Chow Kit Dan Sudirman


 
Malam Sudirman menempa sejarah di Jalan Chow KitNicholas Chung 

Orang ramai mula berkumpul sebelum pentas didirikan lagi. (Gambar Facebook peminat Sudirman)PETALING JAYA: Pada petang 14 April 1986, orang ramai mula berkumpul di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, untuk menyaksikan penyanyi pop kesayangan mereka, Sudirman Arshad, membuat persembahan pada konsert jalanan terbesar pernah dibuat di ibu kota.
Konsert percuma itu menyaksikan penyanyi dan penulis lagu itu membuat persembahan sebagai penghormatan kepada kawasan Jalan Chow Kit yang sibuk, kedai-kedai, mekanik, penjaja kecil dan orang kebanyakan yang tinggal bersempit-sempit dengan kelab-kelab malam dan hotel-hotel kecil di tengah ibu kota, berhampiran Kampung Baru.
Beberapa jam sebelum konsert bermula pada 8 malam, polis sudah menutup jalan supaya kru dapat mendirikan pentas dan menyediakan peralatan bagi konsert di tengah-tengah jalan.
“(Pada masa itu) saya tidak fikir konsert ini begitu besar ertinya, tetapi bila difikirkan semula, kami mencipta sejarah.
Sudirman (berbaju kuning) bersama Jenny Chin (di sebelahnya), serta kumpulan pemuzik dan penarinya. (Gambar Facebook peminat Sudirman)“‘Soundcheck’ kami seolah-olah persembahan langsung,” kata pengarah muzikal Sudirman, Jenny Chin.
Beliau masih ingat segala birokrasi dan permit polis yang diperlukan untuk mengadakan konsert itu.
“Sudirman berterusan berkata beliau tekad mengadakan konsert ini. Jadi kami berusaha berhabis-habisan untuk menjayakannya,” kata Chin.
Menjelang 8 malam, lebih 100,000 peminat Sudirman mula membanjiri jalanan. Ramai yang memanjat pokok dan papan tanda, selain bumbung bangunan-bangunan berhampiran.
Akhirnya, pada 9 malam, penyanyi kecil molek itu “mendarat” di atas pentas menggunakan Skylift bomba dan memulakan persembahan dengan lagunya “Chow Kit Road”.
Orang ramai membanjiri Jalan Chow Kit pada malam bersejarah itu, sehingga ke atas jambatan pejalan kaki. (Gambar Jabatan Penerangan)Penonton bersorak dengan begitu kuat sehingga para pemuzik tidak dapat mendengar bunyi peralatan muzik mereka sendiri.
Salah seorang yang hadir adalah Navaretnam Vethiya, yang ketika itu berusia 23 tahun.
“Keadaannya seolah-olah seluruh Malaysia hadir sebagai satu keluarga. Orang ramai berkumpul bersama, semua orang mahu melihat beliau (membuat persembahan),” katanya kepada FMT, sambil menambah, ramai yang hadir adalah anak-anak muda.
Sudirman mempersembahkan lagu-lagu hit seperti “Apa Khabar Orang Kampung” dan “Kenali Malaysia Cintai Malaysia” diiringi sorakan penonton, dan mengakhiri malam berkenaan dengan lagu balada “Pertemuan Abadi”, di mana beliau membalut dirinya dengan bendera kebangsaan, yang ketika itu belum lagi dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Navaretnam, seorang pekerja di sebuah pusat beli-belah berdekatan, cuti separuh hari untuk menghadiri konsert berkenaan, namun tiba lewat dan tidak dapat mencari tempat yang dekat dengan pentas, dalam kalangan ribuan penonton yang hadir.
Lebih 100,000 orang hadir ke konsert percuma Sudirman pada malam 14 April 1986. (Gambar Jabatan Penerangan)Katanya, Sudirman menghormati setiap lapisan rakyat Malaysia, dan menjadi simbol perpaduan.
Beliau akan menyanyikan satu lagu Melayu, kemudian lagu Cina dan India, menyanyi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa, tambah Navaretnam.
Chin bersetuju, dan menyifatkan Sudirman sebagai artis Malaysia sebenar bagi semua rakyat Malaysia.
Beliau lain daripada yang lain, seorang artis Malaysia sangat unik yang menghiburkan semua orang, kata Chin.
Ada peminat yang memanjat pokok dan bumbung untuk menyaksikan persembahan Sudirman dengan lebih jelas. (Gambar Jabatan Penerangan)“Pada konsertnya, semua orang duduk bersama dan ikut menyanyi, sama ada lagu Inggeris, Cina, Melayu atau India.”
Beliau turut mengingati sifat rendah diri Sudirman di belakang tabir, namun keletahnya menghiburkan dan kelakar di atas pentas.
“Beliau juga mempunyai pemikiran yang dalam. Kita boleh berborak dengannya berjam-jam tanpa jemu. Apa sahaja yang dibincangkan, beliau sentiasa dapat lebih mendalaminya, atau membuat komen-komen melucukan,” katanya.
“Kadang-kadang, apabila kami tidak bekerja, beliau akan menelefon saya dan kami akan berborak berjam-jam. Dia adalah artis yang sebenar, yang sentiasa bersemangat.”
Dalam gaya ‘superstar’ sebenar, Sudirman ‘mendarat’ ke atas pentas daripada Skylift. (Gambar Jabatan Penerangan)Kata Jenny, beliau telah bekerja dengan ramai nama-nama besar lain, namun tidak pernah lagi melihat tahap kreativiti setanding Sudirman.
Sudirman jatuh sakit pada lewat 1991 dan meninggal dunia pada 22 Feb 1992, pada usia 37 tahun. Timbul banyak khabar angin mengenai kematiannya, namun punca rasmi kematiannya dicatatkan sebagai radang paru-paru.
Sudirman menghiburkan penonton konsertnya dan berjaya mencetuskan sorakan mereka. (Gambar Jabatan Penerangan)Namun, lagu-lagunya yang disuntik cinta kepada rakyat Malaysia tetap hidup.
Walaupun berbadan kecil, jiwa Sudirman cukup besar bagi rakyat senegaranya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mimbarkata.blogspot.com/2021/08/chow-kit-dan-sudirman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Kit Siang Cadang Ismail Pm Anwar Tpm

Lim Kit Siang Cadang Ismail Pm Anwar Tpm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 242 hits
Kebuntuan politik untuk melantik Perdana Menteri tanpa melalui Pilihan Raya Umum dan terdapat pula blok Gabungan Parti Sarawak yang lebih suka berkecuali mungkin akan menatijahkan ketidakstabilan pemerintahan serta tidak mampu menumpukan se...
Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 266 hits
agendadaily com19 8 2021Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mengingatkan Lim Kit Siang pemilihan Perdana Menteri bukan seperti pemilihan parti Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir menempelak pemimpin k...
Kabinet Perang Kit Siang Langkah Terbelakang

Kabinet Perang Kit Siang Langkah Terbelakang

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kenapa perlu diungkit jika idea asal kerjasama rentas parti politik ditolak BANGI Cadangan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya menubuhkan Kabinet perang kononnya bagi melawan penularan wabak COVID 19 dian...
With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 290 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang has proposed that the two prime ministerial candidates from opposing coalitions form an alliance with one occupying the prime minister position and the other the deputy prime minister seat The DAP supremo di...
Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 276 hits
With two possible candidates for Malaysia s next prime minister DAP s Lim Kit Siang today suggested that the one not picked for the top job be made the deputy in a unity government The Iskandar Puteri MP said this would allow the creation o...
Piala Sudirman Malaysia Perlu Waspada Dengan England Bersatumenerajui

Piala Sudirman Malaysia Perlu Waspada Dengan England Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 197 hits
Malaysia perlu waspada dengan England seandainya berhasrat ke suku akhir Piala Sudirman Undian pada Rabu menyaksikan Malaysia dalam kumpulan D bersama naib juara 2019 Jepun dan Mesir Ikuti perkongsian perseorangan lelaki no 1 negara Lee Zii...
Uji Coba 3 Hari Komunitas Bike To Work Boleh Melintas Di Jl Sudirman Thamrin

Uji Coba 3 Hari Komunitas Bike To Work Boleh Melintas Di Jl Sudirman Thamrin

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 250 hits
Seandainya berpotensi menimbulkan kerumunan maka tak menutup kemungkinan izin itu kembali dicabut Sementara untuk bike to sport sampai saat tidak diperbolehkan melintas di Jalan Sudirman MH Thamrin
Nak Beli Kit Ujian Kendiri Covid 19 Semak Senarai 11 Yang Diluluskan Ini Dahulu

Nak Beli Kit Ujian Kendiri Covid 19 Semak Senarai 11 Yang Diluluskan Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 210 hits
Kebimbangan penularan COVID 19 semakin membuatkan ramai pihak yang rasa terganggu pergerakan terbatas dan pelbagai perkara perlu dielakkan supaya diri tidak dijangkiti virus ini Di samping mengamalkan SOP yang telah ditetapkan ada juga yang...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Macam Baby Jadi Duta Bersama Dato Sri Siti Nurhaliza Akui Tak Kelip Mata Tengok Kulit Kim Soohyun

Antara Sembang Deras Dan Sembang Realiti

Siasatan Telah Dimulakan 5 Adun Sabah Sudah Dipanggil Untuk Berkenalan Dwngan Sprm

Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin

Zikir Dikir Hafiz Hamidun Halim Yazid

Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah