China Kekalkan Keberadaannya Di Luconia Shoals Menurut Data


Kapal pengawal pantai China (CCG) mengekalkan keberadaannya secara berterusan di perairan yang dituntut Malaysia berhampiran Luconia Shoals pada tahun ini.
Ini berdasarkan data yang diperoleh dari perkhidmatan pengesan MarrineTraffic, berdasarkan pemantauan satelit siaran Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dari kapal.
Ini menunjukkan bahawa kapal CCG telah melakukan rondaan di perairan itu selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, yang mana Malaysia mengaku sebagai sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusifnya.
China mendakwa memiliki “hak bersejarah” di Laut China Selatan termasuk Luconia Shoals, yang tidak diakui di peringkat antarabangsa.
Menurut data MarineTraffic, kapal CCG 5202 kini berada di kawasan itu dan telah melakukan rondaan di sana sejak 7 Julai.
Kehadiran kapal CCG 5203 dikesan dari 23 Disember tahun lalu hingga 13 Jan tahun ini; 16 Jan hingga 1 Februari; 6 Februari hingga 17 Februari, dan 2 April hingga 23 Mei.
Kapal CCG 5204, sementara itu, dikesan dari 17 Februari hingga 2 April dan dari 22 Mei hingga 7 Julai.
Set data tersebut juga menunjukkan kapal CCG hanya direkodkan sebagai “Pengawal Pantai China”. Ia dikesan berhampiran Luconia Shoals dari 13 Jan hingga 16 Jan.
Berdasarkan set data, tempoh antara 2 Februari dan 5 Februari adalah satu-satunya tempoh tahun ini di mana tiada kapal CCG di Luconia Shoals.
Terdahulu, Jabatan Audit Negara mengatakan CCG dan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019, terutama di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals).
Dikatakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bertindak balas dengan mengusir penceroboh dan menuntut Kementerian Luar mengambil tindakan, mengkibatkan enam nota protes diplomatik terhadap China.
Ia mengatakan bahawa pemerintah China telah berulang kali mengabaikan protes Malaysia mengenai perkara itu, dan ketika TLDM mempertahankan perairan tersebut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia harus mengekalkan keberadaan jangka panjang di kawasan itu.
Menteri Luar, Hishammuddin Hussein dilapor mengatakan bahawa kapal China tidak dilihat berada di perairan Malaysia selama 100 hari beliau memegang jawatan itu.
“Ini antara pihak kita dan pemimpin China, pendirian saya jelas, kita tidak akan kompromi dengan kedaulatan kita,” katanya.
Bagaimanapun beliau kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada kejadian khusus yang melibatkan kapal yang mempunyai kontrak dengan Petronas, West Capella.
Reuters melaporkan pertembungan berlaku di antara West Capella dan kapal peninjau China, Haiyang Dizhi 8, menyebabkan Tentera Laut Amerika Syarikat mengerahkan kapal perangnya sebagai respons ‘untuk mempromosi kebebasan pelayaran dan penerbangan’.
Malaysia menyangkal konfrontasi telah terjadi, sementara China mengatakan Haiyang Dizhi 8 hanya melakukan “kegiatan normal di perairan yang di bawah bidang kuasa China”.
Haiyang Dizhi 8 akhirnya meninggalkan kawasan itu pada 15 Mei, setelah pemiliknya mengatakan kapal itu telah menyelesaikan tinjauan di kawasan dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.
Ia dilaporkan dikawal oleh sekurang-kurangnya dua kapal China.
“Saya bercakap dalam konteks reaksi kepada aktiviti West Capella di mana kapal peninjau (survey vessel) bersama kapal pegawai pantai China yang hadir pada Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dari April hingga Mei.
“Ini diuruskan ketika 100 hari saya dalam kementerian dan kapal tersebut meninggalkan EEZ selepas usaha diplomatik secara intensif,” kata Hishammuddin tentang kejadian itu semalam.
MK
The post China kekalkan keberadaannya di Luconia Shoals, menurut data appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/17/china-kekalkan-keberadaannya-di-luconia-shoals-menurut-data/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Maintained Near Constant Presence At Luconia Shoals

China Maintained Near Constant Presence At Luconia Shoals

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 287 hits
China Coastguard vessels have maintained a near constant presence in the Malaysia claimed waters near Luconia Shoals so far this year This is according to data obtained from the ship tracking service MarineTraffic by Malaysiakini which is b...
U S Says China Hackers Stole Secrets Sought Virus Data

U S Says China Hackers Stole Secrets Sought Virus Data

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 246 hits
The U S accused two Chinese hackers of working for Beijing to steal or try to steal terabytes of data including coronavirus research from Western companies in 11 nations the second time in a week a foreign nation has been singled out for va...
Ketika Dunia Tengah Berperang Dengan Covid 19 Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China

Ketika Dunia Tengah Berperang Dengan Covid 19 Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 411 hits
Belum reda pandemik COVID 19 di seluruh dunia satu lagi wabak muncul di China dipercayai berpunca daripada makanan eksotik marmot Menurut The Guardian sebuah hospital di Bayan Nur Inner Mongolia melaporkan satu kes baru dipercayai wabak bub...
China Ambil Langkah Berjaga Jaga Susulan Kes Hawar Bubonic

China Ambil Langkah Berjaga Jaga Susulan Kes Hawar Bubonic

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 363 hits
BEIJING Pihak berkuasa China di utara wilayah Inner Mongolia meningkatkan langkah berjaga jaga selepas seorang pengembala disahkan menghidap bubonic plague atau hawar bubonik hujung minggu lalu Suruhanjaya Kesihatan bandar berkenaan dalam s...
Huawei Memperlihatkan Komputer Menjalankan Perkakasan Dan Perisian Keluaran China Sepenuhnya

Huawei Memperlihatkan Komputer Menjalankan Perkakasan Dan Perisian Keluaran China Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 258 hits
Huawei nampaknya sedang bersedia untuk melancarkan komputer desktop yang dikuasakan oleh CPU keluaran mereka sendiri Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa mereka sedang membangunkan CPU desktop yang dibangunkan menggunakan proses 7nm yang ...
Covid 19 Berkemungkinan Bukan Dari China Pakar

Covid 19 Berkemungkinan Bukan Dari China Pakar

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 235 hits
Pandemik COVID 19 yang kini merebak di seluruh dunia dipercayai bukan berasal daripada Wilayah Wuhan China seperti yanng didakwa sebelum ini kata pakar Universiti Oxford Dr Tom Jefferson Dr Tom Jefferson yang juga pensyarah kanan di Pusat P...
Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Dikesan Di China

Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Dikesan Di China

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 222 hits
Belum pun reda isu COVID 19 wabak bubonik pula dikesan di China BEIJING Dalam situasi dunia masih tercari cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID 19 dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad Ke...
Us China Military Exercises Destabilising South China Sea

Us China Military Exercises Destabilising South China Sea

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 218 hits
The Pentagon said on Thursday it is concerned about Chinese military exercises around a disputed archipelago in the South China Sea noting the manoeuvres will further destabilise the region The Department of Defense is concerned about the P...
China Opposes Uk Citizenship Offer To Hong Kong Residents

China Opposes Uk Citizenship Offer To Hong Kong Residents

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 251 hits
A spokesperson for the Chinese Embassy in Britain said on Thursday that China firmly opposes Britain s offer to provide more privileges for Hong Kong residents holding British National passports and reserves the right to take corresponding ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life