Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Hola warga Johor…Selamat menyambut Ramadan...
Jom kita berbuka di Amari Hotel Johor Bahru Ramadan ini.Amari Johor Bahru membawakan Citarasa Nostalgia Buffet yang pastinya memikat selera dan mengembalikan nostalgia berbuka bersama keluarga dan rakan taulan.
Memang betul betul mengimbau kenangan zaman muda mudi tau lauk pauk dan menu yang dihidangkan.Tapi bukanlah semuanya menu orang dulu dulu,Maksudnya, Kalau masa duduk kat Kelantan dulu selalu berbuka ayam percik,Kat sini pun ada hidangan ayam percik Kelantan.Sedap bukan main lauk ayam percik kat sini.Makan dengan putih ngam teruk.Makan dengan lemang padu teruk.
Lemang kat sini laku keras ya,Letak letak habis,Tinggal daun pisangnya aje.Beras pulutnya kembang habis menjadikan lemangnya lembut dan gebu,Takde kerak langsung,Lemak masinnya sempurna,Tapi Indeks Glisemik beras pulut lebih tinggi dari beras nasi putih ye,Para penghidap diabetes dinasihatkan supaya makan seketul aje,Yang lebihnya biar orang yang sihat yang makan okay.Kita orang yang manis manis masih banyak pilihan makanan yang lain.Apa tidaknya, Lebih 150 menu yang dihidangkan,Pastilah dapat disesuaikan dengan selera dan taraf kesihatan pengunjung.
Ada beberapa jenis hidangan masak Lemak yang dihidangkan.Antaranya masak lemak ketam bunga ni.ketam dia besau besau tau korang..Ada juga masak lemak tunjang style Nogori Sembilan.Suami MY jenis makan nasi suka lauk pauk kenegerian.Jadi malam tu dia cuba la masak lemak tunjang tu,Dia kata sedap sangat.Kena pula ada pucuk paku..Memang kegemaran dia laa....
Ada hidangan aneka jenis kerabu,Ada kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, Kerabu ayam,kerabu soo hoon, kerabu kacang botol, kerabu seafood, kerabu daging pun ada...Haa..kan dah kata...Kalau yang takut takut nak makan makanan yang boleh menggebukan,Boleh bedal kerabu kerabu ni,
Ini juga salah satu kesukaan Mama Yan, Chinese Yong Tau Foo,Banyak sangat pilihan yang korang boleh ambil sesuka hati.Biasakan kalau kita ambil Yong Tau foo ni,Sementara nak tunggu makcik siap kira,Bukan main lagi debar rasa di dada,Kali ni..Ambik je..Kalau larat nak pulut, sila pulun puas puas.Ada Fish Ball, Fish Cake, Crab Stick, Sausages, Crab Ball, Chicken Ball, Stuffed Bean Curd & Vegetable.Ada juga sos cili, Sos manis, Sos bijan dan sos siracha.
Yang ni Seafood Telur Masin.Memang sedap.Lemak, tak terlalu masin pun walaupun katanya telur masin.Baunya harum betul.Ada udang, lala dan kupang juga
Mama Yan nak ambil Nasi beriani ni pula,Tapi perut dah kenyang sangat.Okay next time.
Lauk pauk untuk nasi beriani ni ada beberapa hidangan.Yang ni lauk beriyani kambing.
Masih menu Kambing..Taraaa.. Kambing golek dengan Harissa spices.
Tergoda sungguh MY tengok ni berpusing pusing..kihkihkih..
Yang ni pula Thai Beef Noodle punya station.Ada Bebola daging, ada hirisan daging, Fish cake, fish ball, bihun. mi kuning, kueteow dan ini semua dihidangkan panas panas...
Minuman ada macam macam..semuanya sedap sedap. Ada yang sejuk sejuk...ada juga air panas tapi tak gambar takyah masuk la...hahaOh ya.. ada section ais kacang juga.Apa?Takut diabetes?Hujung sekali tu ada infused water.Jangan risau k.Meh berbuka dengan aman lagi tenang
MY tak pernah lagi makan macaron,Sibuk ambil gambar,lupa nak cekut seketul dua macaroon tu.Alahai rugi rugi.kek pun ada pelbagai jenis,ada red velvet, black forest, pandan swiss roll
Nak berangan ala Dato Siti pun boleh..Nah.. stoberi celup coklat..hahaha...
Ada banyak sangat sangat menunya sampai MY dah tak terambil gambar lagi dah.Mana taknya..perut yang berkeroncong minta diisi.Daripada ambil gambar,baik ambil makanan terus.Barulah kenyang.
Antara menu yang Mama Yan ingat lagi,Ulam-ulaman, kerabu & keropok :Daun , ulam raja, kacang botol, telur masin, kacang panjang, keropok ikan, keropok udang, papadom, kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, kerabu seafood, kerabu daging dan banyak lagi
Aneka jenis sambal : Sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak, cencaluk, budu
Somtam : betik muda, tomato ceri, kacang panjang, kacang tanah, sos ikan
Sup style Johor : ada Sup berempah, Ayam, daging. ekor, sambal kicap, mi, bihun dan lain lain lagi
Gulai Kawah Terengganu, Gulai Ikan Tongkol, dan Ayam Percik Kelantan
Masak Lemak Cili Padi &Masak Minang Gulai dengan Pucuk Paku
MI Rebus, Laksa Johor, Penang Char Kueteow, Lemang
Kari ayam Thailand, Ikan kukus lemon Thailand,
Yang bahagian bakar bakar kat luar tempat open air tu yang ada kambing bakar, Oven baked potatoes, sate, Ikan bakar, lamb sholder grill, sosej,Ada satar Terengganu dan otak otak, shawarma, ayam golek, goreng goreng, nasi ulam dan banyak lagilah.penat dah nak taip.
Harganya pun sangatlah berbaloi dengan hidangan.Nett Dewasa :RM168Nett Warga Emas :RM148Net Kanak-kanak (umur 6-12) :RM98
Early Bird Diskaun (14 Feb - 12 Mac 2024)Potongan 20% harga untuk tempahan 2 orang atau lebih,Potongan 25% harga untuk tempahan 30 orang atau lebih,Potongan 30% harga untuk tempahan 70 orang atau lebih.(untuk buffet berbuka puasa dari 13 mac hingga 22 Mac 2024 sahaja)
Bagi Group diskaun pula,Potongan 15% harga untuk tempahan 2 orang atau lebih,Potongan 20% harga untuk tempahan 30 orang atau lebih,Potongan 25% harga untuk tempahan 70 orang atau lebih.(untuk buffet berbuka puasa dari 23 mac hingga 9 April 2024 sahaja)
Apa apa pun,Nah... Jangan lupa buat booking kat nombor ni +6016-7768547Amari Johor Bahru82C Jalan Trus,Bandar Johor Bahru,80000 Johor Bahru,
[email protected]Yang paling penting..haaa..Ada lucky drawwww....Peluang untuk memenangi pakej umrah apabila bebelanja RM 1,000 di dalam satu resit.Voucher diskaun untuk bilik bilik juga ada untuk dimenangi..Jom buat tempahan sekarangggg...
@dianafisa81 Citarasa Nostalgia Buffet, Amari, Johor Bahru #buffetramadan #buffetramadan2024 #ramadanbuffet #amayafoodgallery #amari #buffethotel #iftar #bukapuasa #buffetbukapuasa #buffetbukapuasajohor #CapCut ♬ Ramadan - Lux-Inspira
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2024/03/citarasa-nostalgia-buffet-berbuka-puasa.html