Ciri Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung


Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung - Siapa yang dilahirkan sebagai anak sulung kat sini? Sila angkat tangan...hihi. Just joking! Saya bukanlah anak sulung ataupun kedua. Jadi artikel yang saya kongsi dan kupas nanti bukanlah berkaitan dengan diri saya. Ianya hanya sebagai panduan dan bacaan saya untuk lebih memahami karekter anak saya...

Apa rasanya dilahirkan sebagai anak sulung? Rasa terbeban? Adakah anda rasa selalu diperhatikan? Atau tempat orang tua anda menggantung harapan? Adakah dilahirkan anak sulung mendapat imuniti dalam banyak hal? Yang mana anda setuju? Meh kita baca kupasan berikut yang saya ambil dari beberapa sumber.

Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung
1) Bersikap pelindungAnak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.


 
Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya! Adakah anda juga begitu wahai anak sulung

2) Bertolak ansurBukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.

3) Ego/DegilSelain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak?




4) Berjaya dalam hidupLagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?

5) Lebih pandai ambil hati orang tuaAnak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.

6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggiAnak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara.


 
Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi, tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang berjantina lelaki.   
7) Pemerhatian yang tajam Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.

8) Tidak pandai memujukHai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.



9) Pendiam/coolBenarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.

Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.

10) Sukar melupakan orang yang dia sayangBenarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.


Shhhh...anak sulung memang setia kut! Walaupun telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, di dalam hati masih terpahat kukuh nama sidia! Walaupun tidak berjaya sehidup semati, mereka rasional menerima kenyataan tetapi kekal menyayangi di dalam hati. Hah! Sah kan anak sulung memang sukar melupakan sesuatu yang pernah mereka sayangi.

11) Senang memaafkan orang Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai. 


Selain daripada fakta-fakta di atas, ada juga saya terbaca mengatakan anak sulung juga kuat cemburu, manja dan pemurah hati serta agak degil. Sebenarnya banyak karekter dan personaliti anak sulung yang boleh dikaji lagi. Ternyata bukan mudah juga untuk menjadi anak sulung walaupun orang kata kuasa veto di tangan mereka!

Kepada anak sulung di luar sana samada lelaki atau wanita, anda sebenarnya istimewa. Dan bajalah kepercayaan yang diberikan dengan sifat-sifat yang terpuji dan penuh keikhlasan.

##Good luck! Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/02/ciri-ciri-dan-rahsia-personaliti-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minggu Lepas Anak Sulung Lemas Dalam Baldi Allah Gantikan Bayi Kedua Hari Merdeka

Minggu Lepas Anak Sulung Lemas Dalam Baldi Allah Gantikan Bayi Kedua Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 504 hits
Perancangan Allah mengatasi segalanya Macam tak percaya tetapi itulah hakikat yang harus diterima apabila anak sulung meninggal dunia minggu lalu akibat lemas namun keperitannya terubat selepas melahirkan anak perempuan kedua pada awal pagi...
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1058 hits
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September September datang lagi Membawa khabar yang belum pasti tetapi telah memahat memori setahun yang telah lalu Bulan september bulan kelahiran orang yang anda sayangi Adik beradik Ibubapa atau rakan...
Dapat Rasa Sejuk Antiseptik Shila Cerita Kisah 55 Jam Lahirkan Anak Sulung

Dapat Rasa Sejuk Antiseptik Shila Cerita Kisah 55 Jam Lahirkan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 383 hits
Tiada apa yang melegakan seorang ibu selepas berjaya melahirkan cahaya mata yang dinanti nantikan Penyanyi Shila Amzah bercerita bagaimana perjalanannya selama 55 jam 43 minit bersalinkan anak sulungnya Shila yang selamat bersalinkan anak l...
Shila Amzah Kongsi Detik Cemas Bersalin Anak Sulung

Shila Amzah Kongsi Detik Cemas Bersalin Anak Sulung

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 577 hits
Selamat menimang cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu penyanyi Shila Amzah sempat berkongsikan pengalamannya saat melahirkan permata hatinya yang diberi nama The post appeared first on
Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 767 hits
Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak anak Pastikan niat yang kita buat...
Bekas Komando Cerita Pengalaman Tak Dapat Bersama Isteri Saat Lahirkan Anak Sulung Demi Tugas Negara

Bekas Komando Cerita Pengalaman Tak Dapat Bersama Isteri Saat Lahirkan Anak Sulung Demi Tugas Negara

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 636 hits
Tiada seorang bapa yang sanggup tinggalkan isteri ketika saat genting sakit untuk melahirkan namun untuk berjasa pada negara seorang komando ini tidak dapat menemani isteri tercinta sewaktu melahirkan cahaya mata pertama mereka Petik dari s...
Komando Elit Terkorban Semasa Demonstrasi Anak Sulung Ar Badul

Komando Elit Terkorban Semasa Demonstrasi Anak Sulung Ar Badul

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1759 hits
Tentera Darat Malaysia mengesahkan insiden kematian Mejar Mohd Zahir sewaktu melakukan Latihan Demonstrasi Keupayaan tentera darat di Kem Lok Kawi Kota Kinabalu Sabah yang telah dilaksanakan bermula pada 26 Ogos 2019 yang lalu Berita itu tu...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur