Chiffon Cake




      Terus terang Kjee bagitau yang Kjee memang hopeless bab buat kek. Kek yang simple simple pun kekadang jadi kekadang tidak
      Kek yang paling sukar dalam hidup Kjee yang telah Kjee buat dua tiga kali dulu ialah Kek Buah. Itu pun sebab kukus. Kalau masuk oven memang hancur
      Kjee kagum tengok baker Lina Thomas yang tinggal di Amerika, buat Chiffon Cake. Dia selalu dapat order Pandan Chiffon daripada customers sekitar tempat dia. Tabik spring tengok kejadiannya. 👏👏👏      Foto bawah ni Pandan Chiffon Cake air tangan Lina. 

      Kjee hanya simpan impian satu hari nak cuba buat. So apabila muncul di newsfeed Basic Chiffon Cake oleh Kathrine Kwa Baking Tutorial, Kjee punyalah excited. Bahan mudah sangat. Semua ada dalam rumah kecuali acuan removable base. Yang ada dalam setor tak boleh remove
      Selain tengok video Kathrine, Kjee juga google. Belajar cara sebenar buat kek ini. Pembikinannya sangat sensitif. Silap haribulan nanti bantat. Ada a few international blogs yang Kjee selak. Tetapi bahan2 tetap Kjee pilih yang diberi Kathrine


    BASIC CHIFFON CAKE5 butir telor ayam gred A120 gms tepung gandum 30 gms tepung jagung40 gms + 75 gms gula Castor Satu sudu teh esen Vanilla100 ml air50 gms minyak jagungSatu sudu teh garamSatu sudu jus lemon atau cuka putih 
CARA:Panaskan oven. 
AAsingkan telor putih dan kuning. Kuning telor dikacau bersama 40 gms gula Castor sehingga gula larut. Guna whisk. Tuang 50 gms minyak jagung. Kacau sehingga sebati. Masukkan air. Kacau lagi. Masukkan garam dan esen vanilla. Setelah sebati, ayak ke dalam mangkuk tadi tepung gandum yang telah dicampur tepung jagung. Biar elok bercampur dan tepikan. 
BDalam mangkuk yang lain, pukul telor putih sehingga berbuih guna mixer elektrik. Masukkan satu sudu teh jus lemon atau cuka. Putar lagi. Gula castor sebanyak 75 gms dibahagi 3. Masukkan satu bahagian ke dalam putih telor dan putar. Setelah rasa gula sudah larut, masukkan satu bahagian lagi. Putar dan habiskan gula bahagian ketiga. Putar sehingga kelihatan peaks atau reben. 

      Kemudian ambil dua, senduk bahan A. Campurkan perlahan-lahan ke dalam putih telor. Guna kaedah kaup balik
     Selepas itu, Campurkan putih telor bersama baki bahan A. Kjee guna spatula untuk kaup balik perlahan-lahan sehingga semua bahan mesra.       Tuang ke dalam acuan 22cm. Kemudian dihentak-hentak untuk buang angin. Kathrine buat 7 kali. Kjee ikut gak. Maklumlah takut sebab first time buat. 

      Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 140 selama 45 minit. Kjee set pada suhu 150 darjah. Ikut kepanasan oven kita lah
      Selepas 45 minit, tambah suhu ke 160 dan bakar 10 minit lagi. Kjee letak suhu 170 dan bakar lebih kurang 15 lagi. Nak bagi permukaan nampak lebih menarik. 

      Sebaik sahaja tamat tempih berkenaan, cepat2 keluarkan dan terus terbalikkan acuan atas redai.       Kathrine kata sampai sejuk betul2 baru dikeluarkan. Dia tak sebut berapa lama. Blog lain yang Kjee intai kata dalam 3-4 jam. Ini untuk elak kek itu collapse atau mendap. 

       Tonggengkan acuan yang dikeluarkan dari oven seperti 👇. 

      Kena sabar sampai benar2 sejuk. Guna spatula dan lalukan keliling acuan dan yang tengah tu.       Dan sebaik sahaja dipotong selepas 3 jam dibiarkan atas meja, Alhamdulillah syukur. Menepati citarasa. Unsangkarable Kjee boleh buat!!!        Korang cubalah. Kena ikut betul2 resipi. Jangan tengok satu aje. Google tiga empat blog. Insya Allah berjaya. 

Foto bawah ini yang Kjee petik dari video Baking Tutorial by Kathrine Kwa. 
 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2022/03/chiffon-cake.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina

Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 412 hits
Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina Kita share lagi resepi premium sedap dan tak lokek bahan untuk perkongsian bersama Memang biasa lah kalau Cikgu Ina yang kongsi resepi tak ada sorok punya Macam mana dia buat itulah yang diaja...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma