Cikapplepie Kini Siswi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Nilai


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar bila cikapplepie kini bergelar siswi. Syukur bila segala urusan kami dipermudahkan bermula dengan proses pengesahan kursus, ambil gambar, pengesahan borang, pembayaran dan pemeriksaan kesihatan di klinik. Kesemua ni diselesaikan habibi dengan si bongsu sepertimana dibuat dari anak yang sulung hingga ke nombor 5 tu sebab umi ni sibuk dengan hal ehwal di rumah bonda dan rumah sendiri.




Jarak 55km Ke Politeknik NilaiMemang dah awal-awal lagi habibi bagitau nak bertolak selewat-lewatnya jam 7.15 pagi sebab tak nak bersesak dengan orang lain walau perjalanan hanya dalam 1 jam +-35 minit. Kalau ada rezeki dapatlah kot Cik Cha hostel di tingkat 1, memandangkan parents atau ahli keluarga tak boleh masuk ke asrama tapi seperti kedua kakaknya tapi Poli yang berbezalah. Kesian pula nak memikir dia seorang diri akan  mengangkut bagasi yang besar dan barangan lain seperti baldi, bantal dan macam-macam yang dah dia siapkan dua minggu sebelumnya.

Bagasi dan segala barangan keperluan seperti penyangkut baju, selipar, kotak makanan dah dimasukkan malam sebelumnya supaya tak kelam kabut.


Alhamdulillah, perjalanan agak lancar selain duit tol pun lancar keluarnya dan kiranya sampai Nilai mengikut kiraan masa habibi. Sempat juga bersarapan di Restoran Suhada, bimbang proses pendaftaran yang lazimnya mengambil masa dan perut nanti berkeroncong.



Lapar, memang masing-masing lapar, dahlah keluar awal dan tengok pulak pulak sajian kat kedai ni menarik sangat dengan bihun soto, lontong dan lauk untuk makan tengahari pun dah tersaji. Tapi kami cuma ambil yang cepat dengan nasi lemak setiap seorang dan KC Iman makan roti canai. Harga kesemuanya untuk kami berlima dalam RM35 termasuk air.



Pendaftaran CepatPerjalanan dari kedai makan ke lokasi tak sampai 10 minit tapi jadi lama sebab dah nampak kereta bersusun untuk memasuki kawasan Politeknik. 
Tak boleh nak bayangkan perasaan CikCha sebab dia duduk dibelakang dan nampak cool jer tapi dalam hati tak tahu apa yang bergolak. Tak pe, nanti dia akan biasa dan kena pandai sesuaikan diri walau memang rasanya dia okay.



Pendaftaran kemasukan hanya dibuat di kawasan parkir dan berdekatan padang bola yang luas. Kesian anak-anak kena beratur dalam terik matahari tapi ok kot untuk membiasakan diri dengan aktiviti yang akan dilakukan nanti.
Masa CikCha beratur tu, umi siap kira yang dia berada di barisan kurang 45 orang, dan ramai ibubapa yang menunggu anak masing-masing, siapa ambil gambar, video dan tak terkecuali umi sendiri la. Memang nak kena simpan seperti mana umi simpan untuk anak-anak terdahulu kecuali Ayong dan Ammar sebab masa tu pakai Blackberry tapi gambar tidaklah cantik macam kamera dari handphone masakini kan;.

Baca Juga : Cik Meya Graduan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Sempat juga umi bersembang dengan salah seorang ibu bakal siswa yang datang dari Sungai Petani, Kedah. Katanya anak sulungnya tu dapat Matrik di Kedah tapi memilih ke sini sebab nak merasa duduk jauh sementara Cik Cha sendiri tak apply Matrik sebab yang umi tak tanya pun sebab yang nak belajar tu dia

Memanglah kalau boleh nak dia ikut jejak KY Amanda, masuk Matrik dan kemudian pilih kursus yang mungkin bukan dalam pengajian Mechatronic sebab boleh cepat habis tak perlu belajar lama. 
Sebagai orang tua, we both biarkan anak-anak decide apa yang nak diambil dan cuma bagi pendapat dan kalau mereka kata itu yang mereka boleh buat, the counter back is important

