Cipta Momen Bersama Anak Bawalah Bercuti Rasai Kegembiraan Ke Splash Out Langkawi
Bercuti antara salah satu aktiviti menyeronokkan dan boleh merehatkan minda seisi keluarga. Bukan itu sahaja, bagi anak-anak kebaikan bercuti ini sangat besar manfaatnya terutama dalam fasa mereka membesar dan belajar sesuatu melalui persekitaran. Selain itu, mengikut pandangan psikologi membawa anak-anak pergi bercuti adalah lebih berbaloi berbanding beli hadiah atau mainan.
Percutian bermakna pada anak-anak tidak semestinya yang mewah atau pergi ke luar negara. Walaupun dalam negara atau dekat-dekat pun anak dah rasa gembira asalkan mama papa berjaya cipta momen terindah buat mereka.
Menerusi perkongsian Zainurul Azwa Zakaria sebenarnya banyak kebaikan membawa anak-anak bercuti. Antaranya adalah:
Boleh cipta memori bersama anak-anak
Menurut kajian yang dilakukan oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.
Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi mereka dah besar, masuk asrama, kerja dan berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah semasa zaman kanak-kanak mereka.
Mengasah kemahiran berfikir
Tahu tak, aktiviti bercuti juga boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak.
Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, serta berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘play system‘. Ini adalah sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persekitaran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak.
Dengan membawa anak bercuti boleh dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk anak-anak belajar.
Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatannya menjadi bertambah baik.
Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekala boleh buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat.
Bantu kurangkan Hyper Aktif
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat-tempat semulajadi yang hijau. Hal ini demikian kerana, persekitaran hijau ini dapat membantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum.
Buat anak lebih positif & gembira
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak juga pasti lebih gembira. Emosinya juga lebih terjaga serta boleh buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes.
Di samping itu, bercuti juga adalah salah satu cara yang paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.
Splash Out Langkawi lokasi pilihan
Justeru itu, sebagai salah satu pilihan untuk mama papa memilih lokasi percutian yang ‘happening’ buat anak-anak, apa kata ke Splash Out Langkawi yang pastinya menjanjikan keseronokan dan pengalaman best.
Splash Out Langkawi dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Halim Mazmin Group yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi. Taman tema ini berkonsepkan Magis dan Fantasi – pengembara marin dengan rekaan seni bina pantai klasik yang menjadi tarikan utama setiap pelancong dari dalam mahu pun luar negara.
12 permainan tarikan menarik di Splash Out Langkawi
Menariknya di Splash Out Langkawi ini adalah terdapat 12 permainan air yang menarik dan mencabar mengikut kesesuaian umur. Setiap permainan di dalam taman tema ini mempunyai had ketinggian dan berat. Untuk lebih banyak permainan yang boleh anda cuba, sekurang-kurangnya had ketinggian minimum adalah melebihi 120cm.
Antara tarikan menarik di Splash Out Langkawi adalah seperti berikut:
Wild Water
Sprinkle Island
River Of Life
Ragin’ Racers
Poseidon’s Revenge
Splash- Tacular
Perfect Storm
Shipwreck Falls
Big Splash Kingdom
Rainbow Rider
Splash-Python
Splash-Twister
Harga Tiket Splash Out Langkawi
Harga tiket bagi taman tema air ini antara yang sangat berpatutan. Para pengunjung juga boleh membeli tiket secara online. Bagi kanak-kanak (90 cm hingga 12 tahun), harga tiket adalah RM35, dewasa (13 hingga 60 tahun) RM50 dan warga emas (60 tahun ke atas) RM35.
Menariknya juga, Splash Out Langkawi turut menawarkan promosi tiket kepada pengunjung seperti Splash Birthday Deal (RM190 untuk 4 orang), Splash Family Deal (RM140 2 Dewasa dan 2 Kanak-Kanak) serta Splash School Deal (RM25 untuk setiap pelajar).
Banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung
Sudah pasti para pengunjung yang datang ke Splash Out Langkawi memerlukan rehat yang secukupnya setelah penat bermain air kan? Jadi untuk menambah tenaga, Medan Selera Seafarers Haven menawarkan pelbagai pilihan yang cepat dan lazat daripada makanan segera kegemaran ramai serta hidangan santapan lokal.
Bagi hidangan ringan atau snek, East India Coffee & Tea Company menghimpunkan pastri, kek dan minuman panas. Anda juga boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati secedok ais krim yang menyegarkan.
Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah salah satu pilihan yang mudah kerana menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.
Kembara seharian anda pastinya tidak akan selesai tanpa lawatan ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi.
Selain itu, kemudahan sewa loker dan gazebo turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung dan keselamatan barangan berharga. Surau, bilik menyusu, dan fasiliti asas yang lain juga lengkap bagi memberi suasana santai yang selesa buat semua pengunjung.
Untuk maklumat lanjut boleh layari website splashoutlangkawi.com bagi mendapatkan info lengkap mengenai percutian ke sini.
Jadi apa tunggu lagi, jika datang ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah ke Splash Out Langkawi untuk keseronokan berganda buat seisi keluarga!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Cipta Momen Bersama Anak, Bawalah Bercuti. Rasai Kegembiraan Ke Splash Out Langkawi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cipta-momen-bersama-anak-bawalah-bercuti-rasai-kegembiraan-ke-splash-out-langkawi/