Clorox Malaysia Menzahirkan Sokongan Terhadap Bantuan Covid 19


Clorox Malaysia sudah sekian lama menyokong usaha-usaha bantuan bencana menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi-organisasi bukan kerajaan. Sebagai tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, Clorox Malaysia telah menzahirkan sokongan bagi bantuan yang dijalankan dengan memberikan sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama rawatan pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia. Clorox Malaysia telah menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk yang akan dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus berkenaan terhadap kehidupan seharian, serta di tempat kerja ketiga-ketiga organisasi terbabit. 


Ahli kakitangan daripada Hospital Sungai Buloh menerima Sumbangan Produk Permbersihan dan Disinfeksi  daripada Clorox.


Pembersihan dan disinfeksi amat penting dalam mengurangkan penyebaran COVID-19, khususnya di fasiliti perubatan yang berisiko tinggi dalam menyebarkan jangkitan daripada pesakit kepada individu yang sihat. Disinfeksi atas permukaan keras dilaksanakan dengan kerap bagi tujuan ini dan amaun produk yang diperlukan setiap hari juga sangat tinggi. 



“Kami amat berterima kasih kepada Clorox atas sumbangan yang diberikan,” kata Professor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM. 



Peluntur Clorox (Clorox Bleach) dan Penyembur Pembersih Pelbagai Guna Clorox (Clorox All Purpose Cleaner Spray) telah disumbangkan bagi pembersihan dan disinfeksi menyeluruh ketiga-tiga fasiliti yang terlibat, sementara Tisu Pembasmi Kuman Clorox (Clorox Expert Disinfecting Wipes) untuk kegunaan harian petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat ke premis-premis berkenaan. 


Produk Sumbangan daripada Clorox telah sampai di Pusat Mercy Malaysia untuk penghantaran kepada keluarga yang memerlukan


“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan,” kata pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh. 
 
“Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ada antara kita yang melihat sendiri bekalan produk-produk menyahjangkit dan pembersihan di hospital sangat diperlukan. Clorox Malaysia menyediakan sokongan yang diperlukan, kerana kami amat menghargai  usaha-usaha yang diluhurkan oleh Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Mercy Malaysia dalam menangani pandemik ini,” kata Paulo M. Lao, Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 
 
“Kami amat berbesar hati kerana produk-produk kami dapat membantu dalam membersih dan disinfeksi fasiliti mereka secara berkesan, selain turut dimanfaatkan petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat, bagi persekitaran yang lebih selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan amat penting.”
 
Beliau menambah, ujian yang dilaksanakan oleh pihak ketiga telah mengesahkan keberkesanan beberapa produk disinfeksi utama Clorox terhadap varian SARS-CoV-2 termasuk “Varian of Concern” (VOC) Alpha (UK) dan Beta (Afrika Selatan). Keputusan ini adalah seiring dengan pemakluman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menyatakan perubahan genetik virus tersebut tidak akan memberi impak terhadap keberkesanan produk disinfeksi. Ia juga memaklumkan bahawa kesemua produk disinfeksi yang telah diiktiraf untuk membunuh SARS-CoV-2 turut mampu membunuh varian baharu virus tersebut. 



Proses pembersihan dan disinfeksi sedang giat dijalankan kakitangan PPUM menggunakan produk sumbangan daripada Clorox.

Sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung terhadap sumbangan daripada organisasi dan rakyat bagi meneruskan perkhidmatan kami dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Dengan ikhlas hati, kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menghubungi MERCY Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan. Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Clorox Malaysia dalam membantu menentang pandemik global ini,” tambah Zuraidah Mian, Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia. 


Produk disinfeksi dan pembersihan Clorox diagihkan kepada pihak berkenaan awal Jun 2021. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan pembersihan, aktiviti dan sebagainya daripada laman web Clorox Malaysia di  https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/ 


Penafian: Produk pembersihan dan disinfeksi Clorox tidak sesuai untuk pengambilan atau suntikan dalam sebarang situasi. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label bagi mengetahui cara penggunaan produk yang betul. 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2021/07/clorox-malaysia-menzahirkan-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Clorox Malaysia Outlines Support For Covid 19 Relief Efforts

Clorox Malaysia Outlines Support For Covid 19 Relief Efforts

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 345 hits
Donation will aid in cleaning and disinfection of facilities and for use by frontliners patients and visitors Clorox Malaysia has long stepped up to support the nation s disaster relief efforts working with the authorities and non governmen...
No Private Distributorship Of Our Covid 19 Vaccine Pfizer Malaysia

No Private Distributorship Of Our Covid 19 Vaccine Pfizer Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 339 hits
Neither Pfizer Inc nor any of its affiliates globally have authorised anyone to import market or distribute the Pfizer BioNTech Covid 19 vaccine and currently there is no authorised private distributor of the vaccine worldwide according to ...
No Telefon Bantuan Pkpd Selangor Kl Seluruh Malaysia Ustaz Ebit Lew

No Telefon Bantuan Pkpd Selangor Kl Seluruh Malaysia Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 500 hits
Korang perasan tak banyak orang yang terkesan dari kejadian pkp ni Antara orang yang terkesan adalah yang telah dibuang kerja kerana bidang pekerjaan mereka langsung tidak boleh beroperasi sebagai contoh juruterbang dimana kadar penerbangan...
Latest Count Of Covid 19 Cases In Malaysia And Selected Countries

Latest Count Of Covid 19 Cases In Malaysia And Selected Countries

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 397 hits
The following are the updates on Covid 19 figures in Malaysia and selected countries across the world as of 10am today Data provided by Johns Hopkins Coronavirus Resource Centre indicate globally there have been 183 729 671 confirmed cases ...
June 2021 The Month Covid 19 Ravaged Malaysia Despite Lockdown

June 2021 The Month Covid 19 Ravaged Malaysia Despite Lockdown

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 352 hits
The month of June saw the highest number of people dying due to Covid 19 despite strict lockdown measures imposed since June 1 This month alone 2 374 deaths were attributed to Covid 19 which is nearly double the number of deaths in May On a...
5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 373 hits
KLANG Sebanyak 50 000 permohonan bantuan makanan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia daripada orang ramai di seluruh negara berikutan terhimpit dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Jumlah itu dikatakan meningkat menandak...
Dr Noor Hisham Latest Projection Shows Malaysia S Covid 19 Infections To Rise

Dr Noor Hisham Latest Projection Shows Malaysia S Covid 19 Infections To Rise

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 292 hits
The trend of declining Covid 19 cases since June was reversed based on the Health Ministry s latest projection for infections to climb in coming weeks According to the current Susceptible Exposed Infectious Removed projection Health directo...
Mutasi Virus Covid 19 Semoga Tuhan Lindungi Malaysia

Mutasi Virus Covid 19 Semoga Tuhan Lindungi Malaysia

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 316 hits
Jika virus mutasi ini masuk dan merebak ke Malaysia kita akan menghadapi gelombang yang lebih dasyat berbanding sekarang Bayangkan virus asal dari Wuhan hanya mempunyai kebolehjangkitan 1 2 orang sahaja Virus mutasi dari India mempunyai keb...
Malaysia Jatuh Tangga Ke 51 Dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg

Malaysia Jatuh Tangga Ke 51 Dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 259 hits
Pada 30 Jun 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSSemalam Bloomberg melaporkan kepada dunia bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke 51 daripada 53 negara dengan nilai ekonomi berjumlah lebih AS 200 bilion dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital