China Hukum Mati Lelaki Muslim Yang Pergi Haji Tanpa Guna Khidmat Kerajaan


Pihak berkuasa rejim komunis China di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (XUAR) menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal, Abdughapar Abdurusul, kerana mengerjakan haji di Arab Saudi.


Menurut abang mangsa, Abdusattar Abdurusul, Abdughapar yang berasal dari daerah Bakyol di Ili Kazakh ditangkap pada Julai atau Ogos lalu.

“Yang terbaru saya dengar, adik saya dijatuhi hukuman mati dan dia kini sedang menunggu pelaksanaannya. Alasannya ialah dia pergi ke Arab Saudi untuk melaksanakan haji secara persendirian, tanpa menggunakan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Katanya, Abdughapar tidak dibenar melantik peguam ketika perbicaraan, sekali gus menunjukkan bahawa dia telah dihukum secara haram.

Walaupun semua hukuman mati perlu dikaji semula oleh Mahkamah Agung China di Beijing, tetapi dalam kes Abdughapar, tidak dapat dipastikan sama ada kes itu telah disiasat dengan adil.

Beliau berkata, Abdughapar bapa kepada empat anak memiliki beberapa rangkaian kedai dan perniagaan, dan telah menggunakan wang sendiri untuk membina sebuah masjid.

Selain itu, katanya, Abdughapar juga telah menjual sebuah rumah lama milik keluarga sekitar 1 juta yuan (AS$144,000) pada April atau Mei, sebelum ditangkap, sementara semua aset keluarganya berjumlah kira-kira 100 juta yuan (US$14.4 juta) dirampas.

“Abdughapar seorang dermawan yang suka membantu masyarakat … (tetapi) sekarang kerajaan telah mengambil segala-galanya dan memusnahkan sepenuhnya kehidupan keluarga itu,” kata Abdusattar.

Sebelum ini, anak lelaki sulung Abdughapar, Awzer, ditahan pada 2017 selepas pulang dari belajar di Turki, dan isterinya, Merhaba Hajim ditahan pada April tahun ini, katanya.

Abdusattar berkata, kakaknya Sayipjamal juga sudah hilang untuk tempoh masa yang lama dan dianggap telah ditahan, sementara beberapa kawannya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada 18 tahun.

Kakitangan Biro Keselamatan Awam Wilayah Ili Kazakh di bandar Ghulja, enggan menjawab pertanyaan serta menutup telefon apabila dihubungi Radio Free Asia (RFA), mengenai kes Abdughapar.

Menurut agensi itu, seorang rakan lama yang enggan mendedahkan identiti memberitahu dia juga pernah mendengar desas-desus hukuman mati ke atas rakannya itu.

“Seorang kawan saya memanggil saya, mengatakan bahawa Abdughapar telah dijatuhi hukuman mati. Saya juga mendengar bahawa isterinya telah meninggal dalam penjara,” katanya.

Sumber : Ismaweb.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/11/china-hukum-mati-lelaki-muslim-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan

Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 391 hits
Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran KerajaanTular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan
Hukuman Mati Abdughapar Pas Umno Patut Demostrasi Protes Kerajaan China

Hukuman Mati Abdughapar Pas Umno Patut Demostrasi Protes Kerajaan China

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 380 hits
Pihak berkuasa rejim komunis China di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal Abdughapar Abdurusul kerana mengerjakan haji di Ara...
Thailand Hukum Mati Warga Australia Karena Selundupkan Sabu

Thailand Hukum Mati Warga Australia Karena Selundupkan Sabu

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 240 hits
Luke Cook seorang anggota geng motor ternama di Australia Hells Angels bersama istrinya Kanyarat Wechapitak mencoba menyelundupkan sabu kristal senilai AUD 300 juta dolar atau sekitar Rp 3 2 triliun
Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 389 hits
MUKADIMAHISU ini telah dikemukakan oleh orang ramai ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi pelbagai medium antaranya aplikasi whatsapp Facebook Instagram dan Twitter Mutakhir ini Bitcoin yang merupakan salah satu daripada jenis mata ...
Saudi Bantah Larang Muslim Palestina Haji Dan Umrah

Saudi Bantah Larang Muslim Palestina Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 357 hits
Dia mengatakan hingga saat ini jamaah haji Palestina tetap memiliki hak untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima tersebut
Kerajaan Ph Semakin Mati Akal Untuk Stabilkan Harga Sawit Sahabatsmb

Kerajaan Ph Semakin Mati Akal Untuk Stabilkan Harga Sawit Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 665 hits
HARGA SAWIT MERUDUM Harga sawit dipengaruhi oleh trend musim ataupun seasonal Oleh itu kita bandingkan harga Buah Tandan Segar sawit yang dibayar kepada pekebun untuk hari Jumaat yang lalu dengan tarikh yang sama tahun lepas Harga sawit jat...
Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

Kerajaan Diminta Keluar Pekeliling Guna Bas Sekolah Untuk Aktiviti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 369 hits
KOTA BHARU 19 Nov Kerajaan diminta mengeluarkan pekeliling arahan supaya setiap sekolah hanya menggunakan bas sekolah sahaja untuk aktiviti luar seperti lawatan atau rombongan Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan Izani Zakaria ...
Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 308 hits
Foto FMTGEORGE TOWN Kerajaan Pakatan Harapan akan mengguna pakai pendekatan tiga teras dalam usaha membaiki ekonomi negara untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat Loading Menteri Kewangan Lim Guan En...
Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Top Green Startup Ideas

Discover Dermasuri S Exfoliating Glove Your Path To Silky Radiant Skin

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia

Choosing The Right Mortar Cement For Reliable Masonry Work

Navigating Intellectual Property Law Protecting Innovations And Creativity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Extends Gains As Fed Signals Rate Hold

Benefits Of Eating Groundnuts Daily

Kalender Hijriyah 1447 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Beli Oleh Oleh Di Ameyoko Street Ueno

Fire Drill Pagi Ni

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi