Chilli Powder And Thinner Ipcmcnow Human Rights Animation



KENYATAAN MEDIA

Svara ingin menarik perhatian ramai dan menzahirkan rasa tidak senang terhadap tindakan intimidasi oleh pihak polis terhadap Anna Har dari Freedom Film Network (FFN) dan pelukis Amin Landak. Semalam, 2 Julai 2021, pihak polis telah memanggil kedua-dua mereka ke Bukit Aman untuk disoal siasat berkaitan filem animasi yang berjudul “Chilli Powder and Thinner.” Filem berdurasi kurang empat minit itu menceritakan kisah benar dari testimoni seorang mangsa yang mendakwa diseksa semasa berada dalam tahanan polis.

Tidak hanya berakhir dengan soal siasat, pihak polis kemudiannya mengunjungi pejabat FFN dan kediaman Amin Landak serta merampas beberapa peralatan elektronik untuk siasatan lanjut. Ini jelas satu tindakan membuli yang bertujuan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan warga Malaysia untuk meluah dan menyatakan pandangan kritis mereka. Kami memandang serius perkara ini dan melihatnya sebagai ancaman terhadap kebebasan bersuara dan berfikir dinegara ini.

Kebebasan bersuara seluruh warga negara ini dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan sahaja hak asasi, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada teras struktur yang membentuk perlembagaan yang kita junjung selama ini.

Kekesalan kami antara lainnya adalah kerana ketika seluruh warga negara ini sedang berdepan dengan segala macam himpitan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak berkuasa dan kerajaan yang semakin terserlah ketidak-mampuannya mengendalikan situasi berkenaan tetapmemilih untuk menekan dan menindas warganya sendiri dengan cara intimidasibegini. Sedangkan, perhatian sengaja dialihkan daripada pokok permasalahan yangdibangkitkan dalam video berkenaan, iaitu tentang kes-kes kematian warga negaraMalaysia ketika dalam tahanan polis masih terus berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.

Untuk rekod, bagi tempoh tahun 2013 hingga April 2016, seperti yang didedahkan dalam video berkenaan, seramai 721 individu dilaporkan mati ketika berada dalam tahanan polis. Ini perkara sebenar yang memerlukan siasatansegera, dan tindakan tegas daripada kerajaan serta bagaimana untuk mengelakkandaripada kejadian seumpamanya berulang. Bukannya menggunakan kuasa untuk menekan rakyat seperti yang ditunjukkan dalam hal ini.

Untuk menjadi sebuah negara matang dan disanjung, kuasa tidak boleh dijadikan alat untuk menindas. Nurani dan kebijaksanaan berfikir dari semua kelompok terutama yang memegang kekuasaan perlu dilandaskan kepada undang-undang dan kebenaran. Bukan sebaliknya.

Untuk itu, Svara juga menyokong dua tuntutan bersama yang diusulkan oleh Centre for Independent Journalism (CIJ):

1. Untuk pihak berkuasa menggugurkan semua penyiasatan dan menghentikan segala bentuk intimidasi dan tindak kekerasan terhadap Anna Har, FFN, Amin Landak, whistleblower dan semua yang terlibat dengan filem animasi berkenaan.

2. Segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah dan dolak-dalih, agar kebertanggungjawapan dan profesionalisme pihak polis sentiasa dijunjung.

—Editorial Svara, 3 Julai 2021.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/chilli-powder-and-thinner-ipcmcnow.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Human Rights 1

Human Rights 1

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 195 hits
Ha ha Cubaan pertama aku untuk menghasilkan kartun
Don T Let Hippocratic Oath Turn Into Hypocritical Oath Rights Group Tells Moh

Don T Let Hippocratic Oath Turn Into Hypocritical Oath Rights Group Tells Moh

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 245 hits
Human rights group Pusat Komas has called for transparency on the appointments of permanent medical officers after the Health Ministry issued a statement clarifying there are no discriminatory practices involved in the process It is now tim...
Cops Summon Four More Activists Over Animation On Police Brutality

Cops Summon Four More Activists Over Animation On Police Brutality

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 373 hits
Police have summoned another four activists over a short animation on alleged police brutality This was after the police the Freedom Film Network office in Petaling Jaya and also the home of cartoonist Amin Landak for their role in producin...
Dvs Probes Dog Abuse Video After Appeal By Animal Rights Group

Dvs Probes Dog Abuse Video After Appeal By Animal Rights Group

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 325 hits
The Malaysia Animal Association said it passed all the information it received to the Department of Veterinary Services PETALING JAYA The Department of Veterinary Services is investigating a video on animal abuse after the Malaysia Animal A...
Local Fishermen Helping Human Traffickers Says Hamzah

Local Fishermen Helping Human Traffickers Says Hamzah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 233 hits
Hamzah Zainudin at the Langkawi seafront He said local fishermen were being advised not to work with the syndicates LANGKAWI Some fishermen in Langkawi are believed to be working with a syndicate smuggling illegal immigrants to the resort i...
Activists Say It Again Political Will Needed To End Human Trafficking

Activists Say It Again Political Will Needed To End Human Trafficking

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 266 hits
Immigration authorities should look at each migrant worker s case separately as some could have become undocumented through no fault of theirs says Glorene A Das PETALING JAYA A damning US report on human trafficking in Malaysia has prompte...
Suhakam Wants Rci On Human Trafficking After Drop To Tier 3

Suhakam Wants Rci On Human Trafficking After Drop To Tier 3

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 322 hits
Suhakam says government agencies must step up efforts to manage forced labour issues particularly in the plantation and rubber sectors where there have been many allegations PETALING JAYA The government has to intensity efforts and take the...
Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Drama Rumah Tanpa Luka

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States