China Masuk Dari Pintu Depan


 

Ketika saya menulis “Bagaimana Anyss Naik Ke Langit”, protagonis utamanya, Profesor Anyss diculik dan dibunuh di Beijing. Pernah ada pembaca bertanya, mengapakah saya memilih latar China untuk kehilangan paksa dan pembunuhan seorang aktivis tempatan?
Saya tidak tahu kalau kalian boleh memandang enteng kenyataan media “Panglima Tentera Udara Berkenaan Pengesanan Penerbangan Mencurigakan 16 Buah Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China” pada 31 Mei. Saya membaca, dalam laporan media disebutkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesani penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan dan menghampiri ruang udara nasional.
Katanya, Panglima TUDM, Jeneral Ackbal Abdul Samad, melabelkan kejadian pesawat tentera udara China masuk ruang udara kawasan negara ini sebagai “perkara serius kepada ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan”. Apatah lagi ia berlaku menjelang ulang tahun TUDM ke-63, yang mana pada pandangan saya dapat dibaca sebagai provokasi yang serius dari sebuah negara luar.
Sebetulnya, pencerobohan China terhadap kawasan negara kita kerap berlaku.
Pada 2003, Amitav Acharya dalam kajiannya untuk Institute of Defence and Strategic Studies Singapore, dengan judul “Seeking Security In The Dragon’s Shadow: China and Southeast Asia In The Emerging Asian Order”, pengkaji menyatakan pembangunan militari China khusus dalam armada tentera laut dan udaranya sangatlah membimbangkan, dan perlu diberi perhatian lebih:
“China’s military doctrine has shifted from fighting a large nuclear war with the Soviet Union to developing capabilities for regional wars, and this doctrinal shift is especially evident in the development of its navy and air force (especially the former).”
Ketika Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kejadian pencerobohan China terhadap kawasan Malaysia diberi tumpuan yang sangat terhad dan demikian berhati-hati. Misalnya, pada 2014 apabila Beting Serupai diceroboh, Hishammuddin Hussein (yang ketika itu Menteri Pertahanan) dipuji China kerana tidak terlalu kecoh dan heboh. Hal ini dinyatakan oleh Prashanth Parameswaran dalam “Malaysia’s Approach to the South China Sea and Implications for the United States” pada 2015.
Parameswaran adalah editor untuk majalah The Diplomat dan merupakan felo pelawat di Asean Studies Center, American University. Beliau menyebutkan cara Malaysia mengendalikan situasi itu dengan senyap begitu memuaskan hati “abang besar” iaitu China:
“Malaysia’s preference for quiet diplomacy was illustrated when a three-ship People’s Liberation Army Navy (PLAN) flotilla was reported to have encroached into James Shoal (which Malaysia calls Beting Serupai) in January 2014. Malaysia initially denied this was the case, and according to reports the issue was only discussed four days later when the new Chinese ambassador to Malaysia, Huang Huikang, paid a visit to Malaysian Defense Minister Hishammuddin Hussein, who was also joined by service chiefs.
“It was no coincidence that, in November 2014, Chinese President Xi Jinping explicitly praised Malaysia’s ‘quiet diplomacy approach’ in tackling the South China Sea question instead of relying on confrontation or international arbitration.”
Akan tetapi, pengkaji seperti Ian Storey pada 2020, dalam kertas akademiknya berjudul “Malaysia and the South China Sea Dispute: Policy Continuity amid Domestic Political Change” menyatakan Malaysia di bawah Pakatan Harapan jauh lebih “kritikal” terhadap China berbanding Malaysia di bawah BN:
“…the PH government was slightly more critical of China’s actions in the South China Sea than its immediate predecessor. Unlike Najib and his ministers, PH leaders were more vocal in expressing concern at the presence of Chinese government vessels in the country’s EEZ. Indeed, the DWP remarked that such incursions posed “clear challenges” to Malaysia’s sovereign rights. The DWP also referred to China’s “militarisation” and “perceived aggressive polices” in the South China Sea.”
Apa yang Storey tidak sebutkan ialah bagaimana insiden di West Capella, sebuah kapal carigali minyak kelolaan Seadrill dan Petronas telah diancam kapal-kapal perang China dan berlarutan beberapa ketika. Dalam kejadian hujung 2019 ke awal 2020 itu, pertahanan Malaysia bertegas mencegah kedaulatan negara dari dimasuki. Harus diingatkan ketika itulah juga terdapat beberapa ahli politik negara ini mengatur satu pengkhianatan politik yang dinamai Langkah Sheraton.
Kejadian terbaharu China dengan selamba memasuki ruang angkasa kawasan negara ini satu lagi provokasi yang menggelisahkan.
Saya berpendapat, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin perlu segera membuka Parlimen untuk bersidang bagi membincangkan perkara ini. Tidak mustahil kejadian ini berlaku ekoran pihak luar ingin mengambil kesempatan daripada pelbagai kelemahan dan dakwaan kegagalan tadbir urus pentadbiran beliau.
Dalam masa yang sama, semua ahli Dewan Rakyat pelbagai parti politik pula wajib membulat tekad untuk mengutuk provokasi China yang sengaja membolosi kawasan dan ruang angkasa negara ini.
Pemerintah tertinggi tidak dapat tidak lagi mesti bersiap siaga dan mengambil serius pencerobohan kedaulatan memandangkan negara sedang dalam keadaan lemah ekoran serangan pandemik Covid-19, kecelaruan seliaan, dan kelolaan pandemik dan sekarang berdepan pula situasi yang mengancam keselamatan negara.
Kejadian pencerobohan kawasan negara ini terjadi selepas pentadbiran sekarang melalui Menteri Luar, Hishammuddin Hussein telah melanggar adat diplomatik pada April 2021 lalu apabila merujuk gelaran “abang besar” kepada rakan sejawat dari China, Wang Yi.
Terdapat sebab yang nyata mengapa saya memilih latar Beijing sebagai tempat penghabisan watak Anyss dalam novelet saya “Bagaimana Anyss Naik Ke Langit”. Dalam keadaan negara ini kelam-kabut dan penuh kecelaruan akibat pandemik yang tidak diurus dengan licin, tidak mustahil musuh sedang mengintai peluang. Tambahan pula perpaduan, serta emosi rakyat dan pemimpin dalam keadaan sangat rapuh.
Ketika keadaan hubungan China dan Taiwan begitu genting, dan terdapat pelbagai siri pergeseran antara Vietnam, Filipina, dan China, dan juga sikap Myanmar yang bergantung penuh kepada China, Malaysia tidak boleh bersendirian. Sebelum menggembleng tenaga dengan jiran seperti Indonesia dan Singapura, kita perlu terlebih dahulu mengemas isi rumah kita yang bertaburan. Kita perlu menyingkirkan pemimpin yang lemah dan tidak pandai.
Ekoran dari kejadian serius 16 pesawat China memasuki kawasan kita, terdapat keperluan mendesak untuk menyahut seruan pelbagai pihak agar menggantikan pentadbiran sedia ada dengan sebuah kerajaan perpaduan pelbagai parti yang melibatkan golongan profesional dan pakar. Moga-moga kerajaan sementara dapat lebih berperanan untuk menangani kegagalan pentadbiran ini dalam semua urusan, termasuklah isu keselamatan dan ancaman negara asing. Kepimpinan yang ada sekarang kelihatannya agak mati di pucuk, bahkan tidak lagi mempunyai daya dan kemampuan untuk mempertahankan nusa bangsa.
Pertahanan negara bukan satu isu dibuat enteng. Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, tidak boleh berkalih dan tidak boleh memberi alasan, “Saya telah menutup pintu depan.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/china-masuk-dari-pintu-depan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 226 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Apa Maksud Ismail Sabri Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi

Apa Maksud Ismail Sabri Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 248 hits
Malaysiakini Hantaran Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob di laman sosial tentang pintu depan mengundang seribu tanda tanya di alam maya Dilampirkan bersama gambarnya yang juga menteri kanan sedang menutup pintu pejabatnya Hantaran yang ...
Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi Keluh Ismail Sabri Yaakob

Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi Keluh Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 202 hits
nbsp Muat naik terbaharu Menteri Umno Ismail Sabri Yaakob di Facebook menjadi perbualan hangat di media sosial ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya Saya dah tutup pintu depan tapi kata Ismail yang menutup catatan itu dengan ...
Mana Dia Pimpinan Pas Yang Nak Tutup Genting Ada Saja Isu Pimpinan Dia Lari Masuk Gua Jangan Hipokrit La Weiiii

Mana Dia Pimpinan Pas Yang Nak Tutup Genting Ada Saja Isu Pimpinan Dia Lari Masuk Gua Jangan Hipokrit La Weiiii

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 267 hits
SHAHBUDIN HUSINHebat tak pusat judi ni arahan menteri pun dia tak peduli dan nampaknya tiada siapa yang serius mahu memastikan ia benar2 ditutup akhirnya sebagaimana diarahkan Menteri pun bila sudah tahu pusat judi Genting masih dibuka lang...
Ribuan Santri Segera Kembali Ke Tasikmalaya Dikarantina Sebelum Masuk Asrama

Ribuan Santri Segera Kembali Ke Tasikmalaya Dikarantina Sebelum Masuk Asrama

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 194 hits
Ribuan santri yang sempat mudik ke kampung halamannya diperkirakan akan kembali ke sejumlah pesantren di Kota dan Kabupaten Tasikmalaya pascalibur Lebaran Mereka harus menjalani karantina dan dipastikan bebas Covis 19 sebelum masuk ke asram...
Pong Pang Pong Pang Mufti Serba Tahu Lainnya Lari Masuk Kelambu Nak Nasihat Menteri Pertahanan Kah

Pong Pang Pong Pang Mufti Serba Tahu Lainnya Lari Masuk Kelambu Nak Nasihat Menteri Pertahanan Kah

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 197 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFFHari tu berapi api mufti serba tahu cerita pasal Palestin Ini selambe aje pesawat Israel terbang di ruang udara Malaysia tak ada pun komen kata mereka semakin berani Menteri pengangkutan mana Menteri Pertahanan mana...
Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 213 hits
Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar Kita sudah TIDAK ADA masa Cukup lah mesyuarat mesyuarat tiada berkeputusan Cadangan saya 1 Beri pada yang hendak buat masa ini Ramai dah orang daftar Mereka masih tertunggu tunggu Opt in dafta...
Kakak Show Off Adik Kat Member Bawa Adik Masuk Kelas Online Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya

Kakak Show Off Adik Kat Member Bawa Adik Masuk Kelas Online Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 309 hits
Gelagat anak anak kita yang sedang membesar sememangnya menghiburkan Ada sahaja aksi dan telatah lucu yang membuatkan kita tak kering gusi Gelagat si comel pujaan ramai Lara Alana anak kepada pasangan pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian