Ciri Ciri Akaun Instagram Yang Beli Like Dan Beli Followers








CIRI-CIRI AKAUN INSTAGRAM YANG BELI LIKE DAN BELI FOLLOWERS | Bagi mereka yang menjalankan perniagaan sama ada sebagai peniaga atau influencre, Instagram adalah nadi utama mereka dalam memasarkan dan menghebahkan sesuatu produk dan perkhidmatan supaya lebih berkesan dan dikenali ramai.

Namun beberapa tahun ini muncul sesetengah pihak yang menawarkan perkhidmatan menjual like dan follower instagram dan merosak kan nilai etika blogger dan influencers. kerakusan influencers dan blogger menggunakan like dan follower yang dibeli bukan sahaja merugikan advertiser malah ianya seperti menipu orang ramai yang melihat iklan tersebut .

Sebagai contoh jika kita melihat satu iklan produk kecantikan di satu akaun seorang Influencers, kita pasti akan terkesan apabila melihat jumlah like yang sangat banyak. Kita merasakan produk yang diiklan kan benar-benar ramai penggunanya dan pasti ianya adalah produk yang di yakini.

Namun sebenarnya jumlah like tersebut adalah like yang dibeli oleh pemilik akaun tersebut dari satu pihak lain. Bukan kah ianya salah satu penipuan untuk mengaburi pengguna? Kita pasti tahu dalam islam menipu adalah satu dosa apatah lagi menipu dalam perniagaan.

Bayangkan juga kerugian yang ditanggung oleh peniaga yang memberi tanggungjawab pada influencers tersebut untuk mengiklankan produknya.

Jumlah mereka yang memberi like pada posting yang dibayar advertiser, tertera sangat ramai. Namun iklan tersebut tidak memberi sebarang impak pada produk nya kerana mereka yang like posting tersebut sebenarnya tidak melihat iklan produk nya. Bukan kah ianya satu penipuan?

Untuk memudahkan kita semua supaya tidak terpengaruh dengan iklan-iklan dari influencers yang tidak bertanggungjawb seperti ini, saya akan kongsikan ciri-ciri akaun Instagram yang beli like dan follower.

Jumlah like naik mendadak sejurus selepas foto baru di postMengikut pengalaman saya menggunakan instagram, sebaik sahaja kita mengupload gambar di instgram, akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan like dan komen yang banyak oleh pengikut-pengikut kita.

Begitu juga jika kita menggunakan hashtag tertentu, posting tersebut mengambil sedikit masa untuk mendapatkan jumlah like yang banyak

Tapi jika sebaik saja gambar di muat naik sudah ada banyak like pada  gambar tersebut, itu mungkin kerana akaun tersebut membeli like .


Tiada komen walaupun like dan follower terlalu banyak
Pernah tengok tak ada akaun Instagram yang like pada postingnya sangat banyak tapi tak de siapa pun yang tinggalkan komen pada posting dia.

Kalau ada pun setakat 2, 3 komen je. Itu pun dari kawan-kawan dia je la. Jumlah like pada setiap posting dia  melebihi jumlah komen yang sangat-sangat ketara.

Ini juga adalah tanda-tanda pemilik akaun tersebut membeli like.

Lihat juga pada jumlah follower nya  yang yang terlalu ramai. Biasanya kalau follower ramai, sudah tentu jumlah like dan komen juga banyak.Tapi bagi akaun yang beli like dan follower , perbezaan Like, follower dan komen sangat ketara berbeza.



Komen pada posting dipenuhi dengan komen yang tidak di yakini
Ada juga posting yang mengandungi like dan komen yang banyak, tapi kebanyakan komen-komen adalah tidak jelas dan tidak berkaitan dengan posting nya.

Contoh ayat komen yang sering digunakan pada akaun ini ialah

"bagus'
"look great"

Padahal posting nya menunjuk kan gambar kucing mati.
Komen spam ni korang boleh tengok kat mana-mana akaun Ig. Dan mereka menggunakan komen yang sama untuk mendapat perhatian dari pengguna instagram lain.

Bila terlalu banyak komen spam pada satu-satu posting , sedangkan pemilik akaun tersebut bukan lah artis atau selebriti, itu mungkin bermakna pemilik akaun telah membeli like dan follower.


Akaun yang like posting tidak mempunyai rutin posting dan bio yang tidak lengkap
Penyedia perkhidmatan membeli like dan follower ni biasanya mereka mencipta banyak akaun instagram palsu dalam masa singkat. Akaun yang di cipta buka satu atau 2 tapi beribu-ribua akaun.

Sebab tu pada bahagian Bio kebiasaan nya tidak lengkap dan tak jelas. Ada juga yang langsung tak de apa-apa posting pada akaun nya.

Ada juga yang ada posting tapi semuanya pada tarikh yang sama.


Jumlah like dan follower turun mendadak
 Seperti yang kita semua ketahui, Instagram terus membuat perubahan dalam algoritma untuk menjaga keselamatan platform dari akaun palsu. Oleh itu, jika korang  melihat ada penurunan jumlah  follower pada akaun seseorang secara tiba-tiba, mungkin selama ini dia mendapatkan follower yang dibeli.

Penurunan jumlah follower tersebut disebab kan Instagram telah menyekat dan memadam akaun-akaun palsu ini.


Follower bukan orang tempatan
Akaun yang mempunyai ramai pengikut dari berbagai negara dan bukan orang tempatan mungkin merupakan akaun palsu kerana tidak mungkin seseorang mempunyai peminat dan pengikut dari berbagai negara  melainkan jika dia adalah orang yang terkenal di seluruh dunia seperti artis antarabangsa, pemain bolasepak terkenal di dunia atau pun ikon dunia.



 Keburukan Beli like dan Beli Follower InstagramBeli like dan Follower Ig mungkin akan nampak bagus pada awal-awalnya.Tapi kesudahan nya membeli like dan followers di Ig hanya akan membunuh imej dan kepercayaan orang pada kita. Benda memang boleh detect dengan sekali pandang je. Kau sangkal la macam mana pun orang tetap tahu yang kau beli like dan beli followers.

Membeli pengikut Instagram dan like  tidak akan menjadikan kita terus terkenal dan berjaya dengan satu klik. Nak berjaya dengan Instagram ni korang kena ada pengikut sebenar, Untuk mendapatkan nya korang kena lah  terus memuat naik gambar dan kandungan menarik, mengemas kini halaman Instagram dan tetap relevan.

Mungkin dengan membeli like dan follower korang akan rasa mudah dan berbaloi. Tapi kesudahaan nya korang akan hilang banyak perkara.

Korang akan hilang pengikut sedangkan korang ada content yang cukup menarik.Macam saya sendiri bila saya like dan komen gambar orang, saya akan baca juga komen orang lain. Kadang2 saya check juga siapa yang like.

Tapi bila saya check ada like dan komen yang spam, saya terus delete komen saya sebab takut kalau orang lain tengok saya ada diantara fake akaun ni, mesti diaorang pun akan fikir saya ni fake akaun je. Paham tak??

Semoga entry ni memberi manfaat pada korang dan terima kasih kerana membaca artikel Ciri-Ciri Akaun Instagram Yang Beli Like Dan Beli Follower .




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/09/ciri-ciri-akaun-instagram-yang-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Instagram Boleh Dijual

Akaun Instagram Boleh Dijual

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 389 hits
Akaun instagram boleh dijual Di masa kini instagram bukan sahaja medan sosial yang pemiliknya hanya berkongsikan gambar atau video sahaja instagram sekarang menjadi medan untuk menjana pendapatan melalui individu atau pun berkumpulan atau s...
Facebook Dan Instagram Akan Membayar Pengguna Yang Menyahaktifkan Akaun Demi Kajian Amanz

Facebook Dan Instagram Akan Membayar Pengguna Yang Menyahaktifkan Akaun Demi Kajian Amanz

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 228 hits
Lebih sedekad yang lalu heboh terdapat cara untuk menjana wang dengan hanya menggunakan akaun Facebook Guna Facebook Dapat RM1 ialah meme yang kini sudah mati tetapi masih ramai percaya ia mampu dilakukan tanpa perlu berusaha keras Di tahun...
Masya Masyitah Dah Beli Rumah Tunai Rm300 000

Masya Masyitah Dah Beli Rumah Tunai Rm300 000

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 264 hits
PENYANYI Masya Masyitah mendedahkan dia berjaya membeli rumah secara tunai bernilai RM300 000 pada tahun lalu ketika berusia 19 tahun Masya 20 yang berasal dari Kulim Kedah ditemui berkata keseluruhan wang itu diperolehnya daripada pembabit...
Aduhh Beli Phone Case Dekat Lazada Yang Dapat Hand Sanitizer

Aduhh Beli Phone Case Dekat Lazada Yang Dapat Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 246 hits
Siapa tak pernah beli kat Lazada dan Shopee angkat tangan cepattt Mana ada yang tak pernah beli kat situ kan Kalau ikutkan dah berapa puluh barang dah beli beratus belum lagi kot haha Kadang buka shopee dan Lazada nak tengok tengok je tapi ...
Hiburan Tak Suka Berhutang Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash Rm300 000 Pada Usia 19 Tahun

Hiburan Tak Suka Berhutang Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash Rm300 000 Pada Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 490 hits
Mendedahkan bahawa rumah yang didiaminya kini merupakan kediaman miliknya sendiri yang dibeli secara tunai tanpa menggunakan kemudahan pinjaman bank penyanyi Masya masyitah akui segalanya diusahakan sendiri Menurut Masya kediaman jenis kond...
6 Selebriti Yang Tidak Dibenarkan Untuk Beli Kereta Bugatti

6 Selebriti Yang Tidak Dibenarkan Untuk Beli Kereta Bugatti

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 235 hits
Bugatti adalah syarikat pengeluar supercar terkemuka di dunia Seperti syarikat pengeluar kereta eksotik yang lain seperti Ferrari dan Lamborghini mereka mempunyai senarai khas individu yang dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk membeli pro...
Lirik Lagu Beli Kuli Luh Ary Kencana

Lirik Lagu Beli Kuli Luh Ary Kencana

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 425 hits
Lirik Lagu Beli Kuli Luh Ary Kencana Sedueg dueg nak luh nekang sekaye Nak muani tetep kepala keluarge Tanggung jawab ne utame Apang ngelah ajin rage Diapik bedik ne penting ade usahe Beli muani tanggung jawab ken adi Modal beli tuah tresna...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord