Bukan Saja Mahiaddin Seluruh Kabinet Pun Rasa Rasanya Bakal Kena Cirit Birit Juga Selepas Ini


 
Sejak subuh tadi telah heboh dengan perkhabaran melalui aplikasi Whatsapp tentang Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibukota.
Laporan itu menyebut Perdana Menteri diserang sakit secara tiba-tiba dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan mulai petang semalam.
Begitu pun, tidak disebut masalah kesihatan apa yang sedang dihadapi Mahiaddin itu.
Hanya menjelang tengahari tadi barulah kesahihan khabar angin itu diketahui kebenarannya dengan Pejabat Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatan Mahiaddin.
Kenyataan itu menyebut Mahiaddin telah mengalami diarea atau cirit-cirit dan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.
Ehhh…Mahiaddin kena cirit-cirit?
Macam mana boleh kena?
Bagaimana keadaannya?
Salah makan atau kena keracunan makanan ke?
Buat seketika, pelbagai pertanyaan mengenai keadaan kesihatan beliau tergantung begitu saja, sambil ada juga yang mendoakannya agar cepat sembuh.
Tetapi, selepas tengahari tadi apabila Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim mengeluarkan kenyataan media secara bersama mengenai majlis menghadap mereka kepada Yang Dipertuan Agong semalam yang menyebut tentang titah baginda mahukan sidang Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos, barulah sedikit-sedikit boleh dijangka kenapa Mahiaddin tiba-tiba dilaporkan sakit perut dan terkena cirit-birit.
Menurut kedua-dua Speaker itu lagi, titah Agong itu juga sudah pun dimaklumkan kepada Mahiaddin dan mereka mencadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Ohh…patutlah kena cirit-birit!!!
Serentak dengan itu, sarat di media sosial dengan pelbagai troll dan sindiran mengenai kemasukannya ke wad akibat cirit-birit itu.
Sewaktu sekolah dahulu, apabila kerja rumah tidak siap dan takut dimarahi cikgu, alasan paling popular untuk murid-murid tidak datang ke sekolah ialah kerana sakit perut atau kena cirit-birit.
Apakah Mahiaddin tiba-tiba kena cirit-cirit kerana titah Agong dan mahu mengelak untuk menghadap baginda dalam waktu yang segera bagi menetapkan tarikh Sidang Parlimen?
Ini kerana hari ini ialah hari Rabu di mana mesyuarat kabinet sepatutnya diadakan dan sebelum mesyuarat kabinet diadakan, Mahiaddin perlu menghadap Agong terlebih dahulu.
Disebabkan cirit-cirit dan menerima rawatan di hospital, difahamkan tiada mesyuarat kabinet pada hari ini dan tiada jugalah Mahiaddin perlu menghadap Agong pada pagi tadi.
Agaknyalah…kalau tak kena cirit-birit dan tak dimasukkan ke wad, ada kemungkinan dalam menghadap Agong pagi tadi, sambil berbual-bual itu baginda bertanya sekali lalu kepada Mahiaddin tentang bila tarikh yang sesuai untuk diadakan Sidang Parlimen.
Seumpama murid yang tak dapat menyiapkan kerja rumah, tentu berpeluh dingin jugalah nak menjawabnya.
Agak-agaknya begitulah!
Apa yang nyata, titah Agong kali ini yang secara spesifik mahukan Sidang Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos dengan sendirinya telah menjawab helah seorang menteri, Takiyuddin Hassan yang sebelum ini mengatakan tiada keperluan membuka Parlimen dengan segera kerana baginda tidak menetapkan apa-apa tarikh pun mengenainya, meskipun jelas disebut perkataan segera dan secepat mungkin.
Nah…bagaimana sekarang, apakah Takiyuddin mahu terus berdalih dan derhaka lagi untuk kesekian kalinya?
Selain itu, titah Agong yang disampaikan melalui Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat kali ini turut menunjukkan baginda tidak menerima sama sekali pandangan Peguam Negara yang menyatakan penetapan tarikh Sidang Parlimen mesti dibuat atas nasihat Perdana Menteri.
Mana Peguam Negara nak letak muka selepas ini?
Kalau masih ada rasa malu, sebaik-baiknya letaklah jawatan dengan segera.
Nampak-nampak gayanya, dengan titah Agong ini dan sidang Parlimen sudah tidak boleh dielakkan lagi daripada diadakan sebelum 1 Ogos, bukan saja Mahiaddin, seluruh kabinet pun rasanya bakal kena cirit-birit juga.
Cuma harapnya tiada yang sampai berdarah sudahlah!!!.


 (ShahbudinHusin 30/06/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/bukan-saja-mahiaddin-seluruh-kabinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Cirit Birit Mahiaddin Hanya Tinggal Ada Dua Pilihan

Walau Cirit Birit Mahiaddin Hanya Tinggal Ada Dua Pilihan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 170 hits
Keseriusan dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memastikan agar Sidang Parlimen dapat diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan sesungguhnya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun S...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 233 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Bendera Putih Pun Takut Sebaiknya Mahiaddin Pn Berundur Saja

Bendera Putih Pun Takut Sebaiknya Mahiaddin Pn Berundur Saja

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 187 hits
Tindakan menaikkan bendera putih apabila individu atau keluarga terputus bekalan makanan meski pun telah terbukti keberkesanannya tetap masih ditentang keras oleh kerajaan Perikatan Nasional Terbaharu PN menggunakan pula tokoh tokoh agama I...
Kabinet Mahiaddin Perlu Berhenti Lumur Arang Ke Muka Agong Dan Istana

Kabinet Mahiaddin Perlu Berhenti Lumur Arang Ke Muka Agong Dan Istana

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 151 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONTindakan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Datuk Seri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang hanya mencadangkan kepada Perdana Menteri agar dilaksanakan sidang Parlimen khas mempamerka...
Selepas The World Of The Married Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama Epik Wanita Queen Maker

Selepas The World Of The Married Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama Epik Wanita Queen Maker

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 267 hits
Selepas menggegarkan dunia K Drama menerusi The World Of The Married nampaknya Kim Hee ae dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula tak lama lagi Queen Maker membawa kisah wanita terdesak yang melemparkan dirinya dalam gaung yang dalam ba...
Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 188 hits
Perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pengumumannya hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam ini adalah jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin untuk mempertahankan jawat...
Calon Spm Amp Stpm Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini Amp Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

Calon Spm Amp Stpm Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini Amp Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 232 hits
Akhirnya cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia dipersetujui oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan dimana calon SPM dan STPM akan menerima vaksin bermula Julai 2021 ini Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Siji...
Muhyiddin Dimasukkan Ke Hospital Akibat Cirit Birit

Muhyiddin Dimasukkan Ke Hospital Akibat Cirit Birit

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 200 hits
June 30 2021 Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin Yassin mengalami cirit birit sejak semalam PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit birit sejak semalam Sehubungan itu beliau didaft...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun