Cimb Clicks Kena Hacked Ini Penjelasan Cimb Bank
CIMB Clicks Hacked ? Ramai yang kata reCAPTCHA yang tertera ketika Log In di CIMB Clicks berubah dan isu ini membuatkan ramai pengguna CIMB Clicks panik. Ada beberapa yang mengadu di laman sosial tentang kehilangan duit mereka didalam akaun CIMB mereka.
Kejadian ini kecoh sejak semalam dimana ada pengadu mendakwa duit mereka dalam akaun CIMB berkurang dari nilai sepatutnya. Ada yang kehilangan duit selepas menerima SMS transaksi menggunakan PayPal orang lain.
Mangsa Yang Mendakwa Hilang Duit CIMB Clicks Hacked
Jika anda merupakan pemegang akaun bank CIMB Bank, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya yang suka membeli secara atas talian, melanggan apa-apa perkhidmatan auto-debit seperti laman web movie online, google playstore dan pengguna akaun PayPal. Adalah lebih baik remove akaun sebelum ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku kepada akaun simpanan CIMB anda
Walaupun begitu, ada juga pengguna lain mendakwa boleh Log In ke akaun CIMB Clicks mereka walaupun menggunakan password yang salah (tidak tahu kebenarannya). Dibawah ni beberapa status mangsa CIMB Clicks hack melalui Facebook mereka.
Apa Punca CIMB Clicks Hacked
Ramai yang mengatakan sejak dari semalam punca masalah dan benda “pelik” akaun cimb clicks hacked kerana disebabkan fungsi recaptcha yang tertera di halaman untuk memasukkan butiran Username dan Password CIMB Clicks.
Untuk makluman, pihak CIMB Bank Malaysia telah tampil memberikan press release berkaitan masalah ini dan memaklumkan bahawa penggunaan recaptcha yang tertera secara tiba-tiba tersebut adalah langkah awal pihak CIMB Malaysia menggunakan recaptcha bagi memperlahankan proses cimb hack daripada bertambah buruk
Penggunaan recaptcha tersebut adalah langkah keselamatan tambahan buat masa sekarang. Ini kerana dengan adanya system recaptcha cimb ini dapat memastikan anda akses portal berkenaan dengan lebih selamat dan mengelakkan hack
Berikut adalah Press Release CIMB Malaysia.
Maklumat lanjut? klik sini
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menukar PASSWORD CIMB Clicks anda segera untuk keselamatan dan elakkan daripada mendedahkan maklumat kad ATM anda dengan orang lain
Sama-sama kita berwaspada..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2018/12/cimb-clicks-kena-hacked-ini-penjelasan.html