Clare Fitnah Ambiga






DI LONDON, CLARE YANG MINTA SUPAYA KES TIDAK DIPANJANGKAN DAN SELESAI DI LUAR MAHKAMAH, DI MALAYSIA, MELAYU MACAI DAP (PAN) KATA PAS YANG TAKUT DAN MINTA SELESAI LUAR MAHKAMAH!!!

Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS-UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut, semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu-Melayu yang menjadi macai dan orang suruhan DAP.

Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.

Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.

Hakikatnya, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri fitnah yang dilemparkan oleh macai-macai dan Melayu-Melayu suruhan DAP itu, terlalu jauh daripada hakikatnya.

Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada 'widespread suspicion'.

Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.

Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.

Dalam sesi pendengaran tersebut, mahkamah menolak kenyataan pembelaan Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih  mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.

Clare juga secara rasmi telah meninggal-biarkan permohonannya untuk meminta pembelaan 'kebenaran'nya bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Defendan kemudiannya memberikan gambaran bahawa dia cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi deraf pembelaan berkenaan rakaman audio yang merupakan cubaan kali ketiga bagi pembelaan 'kebenaran'nya.

Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.

Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.

Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes dan tarikh perbicaraan iaitu pada awal April 2019.

Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.

Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!

https://theflyingkick.blogspot.com/2019/02/di-london-clare-yang-minta-supaya-kes.html?m=1
👆🏿bg yg masih mencari jawapan kes saman sarawak report

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2019/02/clare-fitnah-ambiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Mempunyai Rakaman Suara S Ambiga Dan Clare Brown Berkomplot

Sprm Mempunyai Rakaman Suara S Ambiga Dan Clare Brown Berkomplot

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 371 hits
SPRM sudah merakamankan kenyataan dari S Ambiga dan Clare Brown dan juga mempunyai rakaman suara kedua mereka membincangkan komplot untuk me reka pertuduhan bahawa Najib Razak menderma RM90 juta kepada PAS DEEP THROAT MACC Berdasarkan kenya...
Hiburan Berhenti Sebarkan Fitnah Sherry Ibrahim Berang Dituduh Buat Muka

Hiburan Berhenti Sebarkan Fitnah Sherry Ibrahim Berang Dituduh Buat Muka

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 266 hits
Mempunyai wajah yang lebih cantik dan runcing pelakon Sherry Ibrahim sebelum ini pernah menafikan khabar angin beliau melakukan pembedahan kosmetik Kami ingat isu tersebut sudah reda tetapi baru baru ini ada seorang individu menggunakan aka...
Ikuti Langkah Ini Agar Selamat Dari Fitnah Dajjal

Ikuti Langkah Ini Agar Selamat Dari Fitnah Dajjal

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 274 hits
Akidah Ahlussunnah wal jama ah meyakini kedatangan Dajjal di akhir zaman nanti Kemunculannya adalah fitnah atau ujian terbesar yang dihadapi manusia di muka bumi ini Saking besarnya fitnah Dajjal tak seorang Nabipun diutus kecuali dia mewan...
Dewan Pers Belum Temukan Indikasi Fitnah Dan Hoaks Di Tabloid Indonesia Barokah

Dewan Pers Belum Temukan Indikasi Fitnah Dan Hoaks Di Tabloid Indonesia Barokah

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 313 hits
Dari hasil pengkajian sementara Dewan Pers belum menemukan indikasi penyebaran fitnah dan ujaran kebencian dari tabloid tersebut
Politisi Pdip Minta Relawan Tangkal Fitnah Ke Jokowi Ma Ruf

Politisi Pdip Minta Relawan Tangkal Fitnah Ke Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 308 hits
Pelaksanaan Pemilu Legislatif dan Pemilihan Presiden tinggal menghitung bulan Kurang lebih tiga bulan lagi masyarakat bakal menyalurkan hak pilihnya di balik bilik suara
Police Report Against Ambiga And Tommy Thomas Classified Criminal

Police Report Against Ambiga And Tommy Thomas Classified Criminal

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 303 hits
The Third Force Pursuant to a notice delivered to Dato Ambiga Sreenevasan and Tommy Thomas via The Third Force two reports were lodged at 12 30 pm yesterday at the Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya Selangor The first report sought an inv...
Masuk Icu Angkara Limau Mandarin Fitnah Atau Fakta

Masuk Icu Angkara Limau Mandarin Fitnah Atau Fakta

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 949 hits
Masuk ICU angkara Limau Mandarin Kak ekin perasan lepas makan sebiji dua mesti akan rasa tekak tak selesa ya amat Anak anak pun sama Tapi tulah Limau Mandarin ni kalau sekali makan rasa nak makan berkali kali pulak Manis dia tu lain macam s...
Hiburan Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat Linda Rafar Saman 100 Netizen

Hiburan Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat Linda Rafar Saman 100 Netizen

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 410 hits
Isu penyanyi Linda Rafar yang didakwa memfitnah jururawat sebelum ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah badan NGO mewakili jururawat yang ingin mengemukakan saman terhadap beliau Terbaru Linda bersama peguam yang mewaki...
Artikel Fitnah Bertumbuk Adun Semambu Buat Laporan Polis

Artikel Fitnah Bertumbuk Adun Semambu Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Berita palsu berunsur fitnah bersifat perkauman yang tular membabitkan Ahli Dewan Undangan Semambu Lee Chean Chung dan seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat dianggap keterlaluan dan tidak berasas Chean Chung berkata dia terpa
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo