan di Lan Corner Char Koay Teow yang terletak di Bertam Indah Simple je kedai ni macam ala ala war...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord