Siasatan Telah Dimulakan 5 Adun Sabah Sudah Dipanggil Untuk Berkenalan Dwngan Sprm


 
SPRM TAK PATUT BERLENGAH MULAKAN SIASATAN, PEMBERI MAKLUMAT SAH TIDAK LAYAK DIBERI PERLINDUNGAN


16 November 2024


Dalam perkembangan terbaru berkaitan isu dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah yang ditimbulkan oleh seorang pemberi maklumat yang memohon dilindungi sebagai saksi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menekankan dua perkara mengenainya.


Pertama, kata beliau, seseorang itu tidak boleh mendedahkan maklumat kesalahan rasuah yang diketahuinya kepada umum dan kemudian memohon perlindungan sebagai pemberi maklumat.


Ini kerana, menurutnya lagi, pemberi maklumat mungkin telah mendedahkan identitinya  dengan tindakan sedemikian tetapi maklumat tersebut belum disahkan lagi kebenarannya.


Perkara kedua, kata Azam, seseorang yang terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya adalah tidak layak untuk memohon perlindungan sebagai pemberi maklumat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Berdasarkan kedua-dua penjelasan yang diberikan Azam itu dan melihat kepada situasi yang telah berlaku dalam isu dakwaan rasuah mengaitkan beberapa  Adun di Sabah, adalah jelas dan tidak diragui lagi bahawa individu yang mendakwa dirinya pemberi maklumat itu tidak layak sama sekali mendapat pertimbangan daripada SPRM untuk dilindungi sebagai pemberi maklumat.


Hakikatnya, pemberi maklumat itu bukan saja telah mendedahkan maklumat yang dimilikinya kepada umum secara terbuka, bahkan rakaman audio yang didakwa perbincangan rasuah itu sudah bersepah-sepah di media sosial, bahkan beliau juga dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah yang didedahkan itu.


Walaupun sebagaimana dinyatakan dalam suratnya kepada Yang Di-Pertuan Agong, pemberi maklumat itu menyebut tindakannya memberi rasuah adalah kerana tiada pilihan lain, persoalan utama ialah beliau hanya mendedahkan rasuah berlaku setelah projek yang hajatinya gagal diperolehi.


“Patik dengan suci hati mengatakan dan bersumpah mengatakan patik tiada pilihan dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberi rasuah kepada lapan orang YB tersebut, di mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC tersebut telah mengesahkan kepada patik bahawa lesen-lesen hanya akan dikeluarkan sekiranya terdapat YB di belakangnya dan bagi syarikat yang tiada YB di belakangnya, walaupun mendapat scoring yang paling tinggi, tidak akan dipertimbangkan untuk memperoleh lesen tersebut,” demikian antara isi surat pemberi maklumat tersebut yang dihantarnya kepada Agong.


Maka dalam hal ini, semuanya sudah jelas sekarang iaitu pemberi maklumat tidak layak mendapat perlindungan sebagai seorang saksi.


Beliau kini wajar ditahan untuk disiasat dan jika terbukti memberi rasuah, tindakan hendaklah diambil tanpa kompromi.


Begitu juga dengan Adun-Adun terbabit, kiranya terbukti mereka menerima rasuah, tindakan hendaklah juga segera diambil.


SPRM tidak patut berlengah lagi dan siasatan hendaklah dimulakan dengan tindakan pertama ialah menahan dan seterusnya menyiasat individu yang mendakwa sebagai pemberi maklumat itu.


Percayalah, selepas itu segala-galanya akan lebih mudah untuk dibongkar.


Pemberi rasuah dan penerima rasuah sama-sama telah melakukan kesalahan.


Tetapi, sudah tentu tiada apa-apa yang akan bergerak jika langkah pertama tidak segera dimulakan. – ShahbudinHusin 16November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/sprm-tak-patut-berlengah-mulakan-siasatan-pemberi-maklumat-sah-tidak-layak-diberi-perlindungan/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/siasatan-telah-dimulakan-5-adun-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 202 hits
SITI NUR ZAWANISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral SPRM berkata setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam per...
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 210 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
Adun Sindumin Akui Dipanggil Sprm

Adun Sindumin Akui Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 102 hits
SPRM maklum lima Adun dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung aduan seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan projek mineral PETALING JAYA Adun Sindumin mengaku dipanggil badan antirasuah bagi rakaman percakapan...
Sprm Panggil 5 Adun Sabah

Sprm Panggil 5 Adun Sabah

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 157 hits
www alhijrahnews com Follow Fa by KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah telah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral d...
Adun Sabah Dituduh Rasuah Apa Setakat Ini

Adun Sabah Dituduh Rasuah Apa Setakat Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 179 hits
Malaysiakini nbsp Tuduhan rasuah melibatkan Adun Sabah muncul selepas seorang pendedah maklumat membocorkan beberapa video menunjukkan wakil rakyat didakwa membincangkan wang yang diterima bagi menyokong bidaan syarikat tertentu untuk proje...
Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 281 hits
Zulkarnain menunjukkan laporan yang dibuat beliau di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis KUALA LUMPUR Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri di neger...
Laporan Sprm Dibuat Terhadap Bekas Pegawai Kanan Syarikat Perlombongan Sabah

Laporan Sprm Dibuat Terhadap Bekas Pegawai Kanan Syarikat Perlombongan Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 214 hits
Malaysiakini nbsp Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan di Sabah yang didakwa menyalahgunakan kuasa Sumber memberitahu FMT dakwaan itu berkisar hubungan r...
Mahkamah Bebaskan Daim Tapi Sprm Masih Teruskan Siasatan Ini Puncanya

Mahkamah Bebaskan Daim Tapi Sprm Masih Teruskan Siasatan Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 251 hits
HarapandailyNovember 22 2024Mahkamah pada Rabu lalu telah membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada tuduhan gagal mengisytiharkan harta Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memaklumkan siasatan terhadap bek...
Skandal Rasuah Umno Sabah Nafi Dalang Dedah Kes Adun Bincang Rasuah

Skandal Rasuah Umno Sabah Nafi Dalang Dedah Kes Adun Bincang Rasuah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 276 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno Sabah menafikan dakwaan menjadi dalang di sebalik pendedahan skandal rasuah berkait lesen projek membabitkan beberapa Adun di negeri itu Ketua Umno Beaufort Awang Aslee Lakat berkata tindakan sesetengah pihak...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi

While Most Politicians Are Fighting For Survival Syed Saddiq Is Doing What