

Tambahan, Pasar Terapung itu hanya beroperasi pada hari sabtu sahaja antara pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Pasar Terapung itu terletak kira-kira tujuh 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan hanya 10 kilometer jaraknya dari Kota Bharu.
Pasar Terapung Pengkalan Datu yang terletak di daerah Kota Bharu, Kelantan ini begitu unik kerana peniaga-peniaga di situ menjadikan perahu sebagai sebuah ‘kedai’ untuk berniaga aneka makanan termasuk kuih-muih asli Kelantan.
Dalam pada itu, pengunjung-pengunjung yang hadir ke Pasar Terapung berkenaan juga bukan sahaja hanya boleh membeli-belah dan menikmati juadah, malah pengunjung juga turut dapat merasai dan menikmati sendiri makanan warisan dan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk dan beberapa menu mee yang lain serta kuih-muih tradisi Kelantan antaranya cekmek, tepung pelita, akok, serabai, butir nangka dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung yang menetap di Cerana Villa Resort itu bukan sahaja boleh menikmati keunikan Pasar Terapung tersebut, malah mereka juga boleh menikmati keindahan sungai dengan menaiki bot perahu kolek.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |