Chicken Poket With California Raisin Marinate By Kifli Mally
Hi Guys,
Kali ni aku nak share satu resipi yang sangat lazat serta senang untuk di siapkan. Orang bujang macam aku ni pun boleh buat dengan mudah. Sebelum aku share resipi yang sempoi ni mari aku cerita kenapa aku keluar dengan idea ni dengan menggunakan California Raisins.
INTRO MENU: Chicken Poket with California Raisin Marinate
Di kala dunia dilanda wabak Covid-19, semua orang ingin kekal sihat dan pada masa yang sama ingin menikmati makanan yang lazat. Sajian ini, Chicken Pocket with California Raisin Marinate adalah sajian yang menggabungkan kepelbagaian citarasa dan budaya masyarakat Malaysia. Sajian yang menampilkan kemanisan Krismas, kehangatan perisa rendang ketika Raya dan juga kesatuan kepelbagaian herba dan rempah ratus yang digunakan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia adalah mudah untuk disediakan dan sesuai untuk semua perayaan.
Bahan-bahan :Dada ayam – 200gram
BAHAN 1: Perapan/marinate (di kisar halus)California Raisins 75 gram Tomato cherry 10 bijiCili padi – 3 bijiBawang putih – 5 ulasMinyak zaitun – 1 spoonRosemary leaves – secubitBasil leaves – secubitGaram & gula – secukup rasaBAHAN 2: Fresh salad & salad dressings California RaisinsDaun saladCapsicum – sebiji (merah/kuning)Timun Jepun – sebatang Bijan putih – sesudu kecilBiji sawi – sesudu kecilJus limau nipis – 1 bijiMinyak zaitun – secukup rasa Black pepper – sudu kecilGaram – secukup rasaCara Memasak :Cara-cara penyediaan Ayam.1. Kisar kesemua bahan 1 sehingga lumat.2. Kemudian perapkan bahan kisar tadi bersama dengan isi ayam selama 30 minit – 60 minit.3. Setelah di perap, panggang ayam dalam airfryer pada suhu 180° dan biarkan selama 20 minit.Cara-cara penyediaan: Fresh Salad & Salad Dressings1. Potong timun, tomato cherry & capsicum.2. Masukkan bahan potongan tadi bersama California Raisins dalam satu bekas.3. Masukkan bijan putih, biji sawi, cuka buah, jus limau nipis, minyak zaitun, black pepper & garam kemudian gaul kan sehingga sekata.Cara-cara penyediaan: Roti Naan1. Panaskan roti naan pada suhu sederhana.2. Kemudian masukkan hirisan ayam, fresh salad & salad dressings ke dalam roti naan yang di potong dalam bentuk poket.3. Hias mengikut citarasa dan kreativiti anda.4. SIAP UNTUK DI MAKAN!!!!! MAKAN-MAKAN UOLSSSS.dah siapppp, so korang boleh lah jamah bersama dengan keluarga atau pun bersama dengan rakan-rakan. Bukan sahaja resipi ni mudah untuk dibuat malah dianya amat bersesuaian untuk menyambut sebarang perayaan. Hubungan makin terjalin gitu....
oh ya!!! korang kalau nak tahu bersempena dengan Sweet Naturally ni. Korang boleh pergi ke page facebook page mereka untuk LIKE resipi No 11. Setelah korang like korang juga turut berpeluang untuk memenangi RM100. 5 bertuah juga berpeluang untuk menang RM100 💰💰💰 dengan cara di bawah ni:
1. Follow & Like California Raisins Asean Facebook
2. LIKE RECIPE 11 di California Raisin Asean Facebook album <blink>CLICK SINI</blink>.
3. Share dengan kawan-kawan 👌🏼
Syarat-syarat:
Terbuka kepada Malaysians sahaja
Voting sehingga 25/12, 11.59pm
Tertakluk pada terma dan syarat
Info selebih nya di:
Facebook Page: California Raisins AseanInstagram: california.raisins.aseanWebsite: www.caraisins.com & www.raisins.org
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kiflimally.com/2020/12/chicken-poket-with-california-raisin.html