China Masjid Shuncheng Kunming Sh N Ch Ng Q Ngzh Ns
Shuncheng Mosque di Kunming 顺城清真寺 Shùn chéng qīngzhēnsì | Shuncheng Mosque yang terletak di Shuncheng Street, Kunming, ialah masjid yang terbesar di Kunming. Dimulakan pembinaannya ketika Dinasti Ming (1425) dan diperbesarkan ketika Dinasti Qing. Di Penghujung Dinasti Qing ia musnah akibat peperangan tetapi dibina semula beberapa kali. Keluasannya kini merangkumi 1,000 meter persegi dengan kapasiti 200 orang dalam satu satu masa
Lokasi Masjid Shuncheng sangat strategik di tengah bandar. Di sekelilingnya (masih dalam kawasan masjid) terdapat beberapa kedai makanan dan produk halal. Jalan terus ke depan dah sampai ke shopping area Nanping Pedestrian Street dan Jinma Biji Square semua tu. Masjid Shuncheng juga ada hotel sendiri. Ini aku baru tahu sebab tak masuk dalam booking site. Harganya berpatutan dan berbaloi, dahlah senang nak makan
Aku berlegar di sini sampai azan Maghrib maka dapatlah mendengar terus suara muazzin yang melaungkan azan tanpa mikrofon di luar ruang solat lelaki. Ruang solat wanita pula di bangunan sebelah, tempat wuduk di belakang bangunan utama. Bagusnya di sini disiapkan selipar untuk berwuduk tak macam masjid yang aku pergi dulu. Masa aku ambil air sembahyang ada sorang makcik tunjuk tunjuk paip tepi dinding. Ingatkan apa lah, rupanya kat situ air panas… dia cakap aku tak faham terpaksa dia tarik lengan baju hahahah… terima kasih orang baik.
Masjid ini agak terbuka jadi sesiapa sahaja boleh masuk di perkarangan untuk ke apartment sebelah.
Yang tengah tu muazzin.
Kadar penginapan di Shuncheng Mosque. Tak sampai RM200 pun untuk bilik famili.
Nasi campur pun ada. Tekak aku sesuai je dengan makanan Cina sebab ada yang pedas. Mereka banyak guna lada benggala dan bawang besar.
Sebenarnya driver Didi bawa kami ke sisi masjid jadi terus jumpa kedai sate kat situ. Alhamdulillah… makanan yang kami teringin sangat nak makan
Kedai di sisi masjid sebelah apartment. Sedak dooh.
20 yuan
Bagaimana untuk ke Masjid Suncheng?Masjid ini terletak di persimpangan Jingguo Road dan Shuncheng Alley. Mudah untuk ke sini sebab berada di tengah kota
Menggunakan subway:Sila naik Line 3 dan turun di Wuyi Road Station dan berjalan enam minit ke Shuncheng Mosque
Menggunakan bas:Silai naiki bas bernombor 120, 124, 66, 73, 95, 98 ke Guofang Road Station, kemudian berjalan kaki enam minit Shuncheng Mosque
Alamat:Masjid SunchengDunren Xiang, Shuncheng Street, Kunming
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2025/02/china-masjid-shuncheng-kunming-shun.html