Coffee Sundae Salted Caramel Sundae Baru Dari Mcd
Assalamualaikum. Holla ~
Bebaru ni Mr.H ajak pi McD. Sebenarnya ayat dia nak memujuk. Ikutkan hati, memanglah MZ tak mau. Tapi kesian pulak dekat Mr.H, hari tu pun dia ada ajak MZ, tapi MZ menolaj jugak. Kali ni, MZ ikutkan jugaklah hasrat hati Mr.H
Katanya, teringin nak mencuba burger Mega Mac tu... harganya dengan set, RM15.10, tapi memandangkan MZ menggunakan aplikasi McD, burger Mega Mac sahaja tanpa air dan kentang, cuma berharga RM10.95. MZ pulak, amek triple cheese burger (menternak lemak kuasa kuda) jugak berharga RM8.95. (pun tiada kentang dan air)
Sudahnya kami mengambil 2 ais latte berharga RM8.95 dan MZ nakkan coffee sundae dan salted caramel dengan harga RM5.++. Urghhh ! Tak ingat pulak harga yang tepat... tapi lebih kurang cam tu lah harganya..
Memandangkan entri ni bukan nak bercerita pasal Mega Mac, mahupun Triple Cheese Burger, makanya MZ fokus saja pada apa yang MZ nak sampaikan yaa..
Yaaa ! MZ memang suka ais krim, dan MZ memang suka benda baru. Teruja hamat nak mencuba... tapi, MZ simpan sikit rasa teruja tu dulu dan jadikan coffee sundae dan salted caramel ni sebagai menu pencuci mulut
Bau dia.. oh maii ! Memang wangi.. sedap gilos bau coffee dia... rasa dia sama seperti perfume dalam kereta MZ. MZ menggunakan Salted Coffee dari De''Xandra. Sebijik bau dia, tapi yang ini versi yang boleh makan...
Suapan pertama terus membuatkan MZ jatuh cinta. Rasa coffee yang sedang-sedang, tidak terlalu kuat dan tidak lerlalu lembut dan semestinya salted caramel McD yang memang mengancam gilaa.. Padu ! Itu yang MZ boleh katakan.
Memang kombinasi yang menarik, manis-manis kopi, masin-masin caramel serta sejuk dari sundae (ayat ntah papa) memang sedaplah ! Bagi MZ, MZ bagi 4 bintang.....
Cuma yang MZ tidak puas hati kerana kandungan kuantiti ais krim sundae yang agak kurang. Sadis ! Kalau tak, memang Nora bagi 5 bintang lah ! Rasa sebekas tu macam tak cukup pulak. Tapi, bila difikirkan sifat syaitan yang satu itu, terus terpotong hajat tamak itu tadi
Secara keseluruhan dari segi rasa, memang MZ berpuas hati, rasa macam nak hari-hari ja beli coffee sundae dan salted caramel ni. Tapi, dari cik penimbang sentiasa membatalkan niat tersebut. Nasiblah ada cik penimbang kan. Hikssss
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zafirahkama.com/2018/10/coffee-sundae-salted-caramel-sundae.html