Cinta Laura Kecewakan Indonesia


Kebelakangan ini, dia menjadi bualan hangat dalam dunia maya selepas warganet Indonesia mula mencanangkan namanya sebagai calon Ratu Cantik Dunia tahun 2020.
Semuanya kerana aktres dan model berdarah kacukan Jerman-Indonesia ini pada awalnya didesak oleh peminat untuk menyertai pertandingan Puteri Indonesia 2019.
Pemenang pertandingan itu nanti secara automatik akan mewakili negara ke pertandingan Ratu Cantik Dunia tahun tersebut.
Tidak mahu terus dihujani dengan pertanyaan apatah lagi membiarkan peminat meletak harapan terhadapnya, Cinta memberi respons menerusi video secara langsung dalam satu aplikasi.
“Malangnya, saya tidak akan menyertai pertandingan Puteri Indonesia untuk mewakili kamu semua pada pertandingan ratu cantik tahun ini. Bukan saya tidak mahu malah saya sangat menghargai sokongan dan keyakinan kamu semua terhadap saya.
“Tetapi perkara ini sangat tiba-tiba dan saya tidak boleh membatalkan beberapa kontrak saya. Bulan Februari saya akan ke Sweden untuk menjalani proses rakaman lagu.
“Puteri Indonesia bakal mengubah peraturan mulai tahun depan iaitu peserta berumur 28 tahun ke bawah layak menyertai pertandingan. Jangan sedih kerana ada harapan, mungkin tahun depan saya masih mendapat sokongan kamu semua untuk menyertai pertandingan,” jawabnya.
Justeru ramai peminat kembali berharap agar Cinta menyahut cabaran pertandingan itu nanti seterusnya bakal menjadi kebanggaan dan mara ke pentas ratu cantik dunia, tahun hadapan.
Bintang genius Cinta sememangnya menjadi kebanggaan ramai peminat. Bukan saja memiliki paras rupa yang cantik malah bintang berusia 25 tahun ini bijak dalam pelajaran.
Dia menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Psikologi dan Sastera Jerman di Columbia University, New York dengan kepujian.
Dia juga pernah ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge. Namun buat masa ini dia memilih menangguhkan pengajiannya kerana mahu fokus pada kerjaya.
Pun begitu, anak kepada pasangan Michael Kiehl, seorang Pengurus Hotel Hyatt dan peguam terkenal Herdiana Soekarseno ini sering dianggap tidak pandai bertutur bahasa Indonesia dengan baik kerana pelat bahasa Inggeris terlalu pekat.
Ramai netizen mengejek gaya pertuturan Cinta dengan cara meniru berulang kali percakapan gadis kelahiran Quakenbrück, Jerman ini.
Namun Cinta tidak lupa tentang budaya dan keunikan negaranya. Walaupun dia berpenampilan seksi, dia kerap memilih memakai busana batik atau kebaya ketat ketika hadir di acara hiburan luar negara dan di Hollywood.
Secara tidak langsung dia tidak malu untuk memperkenalkan Indonesia di mata dunia.
‘Mangsa’ persepsi Bekerja di Hollywood, Cinta bermastautin di Los Angeles Amerika Syarikat sejak 2011. Setahun selepas itu dia mendapat peluang bekerjasama dengan pemuzik di sana dan merakamkan dua lagu berjudul Boomerang dan Playlist.  
Cinta pernah membintangi filem The Philosopers ‘After The Dark’ arahan sutradara bernama John Huddles. Pelakon yang juga popular menerusi sinetron Upik Abu dan Laura ini pernah menghadiri uji bakat filem pecah panggung Star Wars dan Tron, namun gagal.
Terdahulu dia juga pernah mendapat peluang keemasan menemubual pelakon utama filem francais terhangat, The Avengers seperti Chris Hemwsworth, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Robert Downey Jr.  
Namun keterujaan bertemu dengan pelakon kelas A antarabangsa ketika itu nyaris terbantut dek satu hal yang tidak disangka-sangka. 
Rupa-rupanya Robert Downey Jr.  enggan ditemu bual oleh Cinta kerana Iron Man itu kurang percaya kemampuan Cinta bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan dia orang Indonesia.
Tidak berputus asa dengan persepsi yang dilemparkan terhadap dirinya, Cinta mengajak aktor berprofil tinggi itu berbual. Hasilnya Robert Downey Jr. kagum dengan Cinta dan akhirnya mahu meneruskan sesi temu bual.
sumber: utusan via Geng Joyah
The post Cinta Laura Kecewakan Indonesia appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/cinta-laura-kecewakan-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komunitas Masyarakat Cinta Masjid Sebarkan Semangat Persatuan Indonesia Di Cakung

Komunitas Masyarakat Cinta Masjid Sebarkan Semangat Persatuan Indonesia Di Cakung

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 312 hits
Ketua Umum MCM Wishnu Dewanto mengungkapkan kedatangannya ke masjid yang pimpin oleh KH A Shodri HM ingin mengajak para jemaah untuk memperkuat persatuan di tahun politik ini
Bawaslu Jateng Temukan 600 Tabloid Indonesia Barokah Di Blora

Bawaslu Jateng Temukan 600 Tabloid Indonesia Barokah Di Blora

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 302 hits
Badan Pengawas Pemilu Jawa Tengah memastikan Tabloid Indonesia Barokah hampir tersebar di 35 kabupaten kota di Jateng Terkait temuan tersebut Bawaslu Jateng hanya bisa mendata tanpa melakukan penyitaan
Ketepatan Waktu Garuda Indonesia Terbaik Se Asia Pasifik

Ketepatan Waktu Garuda Indonesia Terbaik Se Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 243 hits
Pada periode September hingga November 2018 lalu Garuda Indonesia tercatat berhasil masuk dalam jajaran 5 besar maskapai global dengan jumlah fligt di atas 1O ribu melalui capaian OTP arrivals selama Desember 2018 berada di angka 89 9 perse...
Menag Serukan Jaga Kesucian Masjid Dari Tabloid Indonesia Barokah Aktivitas Politik

Menag Serukan Jaga Kesucian Masjid Dari Tabloid Indonesia Barokah Aktivitas Politik

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 258 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin menanggapi serius kemunculan Tabloid Indonesia Barokah yang dikirim ke masjid masjid Seharusnya semua orang menjaga kesucian rumah ibadah dan tidak melakukan aktivitas politik
Ini Alasan Industri Otomotif Indonesia Kalah Dibanding Thailand

Ini Alasan Industri Otomotif Indonesia Kalah Dibanding Thailand

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 229 hits
Indonesia diharapkan tidak hanya menjadi basis produksi kendaraan 4x2 Indonesia juga harus menjadi basis produksi jenis kendaraan sedan SUV pick up dan jenis jenis kendaraan lain
Penyanyi Indonesia Tegar Didenda Kerana Merokok Di Kawasan Larangan

Penyanyi Indonesia Tegar Didenda Kerana Merokok Di Kawasan Larangan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 532 hits
Penyanyi remaja dari Indonesia Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan Pengurusnya di Malaysia Ayob Abd Majid be...
Menteri Rudiantara Beberkan Kunci Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi Di 2045

Menteri Rudiantara Beberkan Kunci Indonesia Jadi Negara Berpenghasilan Tinggi Di 2045

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 284 hits
Peningkatan ekonomi dari populasi generasi muda terus terjadi sementara laju pensiun terjadi di negara seperti Jepang Thailand dan Singapura Ini menjadi tantangan sekaligus peluang bisnis
Ditemukan 1 771 Amplop Berisi Tabloid Indonesia Barokah Di Gunungkidul

Ditemukan 1 771 Amplop Berisi Tabloid Indonesia Barokah Di Gunungkidul

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 259 hits
Bawaslu meminta kepada kantor pos untuk menahan sementara dan tidak mendistribusikan amplop amplop tersebut ke alamat yang dituju Sumarsono meminta agar kantor pos menunggu keputusan dari Bawaslu RI terkait peredaran tabloid itu
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh