Chef Chef Cilik Beraksi Di Ancasa Junior Chef 2018



ASSALAMUALAIKUM AND HELLO!
Pada 1 Disember 2018 bersamaan dengan hari Sabtu, Seorang Syed telah dijemput oleh pihak AnCasa hotels & Resorts bagi menjayakan program Ancasa Junior Chef 2018. Untuk pengetahuan semua, program ini sudah menjadi satu tradisi ketika menjelangnya cuti persekolahan. Tahun ini merupakan tahun ke-8 penganjuran Ancasa Junior Chef dengan kerjasama ADABI bagi memupuk budaya minat memasak dalam diri anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi.


Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun bertepatan dengan perumpamaan melayu iaitu "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Pada peringkat umur begini, kanak-kanak mudah untuk menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membantu membentuk jati diri yang positif dalam diri mereka

Sebelum memulakan aktiviti memasak, chef-chef cilik ini turut dipastikan agar sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan diriProgram yang ditunggu-tunggu oleh warga Pekan ini menyaksikan chef-chef cilik beraksi mempamerkan kreativiti mereka dalam menyediakan menu yang ringkas lagi berkhasiat iaitu "Chicken Spaghetti Carbonara" serta  membuat dekorasi kek sambil dibantu oleh chef-chef Ancasa Royale Pekan Pahang. Pada masa yang sama, chef-chef cilik diberikan pendedahan tentang penyediaan makanan sihat dan seimbang bertepatan dengan menu yang disediakan kali ini.

Terlebih dahulu, chef AnCasa menunjukkan demonstrasi cara-cara memasak Spaghetti Sebelum mula tu pun aku macam dah excited jugaklah nak tengok kehebatan adik-adik ni beraksi. Bukan apa, aku tengok budak-budak tu macam dah tak sabar semacam nak memasak. Masing-masing duk tengok bahan-bahan yang telah disediakan tu. Lepastu aku bayangkan budak-budak ni macam budak-budak yang aku ajar dekat sekolah tu ja haha.


Ya Allah kalau kau ada dekat situ waktu tu, terus automatik kau rasa lapar. Dah la dengan bau cheese lepastu tumis-tumis bawang putih apa semua memang sedap weh bau dia! Lepastu pulak ingredients yang pihak hotel ni sediakan bukan yang cikai-cikai tau. Kita tengok pun dah tahu dah kesegaran ramuan tu.

These are the ingredients needed and the kids have the authority to choose anything that they wanted to put in their menu :')
Setelah selesai dengan menu pertama, chef-chef cilik kita meneruskan aktiviti seterusnya iaitu menghias cupcake! Part ni aku macam excited jugak sebab aku suka tengok hasil budak-budak especially when it comes to art. SESSION 2 : DECORATING CUPCAKE
Usai sahaja mereka memasak spaghetti, majlis diteruskan lagi dengan aktiviti menghias cupcake. Yang atas ni antara contoh bagaimana hendak menghias cupcake. Aktiviti ini juga sangat menyeronokkan kerana chef-chef cilik kita dapat merasai sendiri bagaimana untuk menghias cupcake dengan cantik dan menarik.


Terlebih dahulu, adik-adik telah diberikan tunjuk ajar sebelum memulakan aktiviti oleh chef AnCasa sendiri. Mereka kelihatan sangat teruja dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri

Setelah berakhirnya aktiviti dekorasi cupcake, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata kepada semua chef-chef cilik dan juga sesi fotografi
Sebagai penghargaan kepada para peserta, pihak penganjur juga menyediakan lampiran resipi, apron dan topi chef serta hamper sumbangan dari pihak ADABI kepada kanak-kanak ini. Sijil penyertaan turut diberikan pada akhir program ini.Selain dari Program Junior Chef, Ancasa Royale Pekan menampilkan kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menganjurkan program Zumba bersama coach Zana, Karnival Makanan serta "inflatable bouncer" untuk kanak-kanak. Lebih menarik lagi, program derma darah serta pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan kerjasama Hospital Daerah dan Jabatan Kesihatan Daerah Pekan turut diadakan bagi memberikan pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan kepada orang ramai yang hadir dan seterusnya memeriahkan lagi program Ancasa Junior Chef



Menurut Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar AnCasa Royale, Pekan Pahang, 'Ancasa Junior Chef' adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak bagi memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengikut aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan. Daripada program ini, ibu bapa juga secara tidak langsung dapat mewujudkan 'family bonding'. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang! Tahniah AnCasa Royale Pekan di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.
MENGENAI ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANGAnCasa Royale Pekan, Pahang merupakan sebahagian daripada rangkaian AnCasa Hotel & Resorts yang juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Port Dickson & Kuala Terengganu. Ia juga merupakan rangkaian hospitaliti yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 09-4246600 atau layari laman web www.ancasahotels.com untuk mendapatkan kadar yang terbaik! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.seorangsyed.com/2018/12/chef-chef-cilik-beraksi-di-ancasa-junior-chef-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ancasa Junior Chef 2018 Lapangan Cungkil Bakat Si Cilik

Ancasa Junior Chef 2018 Lapangan Cungkil Bakat Si Cilik

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 566 hits
Bila musim cuti sekolah je mesti ibuayah pening nak susun aktiviti terbaik untuk anak anak mengisi masa lapang Sekali lagi pada kiraan tahun yang keempat AnCasa Residences Port Dickson telah menganjurkan AnCasa Junior Chef 2018 bagi mencung...
Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 434 hits
Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi Menjadi tradisi apabila menjelangnya cuti persekolahan Ancasa Hotels Resorts telah merangka satu program khas sempena cuti persekolahan Pada 01 Disember 2018 yang lalu telah diadak...
Irfan S Graduation Day 2018

Irfan S Graduation Day 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 357 hits
Alhamdulillah akhirnya Irfan sudah grade prasekolah Tahun depan bermula lah kehidupan Irfan di primary school yang pastinya sangat mencabar Seperti tahun lepas Irfan sekali lagi mendapat anugerah Sahsiah Akhlak Terbaik lelaki Alhamdulillah ...
Rafiq Catat Sejarah Bergelar Juara Dunia 2018

Rafiq Catat Sejarah Bergelar Juara Dunia 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 431 hits
Sejarah tercipta lagi dalam sukan Malaysia apabila pemain bowling negara Muhammad Rafiq Ismail berjaya muncul sebagai Juara Dunia dalam Kejohanan Dunia Bowling Lelaki di Hongkong pada hari Sabtu lalu Pemenang pingat emas sukan Asia 2018 ini...
Separuh Akhir Pertam Piala Aff 2018 Malaysia Seri Tanpa Jaringan Menentang Thailand

Separuh Akhir Pertam Piala Aff 2018 Malaysia Seri Tanpa Jaringan Menentang Thailand

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 595 hits
Semalam skuad Harimau Malaya yang dalam perjalanan untuk mengejar cita cita memenangi Piala AFF 2018 telah menentang pasukan pilihan Thailand Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu skuad negara hanya mampu terikat t...
Azizulhasni Raih Gangsa Di Piala Dunia Berbasikal Trek Uci 2018

Azizulhasni Raih Gangsa Di Piala Dunia Berbasikal Trek Uci 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 310 hits
02 Disember 2018 11 54 AM KUALA LUMPUR Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan kemarau pingat apabila meraih gangsa pada pusingan ketiga kejohanan Piala
Kemenpar Umumkan 17 Peraih Ista 2018

Kemenpar Umumkan 17 Peraih Ista 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 191 hits
ISTA 2018 adalah penghargaan yang diadakan untuk membangun kesadaran pengelola destinasi akan pentingnya pengembangan destinasi pariwisata berkelanjutan Hal ini sesuai dengan Permenpar No 14 Tahun 2016 tentang Pedoman Destinasi Pariwisata B...
Majlis Penyerahan Hadiah Pakej Umrah Kepada 200 Pemenang Cabutan Peraduan Jakel Beli Menang 2017 2018

Majlis Penyerahan Hadiah Pakej Umrah Kepada 200 Pemenang Cabutan Peraduan Jakel Beli Menang 2017 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 783 hits
Hi Korang Ermm siapa yang tak kenal dengan Jakel kan Gedung pakaian yang terkemuka di Malaysia ini khususnya di Lembah Klang tak kira apa musim pun gedung Jakel ini senantiasa penuh dengan para pelanggan setianya yang tersendiri Even kak li...
Karnival Yez 2018

Karnival Yez 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 294 hits
Having attended a session with Pusat Pungutan Zakat when they launched the newly improved zakat2u I was excited when I received an invitation to attend the YEZ Carnival YEZ Carnival Not YES Carnival as in Year End Sale Carnival NOPE YEZ Car...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah