Cofeology Cafe Restaurant Cafe Halal Yang Ekslusif Dengan Menu Yang Best Tak Rugi Singgah Menjamu Selera
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
selepas subuh tadi, dlm jam 7 pagi, ke dapur dan seperti biasa buka tingkap-tingkap dapur utk pengudaraan. wah 😍 angin sepoi-sepoi bahasa di awal pagi. nyaman sgt! saya sangkakan hujan, rupanya tak. permukaan bumi kering. permulaan pagi yg amat membahagiakan
hari ni kirim mr.asben belikan nasi lemak je utk sarapan kami. sebab lepas buka tingkap dapur je, terus da ngadap laptop. beberapa kerja hakiki nak kena settle kan. menjelang jam 10 pagi jap lagi, da mula nak homeschool Izzat dgn kerja yang bakal cikgu-cikgu kirimkan melalui Google Classroom (GC)
alhamdulillah, kul 8.30 pagi da siap pun semua kerja yg patut-patut. rasa bangga kejap dgn diri sendiri. tu pasal la dpt bersiaran di blog ni hah. rinduuu nak hapdet blog. kerja hakiki da siap, tak le rasa bersalah buat keje lain 😄 kah kah kah..
nampak tak
snap gambar mr.asben dan bunga di atas meja
bila kerajaan umum je boleh dine-in hari tu, kami berdua terus amik kesempatan gi coffee coffee berdua. tak la semata-mata coffee coffee, ada urusan yang hendak diselesaikan. urusan yg tertangguh dek PKP 2.0. urusan penting! anak-anak di rumah saje. masih tidak dibenarkan keluar beramai-ramai, kan. berdua sahaja dlm satu kenderaan.
tidaklah minum coffee 😆
both of us pilih hot lemon tea
sgt la sedap hot lemon tea di Cofeology Cafe & Restaurant ni
kurang manis. masam lemon. begini 👍👍👍
kaya swirl
seriously, this one wajib order
makan panas-panas
tahap sedap dia memang maksima
spaghetti bolognese
this one is my favourite lah
portion nya byk, kami kongsi berdua
monte cristo sandwich with raspberry sauce
this one is recommended lah korang
fries tu cicah raspberry sauce Cofeology yang sungguh sedap
Allahu Akbar, heaven on earth
the sandwich? awesome lah
nampak tak tu apa yg sedap
tgk cheese yg meleleh tu pun korang boleh terliur
terbaiklah. berminggu-minggu terperap di rumah. pekena menu Cofeology Cafe & Restaurant yang awesome, memang beri ketenangan. if only dpt bwk anak-anak ke sini, sure lebih best. ni la salah satu tempat makan yang menarik di Melaka. recommended halal cafe in Melaka. singgah ler...
Cofeology Cafe & Restaurant ni owned by orang Melayu. itu sesuatu yg saya suka bila orang Melayu venture dlm this kind of business. cafe yang ekslusif dan special di mata saya. korang boleh check it out di facebook Cofeology Cafe & Restaurant ye
opening hours Cofeology Cafe & Restaurant setiap hari adalah dari jam 1 ptg hingga 8.30 malam. but this might change ikut keadaan la kan. and ada health and safety requirement di cafe : Mask requiredTemperature check requiredStaff wear masksStaff get temperature checksStaff required to disinfect surfaces between visits
terbaik! di musim pandemik covid 19 ni, semua ni adalah wajib. jgn leka. jgn lupa. kita bakal hidup dgn normal baharu ni selamanya kot. hanya Allah yg Maha Tahu
so, kalau berjalan di Melaka, jgn lupa singgah di Cofeology Cafe & Restaurant, Bukit Beruang ye. pasti memori yg indah-indah saje bakal korang bawa pulang nanti. in shaa Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2021/02/cofeology-cafe-restaurant-cafe-halal-di-melaka.html