Selesai pendaftaran, hantar Cik Cha ke kamsis, ibu bapa tak boleh tunggu dalam kawasan Poli, jadi bagasi dan barang pelajar akan diangkat keluar dari kereta ibubapa oleh pelajar senior. Memang peramah betul Owen, pelajar yang membantu Cik Cha dan memberi penerangan kepada kami

Hasrat nak mintak kami hantarkan bagasi Cik Cha tak kesampaian sebab memang tak dibenarkan, jadi kami disarankan (semua ibubapa) kena tunggu di luar dan pelajar akan jumpa kami di luar yang jaraknya dalam 4 minit perjalanan

Jalan-Jalan Ke Aeon NilaiMemang selesai seawal jam 10.30, Cik Cha dah sampai jumpa kami balik dan anak-anak ajak ke Aeon Nilai yang jaraknya dalam 20 minit dari Poli, nak berlama sikit dengan si bongsu, jalan-jalan cuci mata dan mungkin makan tengahari



Ramai betul pengunjung kat sini, umi dan ayah dah penat berjalan, terus cari tempat duduk sambil layan diri dengan handphone dan sempat juga umi ke ruangan jualan buku oleh Kedai Buku Popular tapi tak membeli pun. Hanya nak buy time menunggu anak-anak yang masih ralit masuk ke kedai-kedai kat sini


Menunggu dan menanti tu penat, akhirnya anak-selesai menyopping buat si adik dan habibi decide nak makan kat kedai luar bukan dalam Aeon

Mulanya kami sampai ke kedai Salai tapi lauk pauk dah habis, yang tinggal hanya kuah jadi kami decide cari kedai lain dan akhirnya kembali ke Restoran Suhada. Mujur lauk pauk masih banyak walau jam dah jam 3 lebih. 

Kali ni anak-anak memilih Nasi Ayam, umi pilih nasi putih dengan gulai daging sementara habibi pulak nasi putih dan kurma daging dengan kos RM51 termasuk air. Not bad rasa nasi ayam dan sup serta lauk-lauk yang lain dan harga pun berpatutan. 
Paling penting, kedai makan ni bersih jadi nak makan pun tidaklah rasa loya. Next time boleh singgah lagi dan cuba bihun soto atau cucur udang pulak kan

Jam 3.30 kami sampai dan berpisah dengan Cik Cha

Berat rasa hati tapi harus melepaskan tanpa membebaskan anak yang perlu belajar untuk masa depan. InsyaAllah Cik Cha akan berjaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak.

Serah Borang Secara Fizikal12 Julai lepas, kami ke sini nak serahkan borang pendaftaran secara fizikal dan dapat juga kenal-kenal jalan supaya bila tiba hari kemasukan nanti dah tahu apa dan dimana bangunan yang harus diituju, kata habibi.


Memang laju sesi serahan sebab tak ramai yang menghantar cara sebegini kerana borang sudah lengkap dan borang boleh dihantar secara kurier.


Selain Cik Meya, graduan PSIS yang dapat deanlist, Kak Cik Iman juga merupakan graduan Polimas dan sekarang PJJ di UiTM Puncak Alam dan bakal tamat pada 2026.


Struktur Program Kejuruteraan Pembuatan (Mechatronic Engineering)Tak pasti adakah sama atau tidak dengan program yang pernah Kak Amanda duduki semasa belajar di UMP dalam jurusan yang sama tapi ni yang umi jumpa di website Politeknik Nilai


Memang agak tough jurusan ni sebab KY Amanda pun dah lalui, cuma mungkin sedikit berbeza sebab yang ini peringkat Diploma. Wallahuallam. 


Politeknik NilaiPoliteknik Nilai, adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Politeknik ini terletak di Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan dan mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Disember 2007. 


Kursus- Kursus Di Politeknik Nilai6 program yang ditawarkan diperingkat Diploma sahaja, terdiri daripada 3 Jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri.


Kursus dibawah Jabatan Perdagangan ialah

Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DBS)Diploma Kewangan & Perbankan Islam (DIB)Diploma Pengurusan Lojistik & Rangkaian (DLS)Diploma Pengurusan Peruncitan(DRM)Kursus dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ialah


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)

Diploma Kejuruteraan Mekatronik(DEM)Kursus dibawah Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri ialah


Diploma Holtikultur & Landskap (DLH)




Diploma Bioteknologi (DBT)Sumber : Wikipedia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/07/cikapplepie-kini-siswi-diploma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Jawatan Uitm Julai 2024 Kelayakan Minima Stam Stpm Dan Diploma

Pengambilan Jawatan Uitm Julai 2024 Kelayakan Minima Stam Stpm Dan Diploma

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 244 hits
Makluman kekosongan jawatan UITM Julai 2024 Berita baik untuk mereka yang sedang mencari kerjaya dibawah sektor awam Kini dibuka pengambilan jawatan UITM bagi bulan Julai 2024 yang merupakan jawatan kosong terbuka dibawah sektor Universiti ...
Kronologi Perundungan Siswi Smpn Di Cianjur Saat Mpls Dipukul Kakak Kelas Hingga Masuk Rs Dan Trauma Berat

Kronologi Perundungan Siswi Smpn Di Cianjur Saat Mpls Dipukul Kakak Kelas Hingga Masuk Rs Dan Trauma Berat

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 148 hits
Tim meminta Kepala sekolah SMP I Sindangbarang bertanggung jawab atas kejadian tersebut karena dianggap lalai
Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 221 hits
Susah mendapat pekerjaan dalam bidang kejuruteraan Nur Ashikien atau lebih disapa panggilan Ikin pernah bekerja dalam sektor peruncitan dan juga berniaga menjual makanan waktu pagi tetapi tidak bertahan lamanya Tidak mahu mengalah Ikin lulu...
Walaun Pening Bila Nilai Ringgit Meningkat Dan Menafikan Kekuatan Ringgit

Walaun Pening Bila Nilai Ringgit Meningkat Dan Menafikan Kekuatan Ringgit

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 154 hits
Omar Md NoorSeperti biasa pasukan anti Kerajaan Perpaduan buat tohmahan bahawa ringgit tidak mengukuh sebaliknya USD yang jatuh kerana pasaran saham yang merudum Persoalannya kenapa nilai Ringgit juga meningkat berbanding matawang asing yan...
Buntut Katrol Nilai Rapor Siswa Di Smnp 19 Depok 3 Guru Honorer Dipecat

Buntut Katrol Nilai Rapor Siswa Di Smnp 19 Depok 3 Guru Honorer Dipecat

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 197 hits
Ketiganya dianggap melanggar perjanjian kerja dengan Dinas Pendidikan Kota Depok
Pbnu Nilai Pelaporan Lukman Edy Bentuk Keputusasaan Pkb

Pbnu Nilai Pelaporan Lukman Edy Bentuk Keputusasaan Pkb

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 170 hits
Pelaporan Lukman Edy ini didasarkan atas pemanggilan dirinya oleh panitia khusus yang mengurus hubungan antara PBNU
Siswi Smpn 101 Jakarta Diculik Dan Dirampok Sekolah Sebar Foto Pelaku

Siswi Smpn 101 Jakarta Diculik Dan Dirampok Sekolah Sebar Foto Pelaku

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 132 hits
Pelaku menggunakan modus pura pura memberi informasi palsu bahwa ibu korban mengalami kecelakaan dalam perjalanan pulang setelah mengantarnya ke sekolah
Kami Bersusah Payah Bersama Jang Kiyong Ulas Kejayaan Byun Wooseok Kini

Kami Bersusah Payah Bersama Jang Kiyong Ulas Kejayaan Byun Wooseok Kini

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 108 hits
Perasan tak Jang Ki yong dan Byun Woo seok sebenarnya dah lama berkawan Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru saluran YouTube Fairy Table Jang Ki yong dan Chun Woo hee hadir sebagai tetamu Antara soalan yang ditanya pada lelaki itu ialah m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir