Ciri Ciri Wanita Solehah Perlu Dicontohi Oleh Golongan Wanita
Sebaik saja masuk dalam topik jodoh, ia adalah satu perkara yang tidak boleh kita anggap remeh dan pandang sebelah mata. Semua orang ingin memiliki pasangan ayng terbaik dan sesuai supaya rumahtangga yang dibina kekal bahagia berpanjangan. Jangan sesekali kita memandang rendah tentang perkara ini.
Ciri-Ciri Wanita Solehah Perlu Dicontohi Oleh Golongan Wanita
Credit Pic : SUMBER
Panas jangan diharap sehingga petang, namun hujan pula di tengahari. Jangan digarap hubungan rumahtangga tiada suram, sehingga menyebabkan rumah yang dibina runtuh di tengah jalan.
Ciri-Ciri Wanita Solehah Perlu Dicontohi Oleh Golongan Wanita
Oleh itu, sangat penting untuk kita mencari jodoh yang dianggap sesuai dan paling terbaik untuk kita jadikan sebagai pasangan hidup. Bukan hanya wanita saja mneginginkan jodoh yang terbaik, lelaki juga mempunyai pendapat yang sama bila mencari bakal suri hati mereka.
Sudah pasti setiap orang menginginkan pasangan yang memiliki rupa paras yang menawan dan sedap mata memandang. Namun jika perangai tidak secantik wajah, semua itu tiada maknanya juga. Masih saja yang memilih wanita sebegitu dengan alasan masih boleh di didik dan diubah ke arah yang lebih baik lagi.
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Lelaki haruslah mempunyai pengetahuan agama yang tinggi supaya mampu mendidik wanita yang mereka pilih menjadi wanita yang solehan dan muslimah.
Paras rupa semuanya jatuh ke tangga nombor dua, apa yang paling penting adalah pegangan agama yang sempurna tentang hukum hakam dan batas-batas dalam rumahtangga selain menjadi pemimpin terbaik buat isteri dan anak-anak. Tidak susah sebenarnya mendidik isteri kearah yang terbaik.
Ada juga segelintir meminati wanita yang bijak dan mempunyai sumber kewangan yang baik dan pandai memasak. Itu boleh dianggap sebagai atu bonus. Lelaki paling tidak menyukai wanita yang mempunyai pergaulan yang bebas dan ‘murahan’. Wanita sebegitu tidak akan sesekali dipilih untuk menjadi pendamping yang halal.
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri wanita yang menjadi idaman setiap lelaki yang ahrus anda ambil tahu.
1. Menjaga Maruah Diri Dengan Baik
Lelaki yang gemarkan hiburan dan suka berfoya-foya akan mudah didampingi oleh wanita-wanita yang sosial dan berpakaian seksi. Namun bila masuk bab memilih isteri, mereka akan mudah tertarik dengan wanita yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji. Paling baik adalah wanita yang tidak terdedah dengan dunia luar dan hanya menumpukan perhatian penuh terhadap keluarga dan anak-anak.
Jangan mudah abngga dengan diri jika didampingi ramai lelaki, ini kerana lelaki sebegitu hanya menginginkan keseronokan. pastikan anda menjaga maruah dan harga diri anda sebagai seorang wanita.
2. Cara Berpakaian Yang Menutup Aurat
Cara pemakaian yang sebaiknya untuk wanita muslihah adalah dengan menutup keseluruhan tubuh badannya. Pakaian yang digunakan seharusnya longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita itu. Memakai stokin juga perlu bagi menutupi bahagian kaki serta tidak memalingkan wajah kepada lelaki yang bukan halal baginya.
3. Menjaga Tutur Kata
Wanita sememangnya mempunyai suara yang lunak dan merdu. Tipulah jika tiada lelaki yang tergoda dan tertarik bila mendengarnya. Namun bagi wanita solehah, suara mereka hanya akan dilontarkan kepada lelaki yang bergelar suami dan setiap perkataan yang dilontarkan haruslah dengan sopan dan teratur.
4. Menjaga Tingkah Laku
Wanita yang solehah akan menjaga setiap penglihatan mereka. Lebih-lebih lagi dari panahan mata syaitan yang boleh menarik ke lembah kehinaan. Jangan melihat dan mendekati perkara-perkara yang boleh emndatangkan kesan yang tidak baik pada diri.
Jadilah seorang wanita yang dipandang tinggi dan dihormati oleh seorang yang bernama lelaki. Menjaga maruah diri dan menyerahkannya kepada lelaki yang bergelar suami bukannya lelaki yang pantang melihat wanita berdahi licin.
Maruah adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak akan ada gantinya. Pegangan agama juga adalah sangat penting supaya mampu menghindari kita dari terjerumus ke arah zina yang sangat dimurkai oleh Allah SWT.
SUMBER
Baca Juga : Maksud Tersirat Mengapa Jodoh Anda Belum Sampai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/03/ciri-ciri-wanita-solehah-perlu.html