Cinta Sehati Sejiwa Seport
CINTA SEHATI SEJIWA SEPORT | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 17 hingga 19 September 2019 yang lepas, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah telah mengadakan satu Operasi Perdana. Operasi Perdana ini diadakan sekitar kawasan Bota, Parit dan Kampung Gajah, Perak yang terletak di kawasan Perak Tengah. Kekuatan seramai 31 orang pegawai dan kakitangan telah terlibat di dalam operasi berkenaan yang melibatkan kerjasama Pegawai dan Kakitangan AADK Daerah Perak Tengah, AADK Daerah Kuala Kangsar, Klinik Mini Cure & Care Seri Iskandar juga AADK Daerah Kinta
HASIL OPERASI PERDANA 3 HARI 2 MALAMOperasi Perdana ini telah diadakan meliputi operasi bagi kes langgar syarat, cegah dan juga menyelesaikan kes aduan sekitar taklukan AADK Daerah Perak Tengah. Pada 17 September 2019 operasi telah bermula pada awal pagi di sekitar Bota, Parit dan Felcra Changkat Lada Kampung Gajah, Perak. Kemudian Operasi Langgar Syarat diteruskan di sekitar kawasan Sungai Galah, Tanjung Tualang Perak
Jumlah tangkapan pada 17 september 2019 (Selasa) antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang adalah seramai 11 orang iaitu melibatkan 10 orang lelaki dan 1 orang wanita. Umur tangkapan adalah antara 19 tahun hingga 46 tahun. Manakala tangkapan antara 10.00 malam hingga 2.00 pagi adalah seramai 8 orang yang mana semuanya adalah lelaki berumur antara 30 tahun hingga 47 tahun.
Operasi pada 18 September 2019 (Rabu) sekitar Bota dan Parit telah berjaya memberkas 7 orang lagi kes yang melibatkan pelbagai kesalahan seperti langgar syarat, kes siasatan dan saringan awal ujian urin didapati positif. Tangkapan terakhir ini menjadikan jumlah tangkapan adalah seramai 26 orang
Daripada 26 orang tangkapan, 15 orang telah dijatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan dan maksimum 20 bulan beserta 2 kali sebatan. Seorang telah diperintahkan mahkamah menjalani pemulihan di Puspen Perlop, 7 lagi ditempatkan di Pusat Tahanan Reman Batu Kurau. Manakala 2 orang OKT lagi mendapat jamin AADK dan seorang jamin mahkamah.
CINTA SEHATI SEJIWA SEPORTTangkapan pertama yang melibatkan pasangan kekasih telah membawa kepada tahanan reman bagi teman lelaki dan jamin AADK buat teman wanitanya. Kedua-duanya yang ditangkap ketika sedang membuat kerja-kerja di kebun keluarga wanita berkenaan selepas mengambil dadah bersama-sama yang mana teman lelakinya datang menemuinya dari Kuala Lumpur akan dibicarakan selepas habis tempoh tahanan reman dan tempoh jamin. Lelaki bergelar duda itu didapati positif Methamphetamine manakala teman wanitanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Morfin yang kedua-duanya berkenalan ketika wanita berkenaan tinggal di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan korang, wanita bergelar janda ini pernah menabur bakti sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama AADK semasa di Kuala Lumpur tetapi (jatuh) relaps kembali dan perkenalan mereka juga di sana. Keadaan ini membuktikan kepulihan daripada dadah ini adalah sepanjang hayat, kerana tersalah memilih pasangan, tidak mendapat sokongan padu daripada keluarga, dan keinginan untuk berubah dalam diri tidak kuat pastinya penagihan akan berulang kembali.
PERANAN PRS DALAM PERKHIDMATAN AADK ?Apakah peranan PRS dalam AADK? PRS berperanan untuk membantu pegawai dan kakitangan AADK dalam menggunakan pengalaman mereka dalam kepulihan. Pemilihan mereka juga berdasarkan kepulihan yang dicapai oleh mereka. Korang perlu tahu, kepulihan dicapai oleh mereka adalah bukan sesuatu yang mudah dan mereka perlu menjaga langkah mereka sentiasa supaya tidak terbabit kembali. Betul ke ada penagih yang betul-betul boleh berubah? Alhamdulillah ada contoh yang ada di depan Sha tapi masih ramai yang sedang berjuang untuk bersihkan diri, sama-samalah doakn mereka supaya dapat memperbaiki diri.
Mendengar, membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang ingin klien sampaikan tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka.Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengalaman supaya ia tidak menjadi ‘trigger” kepada penagihan semula.Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong antara satu sama lain.Memastikan kelompok tidak dikuasai individu tertentu terutama dalam perbincangan.Hasil tangkapan dalam Operasi Perdana ini telah dapat menyelesaikan beberapa kertas sisatan dan kes aduan yang diterima oleh masyarakat sekitar. Untuk menangangi masalah penyalahgunaan dadah ini tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa sahaja tetapi memerlukan kerjasama antara keluarga dan masyarakat setempat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2019/10/cinta-sehati-sejiwa-seport.html