Awal-awal kahwin dulu,
“Nak makan rambutan?” tanya aku kepada suri hati.
“Tak nak lah. Tak pandai buka kulit.” Balas suri hati. Aku ingat dia bergurau. Rupanya memang betul.
Aku bukakan kulit rambutan tu. Seulas dua je dia makan. Bila ditanya, katanya susah nak makan.
Waktu tu aku mula hairan. Rupanya bila dah buka kulit, kena potong nipis pula isi buah tu. Baru senang dan nikmat untuk dia makan.
Berbeza sangat cara aku makan dengan suri hati masa tu.
Aku biarkan. Suri hati potong sendiri.
Itu dulu. Sekarang bila dah lama kahwin. Anak pun dah ramai, selepas 16 tahun hidup bersama, banyak benda yang dah makin faham tentang isteri ataupun lebih tepat lagi seorang perempuan.
Kalau orang tak cerdik, dia akan kata perempuan macam ni mengada-ngada.
Tapi dalam banyak-banyak perkara yang suri hati boleh berdikari, makan rambutan ni antara perkara ‘rare’ yang dia agak janggal untuk buat sendiri. Sampai minta untuk dipotong halus.
Daripada 10 perkara, takkan satu perkara ‘rare’ pun seorang suami tak boleh nak layan kan?. Sesekali apa salahnya layan walaupun perkara tu remeh di mata kita.
Sebelum kahwin dulu Ayah dia yang layan kerenah anak perempuannya. Sekarang ni, giliran kita la pula.
Baru ni aku bawa balik sedikit rambutan dari kampung. Aku ajak suri hati makan. Tapi dia menolak. Aku tahu sebabnya.
Aku ambil pisau, isi rambutan tu aku potong siap-siap. Kemudian aku hulur ke dia. Alhamdulillah. Suka dia makan.
Senyum macam budak kecil. Suka agaknya bila terasa dimanja-manja.
Buka rambutan, potong isi kecil-kecil tu semua perkara remeh dan kecil pada aku seorang lelaki.
Dulu aku anggap begitu. Sekarang tidak lagi.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |