Cinta Tiga Segi Prn Sabah Siapa Untung






28 September 2025


Ibarat cinta tiga segi sesama manusia, cinta tiga segi dalam politik juga tidak mungkin menjanjikan kedamaian.


Hubungan akan selalu panas, wujud tekanan yang tidak menentu dan hampir tiada kestabilan.


Begitulah keadaannya dalam cinta tiga menjelang PRN Sabah yang melibatkan PH, GRS dan BN.


Di peringkat awal dulu, oleh kerana ketiga-tiga gabungan sedang makan setalam dalam kerajaan di peringkat pusat, terlihat seolah-olah akan wujud jalan damai dan perkongsian sejati antara ketiga-tiga entiti dalam menghadapi PRN negeri.


Pelbagai usaha untuk mencari titik persefahaman nampaknya tidak berjaya membuahkan apa-apa hasil.


Apa yang terjadi akhirhya ialah PH setuju bekerjasama dengan BN dan dan PH juga setuju bekerjasama dengan GRS, tetapi BN dan GRS masing-masing muktamad untuk berseteru antara satu sama lain lantaran luka silam yang masih tidak dapat dilupakan.


Keadaan ini akan menjadikan pembahagian 73 kerusi DUN Sabah dalam PRN akan datang hanya berlaku antara PH dengan BN dan PH dengan GRS, namun tidak antara BN dan GRS.


Difahamkan BN ingin bertanding sehingga 45 kerusi,  manakala GRS yang dianggotai lapan parti pula menyasarkan 55 kerusi untuk ditandingi.


Sementara PH, walaupun ada laporan mengatakan ia mahu bertanding 23 kerusi, tetapi ramai mengatakan angka yang munasabah hanya sekiiar 15 kerusi saja.


Dalam pertembungan cinta tiga segi itu, tidak dapat tidak, BN dan GRS akan berentap sesama sendiri di banyak kerusi.


Yang paling untung ialah PH kerana di mana saja ia bertanding, ia pasti mendapat sokongan daripada BN dan GRS.


Tetapi di mana BN bertanding, GRS sudah pasti tidak memberi sokongan dan begitu juga di mana GRS bertanding, BN tentunya tidak sudi memberi undi.


Dengan itu, di kerusi di mana BN dan GRS bertembung, sokongan yang hadir hanya daripada PH saja.


Dalam keadaan itu, tidak mustahil, ditambah dengan kedudukan PH yang mengetuai kerajaan di pusat, jumlah kerusi dimenanginya akan jadi lebih baik berbanding BN dan GRS, ditambah lagi dengan penonjolan bekas Ketua Setiausaha beberapa kementerian, Ruji Ubi sebagai calon di Merotai dan anak TYT Musa Aman yang dikatakan akan diletakkan bertanding di Sindumin.


Lebih memberi malang kepada GRS ialah kerana isu rasuah melibatkan beberapa Adun dan menteri negeri berkaitan perlombongan mineral nampaknya terus panas dan dijangka berpanjangan sehingga DUN dibubarkan.


Isu rasuah yang bersiri-siri timbul itu tentu saja memberi tekanan yang makin merimaskan kepada GRS dan Hajiji Noor selaku Ketua Menteri.


Tambah malang lagi dengan perkembangan terbaru di mana Anwar Ibrahim sendiri dilihat jelas tidak senang dengan pendedahan demi pendedahan mengenai rasuah itu, walaupun sebelum ini terlihat cuba mengabaikannya.


Ketika berucap di sebuah himpunan di Inanam baru-baru ini yang seperti ditujukan kepada skandal rasuah yang sedang hangat diperkatakan di negeri Sabah, Anwar menegaskan, beliau tidak akan memaafkan perbuatan mencuri wang rakyat.


“Saya ditangkap, saya dipukul, saya diseksa dalam penjara, saya maafkan. 


“Saya dihina, maruah saya dijatuhkan, saya maafkan.


“Tapi kalau anda curi wang rakyat – saya tidak boleh maafkan,” katanya.


Anwar turut menegaskan bahawa SPRM telah bertindak atas “berita terbaru” mengenai dakwaan ke atas pemimpin tertentu Sabah itu.


Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan itu dilihat merujuk kepada Timbalan Ketua Menteri I, Jeffrey Kitingan yang disoal siasat SPRM dua hari lalu berhubung dakwaan menerima RM1.78 juta berkaitan lesen perlombongan, hanya sehari selepas ia didedahkan.


“Ada berita baru. Segera, SPRM bertindak – ya, kita akan siasat. Itulah cara kita,” kata Anwar berkenaan ketegasannya memerangi rasuah.


Dalam keadaan ini, kebarangkalian GRS paling terkesan pada keputusan PRN akan datang adalah amat tinggi.


Apakah keadaan itu akhirnya akan memberi kelebihan secara tidak langsung kepada Warisan untuk mampu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi iaitu lebih separuh daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi DUN di Sabah dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan baru? – ShahbudinHusin 28Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/cinta-tiga-segi-prn-sabah-siapa-untung/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/cinta-tiga-segi-prn-sabah-siapa-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flood Situation In Sabah Improves Only 439 Left At Relief Centres

Flood Situation In Sabah Improves Only 439 Left At Relief Centres

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 767 hits
Seventeen evacuees are also waiting to return home in Miri Sarawak The flood victims in Sabah are being housed at four temporary relief centres in Papar Penampang and Membakut PETALING JAYA The number of flood victims at temporary relief ce...
8 Of 9 Health Facilities Affected By Sabah Landslides Reopen Dzulkefly

8 Of 9 Health Facilities Affected By Sabah Landslides Reopen Dzulkefly

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1053 hits
Eight of the nine health facilities affected by landslides in several districts in Sabah have resumed full operations since yesterday said Health Minister Dzulkefly Ahmad He said the only facility yet to reopen was the Gadong Papar Rural Cl...
Floods Evacuee Numbers Drop In Sabah Rise In Sarawak

Floods Evacuee Numbers Drop In Sabah Rise In Sarawak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1046 hits
The number of flood evacuees housed at temporary relief centres in SABAH dropped to 892 people from 273 families this afternoon compared with 1 476 people from 459 families this morning STR MOHD ADAM ARININKUALA LUMPUR The number of flood e...
Sabah Has Highest Number Of Mosques Says Hajiji

Sabah Has Highest Number Of Mosques Says Hajiji

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1315 hits
The Sabah chief minister says he gave the figure not as a boast but to demonstrate the state government s commitment Sabah chief minister Hajiji Noor who opened the new Abu Hassan Ar Raudhah surau in Tuaran said there were now 69 Islamic pl...
Pakatan Harapan Urges Bn Grs To Honour Seat Pacts Ahead Of Sabah Polls

Pakatan Harapan Urges Bn Grs To Honour Seat Pacts Ahead Of Sabah Polls

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1198 hits
PAKATAN Harapan has called on BN and Gabungan Rakyat Sabah to respect seat allocations under their respective electoral agreements and avoid contesting constituencies designated for PH Sabah PKR chief Datuk Mustapha Sakmud stressed that onc...
Hello Orang Sabah Just Kick Them Out

Hello Orang Sabah Just Kick Them Out

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 664 hits
Other people first Sabahans tengoklah Sabah facing converging crises high stakes state electionsevere test for fragile federal coalition election must be called by December 7 public fury over mining corruption alleged cover up of schoolgirl...
001 Hotel Raia Antara Hotel Terkemuka Di Kota Kinabalu Sabah

001 Hotel Raia Antara Hotel Terkemuka Di Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2243 hits
Bangunan Hotel Raia Kota Kinabalu Sabah Blog Bukan Hak Milik Kekal Awal pagi Isnin 22 09 2025 kemaskinikan blog Daripada pening kepala tidak berjaya keluar Widget Top Komentar di blog ini elok tinggalkan dulu Tidak mahu serabutkan fikiran n...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar

Microsoft Disaman Kerajaan Australia Tuduhan Menipu Halus Dalam Penggunaan Data Pengguna

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Terung Ikan Masin

Drama Korea Brain Works

Simple Beef Recipe For Dinner

China Dakwa Berjaya Halau Dan Ugut 2 Jet Pejuang Asing Di Sempadannya

Belajar Raikan Tanpa Spoil The Moment

Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025